Favorite's story
79 stories
Bukan Milik Abadi | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 58,443
  • WpVote
    Votes 4,986
  • WpPart
    Parts 62
BUKAN MILIK ABADI BY VIEPIXXA Siapa sangka dalam diam, ada dendam yang belum lunas. Kehidupan Fieqa yang dulu serba cukup hancur sekelip mata apabila nama baik keluarganya tercalar. Sewaktu cuba melarikan diri dari masalah, dia tersasar ke wilayah milik seorang lelaki misteri. Pemilik resort itu menahan Fieqa seakan ada kisah silam yang belum selesai antara mereka. "Lepaskan saya dulu dan saya akan pastikan saya bayar hutang tu dekat awak!" -FIEQA AYLARA "Pilih. Tetap terkurung di sini selamanya atau bebas sebagai isteri aku?" -QAYREL IZDAM Bagi Qayrel, memiliki Fieqa adalah keperluan demi rancangannya. Bagi Fieqa pula, menjadi milik lelaki itu adalah hukuman terberat. Kebencian menjadi permulaan lalu mereka terperangkap dalam permainan perasaan. Siapa jatuh cinta dulu, dia yang kalah. "Saya bagi awak pilihan. Kalau awak masih nak saya jadi isteri awak, buang dendam tu. Kalau awak lebih pilih dendam, ceraikan saya." -FIEQA AYLARA Apabila rahsia lama akhirnya terbongkar, masih adakah ruang untuk mereka memperbaiki segalanya atau semuanya sudah terlambat? "Dia bukan milik abadi dalam hidup aku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved Β© viepixxa
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 997,444
  • WpVote
    Votes 66,471
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 286,813
  • WpVote
    Votes 15,058
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,580,068
  • WpVote
    Votes 83,011
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 357,084
  • WpVote
    Votes 18,224
  • WpPart
    Parts 41
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞ Alaia Zanera, nama itu secantik gerangannya. Lemah lembut, manja dan sopan, itu antara karakter yang dimiliki gadis itu. Namun, tiada siapa tahu rahsia disebalik raut wajah polos itu. Hakikat sebenar, Alaia menyembunyikan sesuatu rahsia tentang dirinya. Selepas rahsia itu bocor, sudah tentu itu mengundang kemarahan keluarga Alaia. "Kenapa you setuju untuk kahwin dengan I, Nuh? Kenapa you setuju dengan permintaan papa? I berani kerat jari I yang I akan berubah, okay? Kita tak perlu kahwin." - Alaia Zanera. "Kau ni tak reti bersyukur ke?" - Hael Nuh. Ya. Itu arahan papa Alaia, Encik Adam. Gila, bukan? Tidak perlu rasanya mengheret Hael dalam masalahnya. Dia tidak mahu terikat dengan Hael. Dan dia juga yakin yang Hael juga tidak mahu terikat denganya. Hael Nuh, sebaris nama itu dulu sering dipuja Alaia. Siang dan malam, gerangan itu yang dicari Alaia. Hubungan kekeluargaan mereka cukup dekat. Dan kerna itulah, Hael patuh dengan arahan Encik Adam untuk berkahwin dengan puteri tunggalnya. Saban hari, perkahwinan yang mulanya terbina atas permintaan keluarga itu dirasakan lari dari paksi asalnya. "Isn't clear?" - Hael Nuh. "What?" - Alaia Zanera. "I have feelings for you." - Hael Nuh. Hael pilih untuk berterus terang tentang perasaan sebenarnya pada Alaia. Namun, segalanya terasa begitu pantas. Alaia masih dibelenggu kenangan dulu. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi Hael tidak mudah melatah. Hael masih tegar menanti dan cuba menambat hati si isteri. Namun... "I sakit Nuh... I sakit selagi bergelar isteri you. Tolong, lepaskan I. I don't want to be your wife anymore." - Alaia Zanera.
π‚π‘π¨π¬πžπ§ π†πžπ§π­π₯𝐲 | TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 536,459
  • WpVote
    Votes 11,188
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 1,016,494
  • WpVote
    Votes 47,395
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❀️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #2 Melayu #2 Cute #3 Revenge #4 Sayang #6 Bromance #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
π–π‘πžπ§ 𝐅π₯𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁π₯𝐨𝐨𝐦 [BAKAL TERBIT] by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 204,911
  • WpVote
    Votes 1,276
  • WpPart
    Parts 5
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
Commando's: His Treasure (TERBIT) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 12,290,757
  • WpVote
    Votes 245,934
  • WpPart
    Parts 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak baca book 1 then keliru dengan watak Rank 1 #Romance Rank 1 #Loyal Rank 1 #Askar Rank 1 #Komando Thariq Ridzuwan jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun merupakan salah seorang tentera di bawah unit Grup Gerak Khas yang berpangkat Leftenan. Diatas usaha dan kegigihannya, dia berjaya melepasi semua latihan dan kursus kerjaya yang mempertaruhkan nyawa sehingga dia dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun sahaja selepas rekrut. Dalam diam, namanya sering disebut didalam doa seseorang. Husniya Radwa seorang gadis yang dingin, kasar dan suka memberontak. Sifat dingin yang dipamerkan hanyalah untuk menutupi luka dihati. Perilaku kasar itu bukanlah untuk kesenangan melainkan agar dirinya tidak mudah dipermainkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah anak-anak yang lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang yang keras kepala. Thariq Ridzuwan-"A soldier doesn't fight because he hates what's infront of him, he fight because he loves what he left behind" Husniya Radwa-"Loyal because I appreciate you, not because I need you" She is talkactive, He is calm She is childish, He is mature She is careless, He is responsible She is sensitive, He is strong Hence, they proved "Opposite Attracts" They empower each other.
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 416,254
  • WpVote
    Votes 19,044
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]