mawarawang
SINOPSIS
Dunia kian tenat dek serangan wabak yang mengerikan. Sudah jutaan manusia yang mati. Ekonomi juga kian merundum. Banyak rakyat yang menganggur, tak kurang juga ramainya yang mengalami tekanan jiwa dan kemerosotan kesihatan mental. Oleh itu, Aliya bertekad untuk merawat sebanyak mungkin rakyat yang menderita dari segi emosi dan mental. Tugasnya sebagai seorang ahli psikologi amatlah memainkan peranan yang penting dalam situasi seperti ini. Segalanya berjalan dengan sangat baik. Namun, tidak setelah dia bertemu, Naufal Harraz, seorang pengusaha yang berjaya tetapi menyimpan seribu satu kisah duka. Sedang dia masih merawat masalah kesihatan yang dialami Naufal, banyak memori Aliya lama mulai menghantui dirinya. Sosok 'misteri' yang selalu menemaninya semakin giat membisik di telinganya.
Hingga suatu hari, syarikat yang dikelola Naufal diserang oleh seorang 'hacker' yang bertujuan merampas serta menjatuhkan apa yang dipertahankan keluarga Naufal selama ini. Aliya membuat keputusan untuk turut membantu dan bekerjasama dengan Irfan Haris, seorang peguam yang berintelektual dan disegani ramai. Meskipun mengancam keselamatan dan nyawanya, Aliya tetap mengambil risiko untuk meneruskan cita-citanya dan merungkai misteri tentang identiti seseorang yang disorok. Namun, satu kejadian tak diingini berlaku menyebabkan Aliya sangat kecewa dan bertekad untuk mundur daripada pekerjaannya. Entiti aneh yang selalu menghantuinya kini berjaya mengawal tubuh dan minda Aliya. Kerana Irfan berasa kasihan terhadapnya, dia sedaya upaya memujuk Aliya untuk kembali melakukan pekerjaannya. Malangnya, hanya beberapa bulan dia kembali bekerjaya, satu kejadian akhirnya menjatuhkan semangatnya semula. Apakah kejadian tersebut sehingga Aliya begitu kecewa?
Kisah yang diceritakan hanyalah fiksyen dan sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.
****