Njell
4 stories
Twisted Love (COMPLETE) by SchaMalaika4
SchaMalaika4
  • WpView
    Reads 27,952
  • WpVote
    Votes 800
  • WpPart
    Parts 82
Lily Amani membawa diri keluar negara selepas kematian suaminya.Takdir menemukan Lily Amani dan Andrei apabila Lily Amani menyelamatkan Andrei di dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawa lelaki itu.6 bulan kemudian Andrei Aleksei menjejak semula Lily Amani di Malaysia.Hubungan mereka membenihkan rasa cinta di kedua dua hati..Langit tidak sentiasa cerah, hubungan mereka kemudian berantakan gara gara sikap Andrei Aleksei yang pentingkan dirinya sendiri.Lily Amani dihina sehingga hati wanita itu retak seribu.Dia meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa Andrei Aleksei disisi. Semasa bertugas diluar negara sekali lagi Lily Amani ditakdirkan bertemu dengan lelaki yang bernama Lorenzo Ricci.Lelaki yang mempunyai watak berbeza dengan Andrei Aleksei.Akibat pengalaman yang lalu,Lily Amani bersikap dingin dengan lelaki itu.Lorenzo Ricci tidak berputus asa sehingga dia berjaya membuka sekali lagi hati Lily Amani untuk dirinya.Hubungan keduanya semakin membaik sehingga satu hari Lorenzo Ricci melamar Lily Amani untuk dijadikan isterinya. Konflik 3 hati bermula apabila satu hari Lorenzo Ricci membawa Lily Amani ke makan malam amal golongan bangsawan yang turut dihadiri oleh Andrei Aleksei.Semenjak pertemuan malam itu Andrei Aleksei kembali menagih cintanya terhadap Lily Amani. Pada malam itu juga Lily Amani mengetahui dirinya tersepit diantara 2 jejaka yang saling bermusuhan sejak sekian lama.Ada rahsia besar antara Andrei Aleksei dan Lorenzo Ricci simpan tanpa pengetahuan Lily Amani. Pertelingkahan dua jejaka tersebut menyebabkan Lily Amani rimas dan sesak.Dia bercadang untuk melarikan diri.Lily Amani dijejak semula dan hidupnya dikawal oleh dua jejaka tersebut. "What did I tell you?You're mine baby girl.You're never touching another man unless you want him 6 feet in the ground" - Andrei Aleksei "If you think I'm leaving you alone and unprotected anywhere,you dont know me at all" -Lorenzo Ricci "Just for once I want someone to be afraid of losing me" -Lily Amani
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 17,207
  • WpVote
    Votes 1,251
  • WpPart
    Parts 12
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
Dia: Yang Terindah | C by quinnuaz
quinnuaz
  • WpView
    Reads 19,475
  • WpVote
    Votes 920
  • WpPart
    Parts 68
#1 𝐷𝑖𝑎 Nur Isabella Adriana × Muhammad Zayn Adham Muhammad Zayn Adham dan Nur Isabella Adriana hidup dalam bayangan cinta yang mereka bina bersama. Perkahwinan mereka bukan sekadar ikatan dua insan, tapi juga pengikat dua jiwa yang saling melengkapi. Setiap pagi bermula dengan senyuman, setiap malam berakhir dengan pelukan. Hinggalah satu kemalangan mengubah segalanya. Zayn terselamat... tetapi tidak cintanya. "Aku tak tahu siapa kau. Jangan paksa aku cintakan kau... sebab aku tak akan pernah boleh!" - Zayn. Bella kehilangan suami... tapi lebih pedih, dia masih perlu menatap wajah yang sama, tubuh yang sama, tetapi hati yang telah hilang arah. Zayn hilang ingatan dan kembali menjadi dirinya yang dahulu - lelaki muda berusia 23 tahun yang hanya ingat satu nama: Airis, bekas kekasih yang pernah mengkhianatinya. Airis kembali, tidak dengan niat suci, tetapi membawa dusta dan perangkap. "Aku datang bukan nak rampas dia... cuma nak dia tahu siapa kau sebenarnya." - Airis. Zayn percaya. Bella dihina. Dipersalahkan. Dan bila Bella akhirnya mengandung, fitnah mengatasi kebenaran. Zayn tolak kandungan itu, anggap ia bukan miliknya. Hinggalah satu malam, Bella kehilangan segalanya - anak, cinta, dan maruah sebagai isteri. Namun dia tidak pergi. "Selagi awak masih bernafas, saya akan ada di sini... walau awak tak pandang saya sekalipun." - Isabella Di saat cinta dikhianati memori, dan rindu tidak lagi berbalas, mampukah satu jiwa yang hancur menebus semua yang telah hilang... sebelum segalanya terlambat? Start: 17/7/2025 End: 18/7/2025 Pub: 18/7/2025
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 464,106
  • WpVote
    Votes 19,014
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim