Review Batch 2
5 stories
Sincerely Love ✔️ by pinky_authora
pinky_authora
  • WpView
    Reads 17,492
  • WpVote
    Votes 2,462
  • WpPart
    Parts 76
DELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi pembakar semangat untuk dia terus hidup. Namun pertemuannya dengan seseorang lelaki misteri dalam hidupnya sedikit sebanyak telah mengetuk pintu hatinya. "Kenapa awak selalu ada ketika saya dalam kesusahan?" "Sebab saya ikut gerak hati saya." Saat-saat cinta mula berputik, semakin banyak pula dugaan yang datang. "Saya buta dalam menilai cinta awak! Saya hampir terjatuh cinta dengan awak tapi rupanya selama ini, awak simpan niat nak musnahkan keluarga bahagia saya!" - Delisya Sofhia. "Jangan sampai satu tahap, awak datang dekat saya dan minta maaf atas tuduhan awak yang langsung tak masuk akal itu!" - Harraz Zafran. Hari demi hari bertalu-talu masalah yang ditimpa Delisya. Ditambah pula dengan Puan Dahlia yang tidak habis-habis menyalahkan anak perempuannya. Dia menjadi semakin buntu dan lemah untuk menghadapi suratan takdir hidupnya. "Kau memang pembawa sial dalam keluarga ni, kan? Semua orang mati sebab kau! Kau punca segalanya!" - Puan Dahlia. "Selagi aku masih bernyawa, kau takkan pernah merasa bahagia. Aku akan pastikan hidup kau musnah sebagaimana hidup aku musnah disebabkan kau!" - 'Dia'. Masih adakah peluang untuk Harraz Zafran memenangi sekeping hati Delisya Sofhia yang sudah terluka? Bagaimana pula dengan Puan Dahlia dan 'Dia'? Mampukah seorang wanita yang penuh dengan kederitaan hidup mendapat sebuah kebahagiaan sebenar setelah seribu satu juta konflik yang melanda dirinya? Atau mungkin perkataan 'bahagia' sememangnya tidak wujud dalam kamus hidupnya? Semuanya bakal terungkai di dalam novel 'Sincerely Love.'
1 | Hai, Inspektor! [✅] by sofeaaaaa-
sofeaaaaa-
  • WpView
    Reads 24,009
  • WpVote
    Votes 2,431
  • WpPart
    Parts 40
Beautiful cover by @xerlickmentos58 Pintu hati sudah ditutup serapat-rapatnya oleh Nurin supaya tiada sesiapa yang masuk setelah ditipu orang yang dipanggil 'lelaki'. Tetapi apakan daya, datang semula Hazreel Emirul untuk cuba membuka semula hati Nurin. Bukan benci tapi mungkin disebabkan dia minta untuk putuskan hubungan dulu dengan asbab yang tak kukuh, itu menjadi punca Nurin Sofea tak mahu berbalas mesej dengannya. "Satu je peluang, saya takkan sia-siakan" -Hazreel Emirul. "Awak usaha lah. Tengok berapa lama masa yang saya perlukan untuk terima orang lain. Hati saya baru je hancur. Pintu hati saya, saya dah tutup. Tiada siapa yang saya terima sekarang." -Nurin Sofea Jarang bertemu , jarang juga ada pandangan 2 pasang mata. Hanya panggilan telefon dan mesej saja yang boleh. "Tunggulah saya habis sekolah, dapat apa yang saya impikan. Awak pun sama, nak jadi polis kan? Usaha sampai dapat. Nanti saya akan fikirkanlah pasal benda ni" -Nurin Sofea Hati? kau dah sedia ke? Mampu ke nak bagi orang jaga kau wahai hati? Tuan punya hati sendiri tiada jawapan. 🌙🌙🌙🌙 12 tahun berlalu... Sedang berbahagia, datang orang ketiga dipihak masing-masing yang ingin meruntuhkan cinta mereka. "Ceraikan saya" -Nurin Sofea "Cerai? Okey, awak nak sangat kan? Nurin Sofea Bt Sukiman.." -Hazreel Emirul "Aku akan dapatkan dia tak kira macam mana sekalipun" -Enzur Zaimie "Dia milik aku dan sampai bila-bila pun dia akan tetap jadi milik aku. Kalau aku tak dapat dia, kau pun sama" -Ayu Sofea Betulkah Nurin dan Hazreel akan bercerai? Apa jadi pada Enzur? Berjayakah Ayu mendapatkan Hazreel? Sahabat sentiasa disisi demi menguatkan diri dan cinta yang telah berputik sejak 12 tahun lalu. Perkahwinan tidak bahagia mana, tapi cinta yang menguatkan mereka. ⚠️KATA-KATA KESAT DIGUNAKAN DALAM PENULISAN. HARAP TIDAK DIAMALKAN⚠️ Sediakan mental untuk membaca cerita ini. First Romance❤ 100% by @sofeaaaaa- D: 301220 - 270521
Cicada, Lembah Jenayah by cipherdiells
cipherdiells
  • WpView
    Reads 1,063
  • WpVote
    Votes 617
  • WpPart
    Parts 27
