khyrnaaa's Reading List
28 stories
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,035,139
  • WpVote
    Votes 9,128
  • WpPart
    Parts 13
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 271,279
  • WpVote
    Votes 8,817
  • WpPart
    Parts 70
[2nd story] HARITH ZAYN x ZENYA AURORA Jatuh cinta pada sepupu sendiri, itulah apa yang Harith khawatirkan. Pengalaman lampau mengajarkan dia untuk menjadi seorang yang berani. Mempertahankan perasaan hati tanpa berasa gentar. Kerana dahulunya, dia pernah memilih untuk melukai insan yang telah berjaya mencuri hatinya, gadis bernama Zenya Aurora. Dalam satu pergaduhan yang penuh hinaan, Zenya memilih untuk mengundur diri setelah bertahun- tahun lamanya mengejar sesuatu yang tidak pasti. Sakit didada telah membawa Zenya pergi jauh dari hidup lelaki itu. Tahun berganti tahun, dia kembali lagi memunculkan diri di hadapan Harith dengan satu azam yang baru. Peluang di mata, takkan mungkin Harith sia- siakan lagi. Jika sebelum ini Zenya sentiasa menggunakan helahnya untuk kekal berdampingan dengan Harith. Kali ini, Harith lakukan serangan balas. Menggunakan helahnya pula untuk menambat Zenya dengan satu ikatan yang sah. "Bohong! Kau suka aku peluk kan? Baik mengaku." HARITH ZAYN "Harith... merepek apa ni?!" ZENYA AURORA Meskipun ikatan perkahwinan terjalin, mereka tetap bergaduh. Dan dalam masa yang sama, satu per satu rahsia mulai terbongkar. "Siapa cakap? Aku pernah tapi aku pilih untuk buang perasaan tu." HARITH ZAYN "Awak hampir buat saya jatuh cinta Zenya." MATEEN Siapakah Mateen? Rahsia apa yang disimpan oleh Zenya sehingga boleh berkenalan dengan lelaki itu?
[C] Bunga Lily by Lyraasha_
Lyraasha_
  • WpView
    Reads 90,149
  • WpVote
    Votes 4,039
  • WpPart
    Parts 74
CLICHE WARNING ༄˖°.🍂.ೃ࿔*:・ Bunga Lily... Seorang gadis kampung yang lemah lembut, cantik, dan kuat pegangan agamanya. Ibarat bunga lily putih yang suci dan tidak pernah disentuh oleh dunia luar. Namun, hidup Bunga Lily yang dulunya penuh kebahagiaan menjadi kelam selepas kematian ibunya dan perkahwinan kedua ayahnya. Ibu tiri dan adik tirinya sering mengganggu ketenteramannya, tetapi Bunga Lily tetap pasrah, meyakini Tuhan itu adil. Segalanya berubah apabila Zill Qayyim, seorang lelaki kacak dari bandar yang merupakan sahabat kepada sepupunya, datang ke kampung untuk menghabiskan masa bercuti. Pertemuan singkat mereka yang tidak dijangka mencetuskan perasaan yang membingungkan. Bagi Bunga Lily, Zill Qayyim adalah segala yang dia tidak pernah impikan. Bagi Zill Qayyim, Bunga Lily adalah wanita sempurna yang menyentuh hatinya dengan kelembutannya. Takdir pendek yang menemukan dua jiwa. "Lily... I think... I've fallen for you." Pengakuan Zill Qayyim yang tiba-tiba menggoncang dunia Bunga Lily. Dalam kekeliruan dan rasa serba kekurangan, Bunga Lily menolak dan menutup pintu hatinya. "Saya tahu saya tak akan pernah layak untuk sesiapa. Apatah lagi untuk lelaki sesempurna awak. Kita takkan pernah sekufu, Qayyim..." Namun, takdir tidak selalu memberi ruang untuk pilihan. Ketika tragedi melanda, Bunga Lily dibuang keluarganya. Tidak ada tempat lain untuk dia pergi kecuali keluarga sepupunya, Nazrin Shah. Saat itu, Zill Qayyim meluahkan niatnya untuk menjadikan Bunga Lily sebagai isterinya. Namun, salah faham yang timbul membawa Bunga Lily menjauhkan diri. Adakah Zill Qayyim akan menunggu, atau perasaannya akan pudar dengan waktu? Adakah takdir masih mengikat mereka berdua? ༄˖°.🍂.
