AinulhanaZulkifli's Reading List
6 historias
𝐂 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 por Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Lecturas 229,958
  • WpVote
    Votos 9,103
  • WpPart
    Partes 66
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 29 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
MIKHAEL por theaciels
theaciels
  • WpView
    Lecturas 366,092
  • WpVote
    Votos 15,404
  • WpPart
    Partes 49
[Evermore Series #1] Solace Love ⋆͛︎ Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua bukan perkara asing baginya. It's his life. Namun segalanya berubah bila hati Mikhael terpaut dengan seorang gadis. Hati leftenan yang beku itu mulai pecah satu persatu disebabkan seorang gadis. Arielle Iris. Gadis yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading. Pertemuan pertama mereka berdua bagaikan sebuah penyatuan di Sepanyol. Bukan sekali tetapi tiga kali. "Did you know? They said if two persons meet each other three times, they are fated to be together." Ketika Mikhael lelah meneruskan tugasan, Arielle ialah penyelamatnya. Gadis itulah yang membantu Mikhael sejak pertemuan mereka, kekuatan Mikhael. "Aku sayang kau. If putting my life for you proves my loyalty, I will do it. I will do anything I can do for you."
Dia Selamat, Tapi Kenapa Dia Tak Datang Cari Aku? por nnanhhzz
nnanhhzz
  • WpView
    Lecturas 7,777
  • WpVote
    Votos 330
  • WpPart
    Partes 36
📖 Dia Selamat, Tapi Kenapa Dia Tak Datang Cari Aku? "Jika sesuatu itu benar milikmu, ia akan kembali. Jika tidak, yakinlah Allah merancang sesuatu yang lebih baik." 📌 Deskripsi: Nayra Elvina menunggu dengan penuh harapan. Dia yakin, jika Zayyan Raqeem masih hidup selepas insiden hitam itu, pasti lelaki itu akan datang mencarinya. Tapi, hari berganti minggu, minggu berganti bulan-Zayyan tetap menghilang. Hati Nayra hancur saat mendapat tahu lelaki itu sebenarnya selamat. Tapi kenapa Zayyan langsung tidak mencarinya? Kenapa seolah-olah dia sudah lupa segala-galanya? Adakah dia benar-benar melupakan Nayra, atau ada sesuatu yang menghalang dia daripada kembali? Di sebalik kehilangan itu, ada rahsia yang tersimpan. Ada pengkhianatan yang tak terduga. Dan ada dendam yang belum selesai. Saat masa silam mula menghantui, Nayra terperangkap antara cinta yang masih berbaki dan realiti yang menyakitkan. Adakah cinta mampu menemukan mereka semula, atau semuanya sudah terlalu lambat? 💔 Sebuah kisah tentang kehilangan, takdir, dan kepercayaan. Kerana kadang-kadang, bukan manusia yang memisahkan kita-tapi ujian yang Allah turunkan untuk menguji sekuat mana kita percaya pada cinta yang sebenar. - ✒️ !! sorry jika jalan cerita ada yang takde kena mengena, sorry sangat ii, InshaAllah saya akan betulkan !! selamat membaca ! start 12/2 end 13/2 complete ! 🤍
BENAR UNTUKMU [C] por bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Lecturas 130,912
  • WpVote
    Votos 3,843
  • WpPart
    Partes 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
HIS HIDDEN LOVE [C] por petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    Lecturas 129,109
  • WpVote
    Votos 3,767
  • WpPart
    Partes 62
Ayra Qasreen X Haez Fateh Gara-gara dipermainkan oleh Haez suatu masa dahulu, dia nekad untuk tidak membuka ruang lagi hatinya untuk manusia bernama lelaki. Namun mampukah dia berpegang pada prinsipnya kali ini setelah berjumpa semula dengan lelaki itu? Apa yang lebih parah, mereka berjumpa semula di tempat kerja yang sama. Setiap kali dia mengelat, setiap kali itu juga dia merasakan ada graviti yang menarik dia kepada lelaki itu. Bagaimana untuk dia hadap realiti kini kalau realiti masa lampau terlalu pahit untuk dia lepaskan? Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa keluarganya, dan semua itu juga berpunca daripada lelaki bernama Haez Fateh. Mampukah rasa benci ini ditanam buat selamanya? Trope: She fell first, but he fell harder. When the world around her fell apart, he was the storm that held her together.
[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1) por eyesfrcoral
eyesfrcoral
  • WpView
    Lecturas 145,995
  • WpVote
    Votos 11,867
  • WpPart
    Partes 106
BOOK1 IM_CHUBB MUALAF SERIES Penat lelah seorang perempuan yang tidak begitu alim yang menjaga suami mualafnya. ʕ••'ʔ Bagi seorang gadis yang beragama Islam, pasti sahaja mahu mencari suami yang pandai mengaji, baik hati, kuat beragama, senang kata seorang lelaki yang dapat membimbingnya lah sehingga ke syurga. Setiap impian mereka adalah sama, untuk bahagia bersama suami. Bahagia dari segi Islam, menunaikan solat lima waktu bersama sama dan sebagainya. Tetapi bagi Aurelya Soffia ianya betul betul terpesong dengan apa yang dia mahukan. Dia mahu lelaki Islam tulen, yang boleh imamkan dia klau tengah solat seperti dalam televisyen selalu paparkan. Tapi Allah sebaik baik perancang. Dia berkahwin dengan Park Jimin, seorang lelaki yang memang bukan asal usulnya dari keturunan Islam. Malah kehidupannya sungguh berlainan dengan keluarga Aurelya. Dipaksa kahwin ketika lelaki itu sesang mabuk betul betul buatkan dirinya gila. Tetapi Allah adalah sebaik baik perancang. Persoalannya, adakah mereka dapat bertahan untuk menjaga masjid yang baru sahaja mereka bina? Started • August 31, 2018 Ended • May 21, 2021 Status • Completed (In Editing) M U A L A F (sᴇᴀsᴏɴ¹) Beautiful cover from YSEIRYA : graphic shop by @flwriesy