𝔻𝔸ℕ𝔾𝔼ℝ𝕆𝕌𝕊
2 stories
HER, COFFEE | completed ✓ by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 161,522
  • WpVote
    Votes 10,852
  • WpPart
    Parts 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 1,784,919
  • WpVote
    Votes 13,735
  • WpPart
    Parts 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.