Best
18 stories
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,820,194
  • WpVote
    Votes 207,379
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3) by lindaazhar2010
lindaazhar2010
  • WpView
    Reads 19,451
  • WpVote
    Votes 2,570
  • WpPart
    Parts 101
Kisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalamannya merentas masa bersama. Andrew dibawa pergi jauh daripadanya dan atas permintaannya sendiri, Sara diceraikan. Seperti kehilangan separuh jiwanya, Sara membawa diri ke China mencari harta warisan yang ditinggalkan oleh ayahanda angkatnya Laksamana Zheng He. Rantai itu seperti mahu Sara pulih dari penderitaan membawanya kembali ke zaman itu ketika dia melangkah masuk ke kediaman warisan itu. Bersama cinta dan airmata dia mahu bertemu dengan ayahandanya, Shu Wu Ji dan Pipit.
Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2) by lindaazhar2010
lindaazhar2010
  • WpView
    Reads 30,527
  • WpVote
    Votes 3,250
  • WpPart
    Parts 101
Sara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo Li Hua, isteri dan menantu keluarga ternama Li. Mo Li Hua dijadikan isteri atas perintah Maharani Utama ketika itu. Li Yang Jian anak sulung keluarga itu tidak pernah menyukai malah membenci Mo Li Hua yang gemuk, pendiam dan hanya tahu menangis. Walaupun sudah 3 tahun mereka menjadi suami isteri.Selama 3 tahun ini Li Yang Jian membawa gundiknya bernama Yuan Yuan dan Han Mei dan menyisihkan terus Mo Li Hua. Rentasan masa berlaku ketika Mo Li Hua cuba dibunuh oleh Yuan Yuan apabila salah satu roda kereta kudanya digergaji oleh orang suruhannya. Sara dapat menemui Shu wu Ji dan Zheng He gong gong dan situasi menjadi lebih rumit apabila Shu Wu Ji tidak mahu melupakannya. Li Yang Jian pula mula jatuh cinta kepada isterinya Mo Li Hua. Tetapi sikap baran dan emosional Li Yang Jian menjadikan hidupnya di rumah itu tidak pernah aman. Dapatkah Sara kembali ke zaman kini?
Sara: Cempaka Sari (Vol 1) by lindaazhar2010
lindaazhar2010
  • WpView
    Reads 40,686
  • WpVote
    Votes 1,271
  • WpPart
    Parts 18
pengembaraan masa Sara ke zaman lampau. Menemui cinta sejatinya, menjadi seorang srikandi di zaman lampau dan melalaui satu pengembaraan epik dalam hidupnya. Sara yang tidak menyangka dia akan dibawa ke zaman kesultanan Melaka dan menjadi anak angkat Laksamana tersohor Laksamana Zheng He. Sekembalinya ke zaman Hang Tuah, dia adalah puteri Temenggung dan ketika dia Tanah Ming dia adalah anak angkat kepada Laksamana Zheng He. Sara mempunyai misi penting iaitu membawa pulang Puteri Hang Li Po ke Melaka. Pembaca boleh dapatkan novel SARA CEMPAKA SARI di kedai-kedai buku berhampiran sekarang.
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 168,100
  • WpVote
    Votes 22,810
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 483,031
  • WpVote
    Votes 65,974
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021
Hybrid Yang Hilang ✔ by hazellora
hazellora
  • WpView
    Reads 15,465
  • WpVote
    Votes 1,513
  • WpPart
    Parts 28
[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga serigala jadian. Apabila dia bertemu dengan Zach, seorang daylighter, Astrid mendapati bahawa dirinya ialah seekor Hybrid iaitu separuh serigala dan separuh vampire. AMARAN : cerita mengarut, banyak mencarut, plot tak tersusun, tatabahasa yang hancur, dan tak masuk akal.aku sendiri tak tahu kenapa aku tulis cerita ni sampai habis. Start : Someday in July 2018 End : 30 September 2018 ♥ haziqahvaltersen©2018
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 156,573
  • WpVote
    Votes 12,865
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
Undercover by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 115,859
  • WpVote
    Votes 11,279
  • WpPart
    Parts 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner in crime dia la. Dia lelaki Melayu sejati yang tak takut mati. Ha gitu la.
Cinta Tak Setaraf [ C ]  by minbrown_
minbrown_
  • WpView
    Reads 3,437,369
  • WpVote
    Votes 171,563
  • WpPart
    Parts 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan nak menghukum. Kau bukan tuhan nak menilai. Kau hamba Allah. It's up to you kau nak hina aku. Maki aku and so on. But make sure perempuan yang kau kata hina ni. Perempuan yang kau kata murah ni..Akan sendiri runtuhkan ego setan dalam diri kau. I will prove it. - Irsya. ____________________________ Sedar akan statusnya sebagai anak angkat. Sedar akan statusnya sebagai golongan terhina. Tapi dia sedar setiap apa yang diberiNya adalah yang terbaik. Sakit macam mana pun kena telan. Kena hadam. Hanya itu sahaja jalan terbaik bagi insan yang lemah sepertinya. _____________________________ Heh..Anak pungutan layak ke tinggal sebumbung? -Idhan. ××××× Terima kasih kerana pinjamkan dia untuknya walau sekejap. Terima kasih kerana beri dia peluang merasainya walau sekejap. Terima kasih kerana meminjamkan segala perasaan bersamanya walau sekejap. Terima kasih. Terima kasih Ya Allah.. ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