R
6 stories
KASIH SEMENTARA by kalcakkanim
kalcakkanim
  • WpView
    Reads 6,645
  • WpVote
    Votes 1,245
  • WpPart
    Parts 58
SAD ROMANCE | CONFLICT | SLICE OF LIFE Pertemuan seorang gadis dan seorang jejaka membuatkan hati mereka mulai bertaut. Hubungan yang pada awalnya dizahirkan sebagai kawan berubah ke hubungan yang lebih serius. Kerana suka sama suka, cinta sama cinta, akhirnya SYAFIQ AIMAN dan DAMIA QISTINA disatukan dengan ikatan pernikahan. "Lain kali kahwin dengan orang kaya barulah terjamin hidup tu. Ni tak, kahwin dengan penjual sate buat apa!" - MAK SITI. "Mak! Sudahlah tu. Penatlah hari-hari nak bertekak benda yang sama ja." - Damia. Pernikahan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh ibu dan kakak Damia yang hidup tergilakan harta dan mata duitan itu. "Jika dia bukan jodohku, aku reda Ya Allah." - NURUL NAJIHAH Pernikahan itu juga menambahkan kekecewaan Najihah, seorang ustazah ayu, lemah-lembut dan baik yang dalam diam menaruh hati kepada abang pelajarnya yakni Syafiq. Tapi betul orang kata, awal perhubungan bersama pasangan memang manis dan wangi sahaja semua. Yang selebihnya? Selebihnya itu terbukti sehinggalah dengan adanya kehadiran Zaid Zaffran, seorang CEO merangkap bos Damia. "Saya rasa penatlah dengan perkahwinan saya tu." - Damia. "Kenapa?" - ZAID ZAFFRAN. "Suami saya tu tak macam awak." - Damia. Sikap Damia yang baik dan tak pedulikan wang ringgit pada mulanya kini berubah drastik. Dia sedikit demi sedikit bagaikan menjauh dari Syafiq. Termakan dengan hasutan jahat ibunya. Ditambah lagi selepas lahirnya anak bernama Faliq, anak istimewa hasil bahtera perkahwinan bersama suaminya itu membuatkan Damia bencikan Syafiq sepenuhnya. "Aku benci budak tu! Aku benci kau Syafiq! Aku menyesal kahwin dengan kau!" - Damia. "Mana janji yang pernah awak buat dulu? Mana cinta yang awak pernah bagi dulu?" - Syafiq. Kini Syafiq tersedar. Dirinya itu hanyalah tempat persinggahan wanita itu. Kebahagiaannya bersama gadis bernama Damia Qistina hanyalah SEMENTARA baginya. Apakah kesudahan kisah mereka? SESUNGGUHNYA, KIFARAH ITU ADA.
[01] Short Story - Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu by NinoxScutulata
NinoxScutulata
  • WpView
    Reads 1,308
  • WpVote
    Votes 792
  • WpPart
    Parts 16
Credit cover by @juleejrr Ini kisah tentang saya, seorang wanita yang bernama Inas. Tiap kali saya membaca sebuah novel hasil karya Fahim yang bertajuk "Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu" pasti saya akan teringat kisah zaman persekolahan saya. Jika bercerita tentang zaman itu, mesti tak akan cukup satu hari. Kadang sampai berminggu. Kenapa begitu? Sebabnya hanyalah satu. Cinta hati saya yang pertama. ***************************** 28 tahun yang lalu... Sayalah Inas, seorang gadis yang berumur 16 tahun. Kata rakan baik saya, diri ini diminati oleh para pelajar lelaki disebabkan wajah saya yang kelihatan lembut dan manis. Walaupun saya percaya dengan cakap mereka namun saya bukanlah gadis yang senang untuk didekati. Bukanlah sebab saya menjual mahal. Akan tetapi, saya tak mampu untuk berhadapan dengan lelaki. Apatah lagi bercakap dengan mereka. Sebabnya saya ada kisah silam yang membuatkan saya begitu. Saya takut dengan lelaki. Namun dalam banyak-banyak lelaki hanya seorang sahaja yang mampu saya hadap. Dialah Rafie Razali. Rakan sekelasku yang pendiam dan tak mempunyai kawan. "Kenapa dalam banyak-banyak lelaki aku je yang kau okey?"- Rafie. "Awak sendiri tahu apa sebabnya, kan?"-Inas Bermula pada hari itu, nasib saya dan Rafie mula berubah. **Disclaimer** Nino tahu tatabahasa dalam cerita ni ada yang tak berapa betul. Kalau korang nak tegur, dipersilakan tapi kena point kan apa yang salah dan beritahu apa yang betul. Sebab Nino pun masih belajar lagi dalam dunia tulisan.
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 208,117
  • WpVote
    Votes 13,810
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
HER, COFFEE | completed ✓ by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 160,755
  • WpVote
    Votes 10,847
  • WpPart
    Parts 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.
𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄  by nrkay-
nrkay-
  • WpView
    Reads 4,716
  • WpVote
    Votes 848
  • WpPart
    Parts 23
❝ you're a devil with an angel wing ❞ Dia ialah seorang lelaki tipikal idaman gadis di luar sana. Dia punya rupa yang mampu memikat hati, harta yang menggiurkan serta perwatakan yang membuatkan si anak dara boleh angau hari-hari. Bibirnya murah dengan senyuman menggoda, kata-katanya manis bak gula. Dia bukan seorang lelaki keras kepala mahupun dingin dengan sesiapa. Dia ialah dia... Aydin Damian. Namun itu semua luaran yang hanya mampu dilihat melalui mata kasar manusia. Aydin Damian, taklah sebaik yang disangka. Kerana... dalam diam, dia ialah musuh yang dibenci semua. "You're a devil, with fake angel wings. Remember it until your last breath." - Arvin Dylan Itu kata ayah Aydin yang dia semat dalam jiwanya sejak kecil lagi. Dia ialah manusia yang telah membuang kemanusiaan. Aydin sering menyangka, senyumannya dah cukup manis untuk memperdayakan mereka. Namun, gadis itu muncul dalam hidup Aydin. Dia ialah Myria Qiandra, gadis yang menyembunyikan kebijaksanaannya di sebalik peribadinya yang pendiam. Pertemuan pertama kali yang menyerlahkan keistimewaan Myria membuatkan Aydin menyimpan hasrat menjadikan gadis itu permainannya. Namun, siapa saja yang menyangka, gadis yang dipandang remeh oleh Aydin telah menjadi satu-satunya orang yang berjaya melepaskan diri dari terperdaya dengan penyamaran seorang Aydin Damian. "Myria, kenapa awak jauhkan diri dari saya?" - Aydin Damian "Sebab... semua tentang diri awak palsu." - Myria Qiandra "Aydin, suatu hari, kau akan bertemu dengan seseorang. Seseorang yang berjaya melihat wajah sebenar kau di sebalik topeng yang sedang kau pakai." - Arvin Dylan Mungkinkah Aydin akan terus terperangkap dalam penyamaran yang diciptanya sendiri? Atau gadis itu bisa menarik lelaki itu keluar dari jeratnya sendiri? stunning cover by @Serenity070