Antara Kita (hiatus) by hani_j29
hani_j29
  • WpView
    Reads 8,758
  • WpVote
    Votes 403
  • WpPart
    Parts 17
"Sampai bila-bila pun Tia takkan setuju mama kahwin lain!" Bermula perubahan dalam hidupnya sejak mamanya berkahwin selepas setahun ayahnya meninggal dunia. Itulah salah satu perkara yang sangat sukar untuk Tiara terima. Ayahnya baru saja meninggal setahun yang lepas. Sampai hati mamanya. Namun, tak disangka ayah tirinya mempunyai anak lelaki. "Aku tak tahu pula bapak ada anak tiri perempuan" Makin bertambah marahlah Tiara kerana tambah orang baru dalam hidupnya. Jadi, Tiara ambil keputusan untuk jauh dari rumah. Dia pergi ke luar negara untuk sambung belajar. Balik saja ke Malaysia, hidupnya kembali huru-hara. "Siapa kau?" "Dah lupa ke" Harraz Elyas selalu mengganggu ketenangannya. Selagi dia tak bosan, dia akan terus kacau Tiara Jasmine. Namun akan ada satu kejadian yang mengubah hidup mereka "Tak pernah satu detik pun aku fikir akan jadi macam ni.." START: 22/10/2025 END: #1 in lovestory
Seandainya kamulah takdirku. [OG + SLOW UPDATE] by A1naLoves
A1naLoves
  • WpView
    Reads 3,186
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 4
SEANDAINYA KAMULAH TAKDIRKU - kisah tentang seorang perempuan berusia 25 tahun yang sentiasa rasa insecure dengan diri sendiri dan dipenuhi rasa bersalah sebab terlalu banyak melakukan dosa, tapi dalam masa yang sama masih tak ada keberanian untuk berubah... sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki yang nampak charming dan berpegang kuat pada agama. Tanpa dia sedari, lelaki itu bakal mengubah hidupnya untuk selamanya - ke arah yang lebih baik. Tapi hakikatnya... adakah mereka akan hidup bahagia bersama atau akhirnya berpisah?
Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,897,904
  • WpVote
    Votes 134,519
  • WpPart
    Parts 67
@Miss.Heartbreaker @ChocoLyn @RomanticGenre @wattpads2019 Aulia Arisya, dia gadis biasa yang punya kisah silam duka. Dihina dan dicaci menanamkan dendam dalam jiwanya untuk melukakan hati setiap insan bergelar lelaki. Hal itu, menjerumuskan dirinya menjadi seorang 'Miss. Heartbreaker' yang dipinta untuk menjadi orang ketiga. 'Kau tak takut ke kalau suatu hari nanti.. kau jatuh cinta dengan mangsa kau sendiri?'- Hannan. 'Cinta? Pada seorang lelaki? Pfft.. hati aku masih sakit gara-gara apa yang diorang dah buat pada aku.'-Aulia Arisya. Dia yakin, istilah cinta tak pernah wujud dalam kitab takdirnya namun siapa yang sangka.. keyakinannya itu ada batasannya?! 'I know you very well, Aulia. I banyak dengar kehebatan you dalam merosakkan relationship banyak orang. So, I datang sini sebab nak offer you sesuatu.'-gadis misteri. 'Apa dia?' 'I nak you jadi orang ketiga dalam hal rumahtangga I. Boleh?' Huh?! Tak pernah terlintas dikepalanya untuk merosakkan hubungan suami isteri. Dia dipinta untuk hancurkan hubungan orang bercinta, bukan nya orang berkahwin?! ...
Yang Tertulis Antara Kita ( H ) by kiraes
kiraes
  • WpView
    Reads 27,020
  • WpVote
    Votes 1,620
  • WpPart
    Parts 31
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?
Mi Tesoro, You're Mine!  by _thefieyy
_thefieyy
  • WpView
    Reads 1,662
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 2
𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐒𝐎𝐑𝐎, 𝐘𝐎𝐔'𝐑𝐄 𝐌𝐈𝐍𝐄! (𝐒𝐋𝐎𝐖 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄) 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 ⚠️: 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐮𝐬𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐭. Aldren Zarmyr- Seorang jejaka yang memiliki ketampanan asli, berkacukan Spain-Malay yang menjadi kegilaan para wanita kerana kekayaan dan ketampanan nya Adyra Zayfryn- Seorang gadis polos yang memiliki kehidupan yang tidak teratur dan sentiasa berada di dalam kesakitan kerana disiksa oleh ibu bapanya. Kecantikan pada wajah Adyra menarik minat Aldren ketika pertemuan pertama mereka di cafe..mereka saling memandang antara satu Sana lain di kondominium milik keluarga aldren. Kemunculan Aldren di dalam hidup Adyra merupakan satu kebahagiaan. Mereka berkahwin diatas dasar cinta masing-masing selepas kenal antara satu sama lain daripada Datin Amel "Kenapa tuan nak bersama saya?" -Adyra "Sebab kau orang pertama yang buat aku mudah jatuh cinta"-Aldren Kemunculan Fawwaz Airil dan Anis Cassra yang menjadi punca kesalahfahaman hubungan Aldren dan Adyra. Niat mereka kembali hanya untuk menghancurkan hubungan Aldren dan Adyra. " Aldren hanya cintakan aku" -Anis "Dan Adyra hanya untuk aku" -Fawwaz Adakah cinta mereka akan berkekalan sehingga akhir? Dan mampukah mereka bertahan dengan apa yang akan dihadapi diwaktu akan datang?