InsanRahsia's Reading List
8 stories
Memori Mardhiyah (Completed) by DrSinsin
DrSinsin
  • WpView
    Reads 875
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 28
Setelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat sehidup semati. Safiyah perlu mencari seorang budak yang dikatakan mampu memulihkan memori seseorang yang hilang untuk merungkai apa yang terjadi kepada Mardhiyah setelah sembilan tahun mereka berpisah serta mengembalikan diri Mardhiyah yang dulu yang sentiasa menghibur masa luangnya. Namun, usahanya itu semakin rumit apabila Safiyah juga baru mengetahui yang ayah Mardhiyah sedang berusaha untuk membunuh Mardhiyah atas alasan yang belum pasti. Bahkan, kehadiran seorang lelaki misteri dalam hidup Safiyah menambah lagi kekeliruan dalam usahanya tersebut.
YUKI (Twisted Tales: Queen Series #1) by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 11,108
  • WpVote
    Votes 887
  • WpPart
    Parts 22
YUKI. Dia digelar Snow Queen dan hatinya sedingin salju. Hidup mati seseorang ibarat di dalam genggamannya sahaja. Namun, kehadiran lelaki itu telah membawa kehangatan yang mampu mencairkan segalanya. HUD ASYRAAF. Dia seharusnya sudah mati. Tidak lain tidak bukan, di tangan wanita dari dunia gelap itu. Namun, di dalam kegelapan itulah dia menemui cahaya. "Give me the name. Aku nak tahu siapa yang nakkan nyawa aku," - HUD ASYRAAF "Aku takkan bagi sebarang nama," - YUKI Saling membenci dan menyakiti dengan kata-kata, mereka juga yang saling melindungi dengan nyawa sendiri. "In the darkness, I found you. You're my solace," - HUD ASYRAAF Dua jiwa berusaha mempertahankan perasaan semampunya. Tetapi ketika nyawa menjadi pertaruhan dan akal hilang pertimbangan, masih utuhkah rasional dan pendirian mereka? Dalam rantaian takdir itu, siapa yang menjadi mangsa? Siapa pula yang menjadi pemangsa? "At the end of the day, you'll be the person whom you once swore you'd never be," - YUKI
Writing Tips by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 114,606
  • WpVote
    Votes 13,908
  • WpPart
    Parts 22
[ 𝑬𝑫𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 ] Ada niat nak menulis tapi tak tahu nak mula macam mana? Jangan risau! Dalam buku ini ada banyak tips berguna, nasihat pun ada disediakan untuk awak semua. Bukan itu saja, ada juga pengalaman daripada penulis lain dan slot SoalJawab untuk masalah yang awak hadapi Jom usya! Let me help you :) c o v e r : @Shieyruna
Encik Pembunuh by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 26,195
  • WpVote
    Votes 516
  • WpPart
    Parts 7
Encik Pembunuh - Tajuk memang macam drama TV melayu, tetapi sorry, jalan cerita novel ni lagi awesome. Ini cerita Faisal, seorang pembunuh profesional yang sangat menggerunkan. Sudah bunuh ratusan orang, dan nak kata orang gerun pada dia tu sampai dunia kongsi gelap di Malaysia gelarkan dia 'Izrail', nama israiliyyat bagi Malaikat Maut. Tetapi nak dijadikan cerita, kalau tak takdelah novel ni, Faisal rasa muak dan meluat dengan karier dia. Faisal nak berhenti, nak berubah, tetapi tak jumpa jalan. Ketika inilah, masa tengah layan frust dengan gaya hidup dia, sekonyong-konyong muncul Amirah Sophia, kenalan dia semasa di universiti dahulu. Dia kenal Amirah sebagai budak dakwah yang aktif. Jadi Faisal terus aja lamar Amirah Sophia, menganggap Amirah Sophia mampu menyelamatkannya. Keputusan itu telah menjemput konflik yang banyak kepada hidup Faisal. Apakah Faisal akan berjaya berubah? Bagaimana?
Samurai Melayu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 10,278
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 7
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya. Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken. Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia. Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya. Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo. Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa. Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya? Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?
Amru Rebellion by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 1,884
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 5
Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. CInta juga berputih di dalam jiwannya dengan santri rupawan, Zaharah. Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah, yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribu mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk. Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung, dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya. Tanpa Amru ketahui, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya.
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,876
  • WpVote
    Votes 801
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,281
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.