ilookhorible's Reading List
19 stories
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,045,014
  • WpVote
    Votes 296,599
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
Kyra's Treasure by Daisukekou
Daisukekou
  • WpView
    Reads 50,559
  • WpVote
    Votes 2,433
  • WpPart
    Parts 32
Kyra Neesa seorang gadis yang luarannya kelihatan independent, keras kepala, namun jauh di dalam sudut hatinya, dia adalah seorang gadis yang telah melalui pelbagai pengalaman hidup yang mengubah hati tisunya kepada hati batu. Meningkat dewasa, Kyra merasakan bahawa dia tidak perlu seorang jejaka untuk kehidupan yang bahagia. Oleh kerana dirinya seorang penggemar kanak-kanak, terbit di dalam hati untuk mempunyai cahaya mata sendiri. " Aku tak nak kahwin. I would never trust any man in this world" Kyra bertekad di dalam hatinya. Namun kata-kata rakan karibnya menganggu fikirannya. " Kau cakap nak anak. Kau perlukan lelaki untuk dapatkan anak" Disitu bermulanya idea gila Kyra dengan seorang jejaka pilihannya demi seorang cahaya mata. " Why should i agree to this nonsense agreement?" Luth Zachary, jejaka yang malang kerana terikat dengan idea gila tersebut. " Well i've been told by someone yang you nak anak, kita ada kehendak yang sama. You handsome, i cantik, we will have a wonderful baby!" Kyra meyakinkan jejaka tersebut. " But don't worry, after dapat anak, we will get a divorce" Kyra Neesa tersenyum sinis. Luth Zachary tergamam akan idea tersebut. Sudah semestinya idea itu tidak bernas di sisi agama, seolah-olah mempermainkan masjid yang dibina. Adakah Luth Zachary akan bersetuju dengan agreement tersebut? Adakah mereka akan bercerai setelah dikurniakan anak?
Unexpected love (malay) by prinxcess_xx
prinxcess_xx
  • WpView
    Reads 133,338
  • WpVote
    Votes 6,991
  • WpPart
    Parts 65
"Siapa sangka percutian yang telah dirancang dengan sempurnanya oleh 4 sekawan ini berubah 360 darjah dengan sekelip mata. Percutian yang pada awalnya baik-baik sahaja berhujung tragedi yang tidak disangka dek akal waras mereka berempat. Dapatkah mereka pulang ke Malaysia semula?? Atau...perlu tinggal di sana dengan jejeka tampan yang menculik mereka?? Dapatkah mereka terlepas??" Story ni akan ada 4 pov. Jadi author harap korang tak terlalu confuse ya. Maafkan author jika setiap eps author post lambat sebab this story author karang dulu barulah author type disini. And i hope you guys like this story.
Psycho Of Love by AmaraAishh
AmaraAishh
  • WpView
    Reads 5,228,692
  • WpVote
    Votes 229,204
  • WpPart
    Parts 60
[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 Highest ranking :- #1 in romance
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED] by HilmiSpencer
HilmiSpencer
  • WpView
    Reads 2,242,526
  • WpVote
    Votes 42,499
  • WpPart
    Parts 81
Irfan - Seorang lelaki 23 tahun berkahwin dengan budak perempuan yang baru 17 tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang menjadi kegilaan pelajar lelaki. Dan juga mempunyai ex boyfriend yang masih menagih cintanya. Kekasih lamanya yang merupakan isteri kepada kawan baiknya juga menaruh harapan padanya. Mampukah hubungan mereka bertahan? START : 13/11/2018 END : 25/12/2019
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,527,914
  • WpVote
    Votes 256,889
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
ALYSA✔️ by _ccaahh_
_ccaahh_
  • WpView
    Reads 928,765
  • WpVote
    Votes 36,773
  • WpPart
    Parts 48
Hilman Zavirel pemuda kacukkan yang sangat terkenal dan mempunyai perniagaan sendiri semasa usianya masih muda. Melihat Aleeya Alysa pada hari pertama semasa pendaftaran kemasukkan pelajar baru buat Hilman jatuh cinta kepadanya. Aleeya Alysa pelajar dekan yang sentiasa di segani dengan ramai orang. Popular dengan sikap kepimpinannya. Tidak suka pada Hilman Zavirel. Tetapi disebabkan kerana satu kejadian Aleeya Alysa terpaksa juga bertegur sapa meminta pertolongan dari Hilman Zavirel. cover by @teappleyeol
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
syaff_eyka_21
  • WpView
    Reads 3,676,469
  • WpVote
    Votes 35,110
  • WpPart
    Parts 28
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.
Hanya Rindu ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 68,712
  • WpVote
    Votes 6,289
  • WpPart
    Parts 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. -------- "Kau marah aku lagi ke?" "Kau expect apa?" Ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sahabatnya di sisi, dibiarkan bertahun-tahun tanpa sebarang komunikasi. Hanya kenangan yang menjadi titik melepaskan rindu pada dia yang tidak punya hati. "Aku minta maaf, ada sebab aku pergi tinggalkan kau, Amna." Atas sebab apa dia perlakukannya begini? Setelah bertahun-tahun ditinggalkan, lelaki itu kembali hadir dengan pohonan tersebut? Minta maaf? Bukan semudah ABC untuk Amna memaafkan. "Menutup aurat ni wajib, Amna. Saat Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita." Akhirnya hubungan persahabatan kembali pulih seperti sedia kala. Orang yang tidak mengenali mereka pasti sudah memandang Amna dan Qaayed ibarat pasangan kekasih. Rapat lain macam! Qaayed, dia telah banyak memberi ilmu dan nasihat serta teguran yang mendatangkan faedah kepada Amna. Nasihat-nasihat yang Amna akan ingat sampai bila-bila. "Happy birthday in advance, Amna!" Dan kau tipu, Qaayed. Kau tipu... Kau tipu untuk kesekian kalinya. --------- beautiful cover by @azleyanaaa
Fi Hifzillah Wahai Yang Dirindu|√  by HauraMawar
HauraMawar
  • WpView
    Reads 245,500
  • WpVote
    Votes 14,761
  • WpPart
    Parts 68
Ahmad Mujahid Nasruddin,seorg lelaki soleh,hafiz Al-Quran, terpaksa meninggalkan maahadnya utk mengambil SPM di sebuah sekolah agama. Dari hari pertama persekolahannya,dirinya menjadi perhatian. Ramai pelajar perempuan yg tertarik dgnnya.Namun dia x mempedulikan semua itu. Hatinya tertarik dgn seorg wanita solehah yg sgt menjaga ikhtilatnya.Nur Syauqah Wardah langsung tidak menunjukkan sebarang minat terhadapnya. Di sudut hati, masing-masing menyimpan perasaan namun tak diluah kerna bimbang andai perasaan itu dimurkai Allah. Hanya kpd Allah mereka berserah. Ungkapan 'Fi Hifzillah'hanya terpendam di dlm jiwa,x terluah dek kata-kata. Setelah STAM, masing-masing membawa haluan ke menara gading. Si teruna ke bumi Anbia, manakala sang bidadari ke bumi Korea. Rindu kian membara di jiwa mereka. Kerna bimbang hafalannya hilang dari ingatan,sang teruna melamar sang bidadari utk menjadi yg halal buatnya. Adakh lamaran itu diterima? Adakah bahagia kesudahannya?