Dunia manusia diasaskan oleh misteri dan manusia ketagih akannya. Apabila timbul persoalan, jawapan akan dicari. Persoalan yang mudah membuka jalan kepada misteri yang lebih mendalam. Dan daripadanya, lahir ramai individu yang mula mengejar jawapan dan ke arah kebenaran yang bakal menutup misteri yang bermain di akal fikiran. Lahirnya mereka bermakna lahirnya antidot kepada misteri yang menyelubungi dunia. Kurun demi kurun lamanya sehinggalah Dia lahir dan ceritanya mula membuka tirainya sendiri. Falco Speedwagon, salah seorang daripada detektif yang terkenal pada kurun ke-19, Dilahirkan dan dibesarkan di Nurnheim. Tidak pernah menyangkakan bahawa kerjayanya sebagai detektif akan melibatkan dirinya itu ke dalam lembah jenayah yang langsung tidak dapat mengikut konteks logik atau pemikiran akal yang sihat. Walau bagaimanapun, dia bersama-sama dengan rakan sekerjanya, Saidina Otoinashi tetap meneruskan tanggungjawab mereka sebagai detektif demi menyelesaikan salah satu kes jenayah yang paling ekstrem di dalam sejarah kerjaya mereka sebagai pencari kebenaran. Huge JOJO references. Cover by: @anisssslynaa
[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU) by NinoxScutulata
NinoxScutulata
  • WpView
    Reads 910
  • WpVote
    Votes 237
  • WpPart
    Parts 39
Cerita penuh untuk Short Story-Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu. Credit cover by @peanurts- "Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta kerana bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka. Namun, tidak bagi pendapat aku. Kalau benarlah cinta itu tidak akan kekal selamanya, mengapa aku masih lagi mencintai dirinya." -Fahim Itulah potongan ayat yang dibaca oleh seorang wanita yang bernama Inas. Acap kali dia membaca buku yang ditulis oleh Fahim itu pasti dirinya teringat akan zaman persekolahannya. 28 Tahun yang lalu... Inas yang berumur 16 tahun merupakan seorang yang pemalu. Sudahlah pemalu, takut pula berhadapan dengan lelaki disebabkan traumanya suatu ketika dahulu. Jika dia bertembung sahaja dengan golongan ini pasti dirinya gugup yang kadangkala menimbulkan resah. Sewaktu dia hendak pulang ke rumah bersama-sama dengan rakan baiknya iaitu Rina, Inas sedar ada seorang lelaki yang dirinya mampu hadapi. Dialah Rafie, rakan sekelasnya yang pendiam dan langsung tidak mempunyai kawan. Semenjak itu, dirinya makin curiga akan jejaka itu hingga berkawan dengannya. Pada ketika itulah timbulnya bibit percintaan antara mereka berdua. "Aku janji Inas. Aku berjanji akan kembali untukmu."-Rafie Razali Itulah ucapan yang dilafazkan oleh Rafie. Ucapan yang membuatkan saya teringat akan kenangan lalu. **Disclaimer** Nino tahu tatabahasa dalam cerita ni ada yang tak berapa betul. Kalau korang nak tegur, dipersilakan tapi kena point kan apa yang salah dan beritahu apa yang betul. Sebab Nino pun masih belajar lagi dalam dunia tulisan.
𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄  by nrkay-
nrkay-
  • WpView
    Reads 4,723
  • WpVote
    Votes 849
  • WpPart
    Parts 23
❝ you're a devil with an angel wing ❞ Dia ialah seorang lelaki tipikal idaman gadis di luar sana. Dia punya rupa yang mampu memikat hati, harta yang menggiurkan serta perwatakan yang membuatkan si anak dara boleh angau hari-hari. Bibirnya murah dengan senyuman menggoda, kata-katanya manis bak gula. Dia bukan seorang lelaki keras kepala mahupun dingin dengan sesiapa. Dia ialah dia... Aydin Damian. Namun itu semua luaran yang hanya mampu dilihat melalui mata kasar manusia. Aydin Damian, taklah sebaik yang disangka. Kerana... dalam diam, dia ialah musuh yang dibenci semua. "You're a devil, with fake angel wings. Remember it until your last breath." - Arvin Dylan Itu kata ayah Aydin yang dia semat dalam jiwanya sejak kecil lagi. Dia ialah manusia yang telah membuang kemanusiaan. Aydin sering menyangka, senyumannya dah cukup manis untuk memperdayakan mereka. Namun, gadis itu muncul dalam hidup Aydin. Dia ialah Myria Qiandra, gadis yang menyembunyikan kebijaksanaannya di sebalik peribadinya yang pendiam. Pertemuan pertama kali yang menyerlahkan keistimewaan Myria membuatkan Aydin menyimpan hasrat menjadikan gadis itu permainannya. Namun, siapa saja yang menyangka, gadis yang dipandang remeh oleh Aydin telah menjadi satu-satunya orang yang berjaya melepaskan diri dari terperdaya dengan penyamaran seorang Aydin Damian. "Myria, kenapa awak jauhkan diri dari saya?" - Aydin Damian "Sebab... semua tentang diri awak palsu." - Myria Qiandra "Aydin, suatu hari, kau akan bertemu dengan seseorang. Seseorang yang berjaya melihat wajah sebenar kau di sebalik topeng yang sedang kau pakai." - Arvin Dylan Mungkinkah Aydin akan terus terperangkap dalam penyamaran yang diciptanya sendiri? Atau gadis itu bisa menarik lelaki itu keluar dari jeratnya sendiri? stunning cover by @Serenity070