hashaulia_
Bukan setakat garang dan beku. Malah, tak reti bercinta. Apatah lagi memahami hati perempuan. Haru bila cik isteri merajuk, dan dia tak pandai pujuk. Lantas, dia minta idea dari si adik.
"Tak reti bercinta, nak menikah jugak. Lepas tu, sakitkan hati bini tak reti nak pujuk. Along ni bukan takat takde hati dan perasaan, common sense pun hilang." - Heyna
"Bukan abang yang nak menikah. Korang yang paksa abang menikah. Sekarang ni, jangan banyak cakap. Bagitahu cara nak pujuk dia macam mana." - Maleeq
"Apa susah? Peluk jelah dia. Jaga hati dia. Takkan peluk pun tak reti? Tak reti nak peluk bini sendiri? Jangan cakap abang gay, eh! Heyna libas dengan kuali mama nanti. Perempuan ni long.. dia tak nak apa pun. Dia nak kasih sayang je. Kalau dia merajuk, abang peluk dia. Tu pun susah ke?" - Heyna
Apa saja yang Heyna cakap, dia buat. Dia peluk, dia sentuh tangan. Seakan budak yang baru belajar.
"You peluk I dan kiss I macam tu, sebab Heyna suruh ke? Kalau Heyna tak suruh, you takkan buat lah?" - Orked.
"You tahu I tak reti buat semua benda ni."- Maleeq
"You tak reti buat? Atau you tak sukakan I? Yelah. Kita menikah pun atas pilihan keluarga. Kalau you tak sukakan I, you boleh lepaskan I dan cari perempuan baru." - Orked
Lagi parah. Maleeq hilang akal. Sudahnya, dia minta tolong Zarq. Dan idea Zarq lebih berkesan. Sehingga Orked mula rimas dengan dia.
"Miang you terlebih, Maleeq. Kali ni siapa pulak tok guru you? Yang pasti bukan Heyna. Sebab Heyna takkan ajar benda bukan-bukan macam ni." - Orked
"Takde siapa yang ajar. I bukan tak reti. Cuma belum tiba masanya. Sekarang tengok.. you sendiri yang rimas. Malangnya.. inilah I. You kena hadap seumur hidup you." - Maleeq
Bila si ais beku bertukar manja dan mengada, haru hidup Orked. Setiap saat nak berkepit sehingga dia naik rimas! Namun, si beku itulah cinta hati sehingga akhir hayat. Mungkin pada Heyna, dia adalah Angel of The Death. Namun pada dia, Maleeq adalah lelaki terindah.