Romance+action
8 stories
Deep In My Heart by YunaAdhara_
YunaAdhara_
  • WpView
    Reads 196,733
  • WpVote
    Votes 16,339
  • WpPart
    Parts 77
[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? What a funny girl or should i call you dumb girl?" - Arryan Alexander Satu perkataan saja sesuai apabila berhadapan dengan lelaki bernama Arryan ini. Bala. Keadaan semakin serabut apabila musuh-musuh keluarganya fikir aku ialah 'precious one' dia. Aku terlibat dalam selirat Empayar Alexander! Memang bertambah bala lah jawabnya hidup aku. Nak bersihkan nama? Dalam mimpilah! Mimpi pun tak akan sampai tahap macam tu. Dan untuk itu, aku harus berjuang untuk hidup. Selamatkan diri sendiri. "Whenever you in danger. Just tell me a date, time and place so that i will come to you" Setiap detik demi detik aku mengenali Arryan. Aku seakan tersedar akan sesuatu. Lelaki ini ada kena mengena dengan zaman silam aku. Zaman silam yang dianggap mimpi ngeri bagi aku kerana pada masa itulah tragedi aku hilang ingatan berlaku. Adakah semua yang berlaku sekarang seperti dejavu dan akan berulang sama? Start: 21/5/ 2020 End : 27/3/2021 🌟this is my first baby so faham ii lah kalau ada kesalahan ejaan, bahasa, tatabahasa, peribahasa or anything else 🙊 🌟semua idea datang dari imaginasi author yang mengarut dan setinggi langit ni. oh, ada beberapa chapter i inspired by some kdramas😚 sorry im crazy about it so i decided to put my fav scenes here😂 🌟for those who want to hate & criticize my karya, kindly dm me ;) dont leave your shit in my comment story. sesiapa yang still buat juga, i am going to delete it. arasseo? btw please please please dont comment any spoiler im begging u guys🥺 🌟read it until the end inshaallah tak menyesal hshshs🤡 HAPPY READING🥰 DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT!💗
38. The Last Promise by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 177,022
  • WpVote
    Votes 12,144
  • WpPart
    Parts 75
Hayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan yang menarik nafsu dia. Tapi sekali pun tidak pernah terlintas hendak jatuh cinta pada perempuan selepas kekasih hatinya Rose. Rossie Charlotte seorang gadis bijak straight A's. Walaupun begitu dia gemar untuk hadiri parti dan hang out Bersama dengan rakan baiknya yang mana merupakan housemate dia. Dia telah merantau jauh dari kampung halamannya, Albania untuk ke Itali menyambung pembelajaran ke peringkat degree. Namun sesuatu terjadi, membuatkan dua dunia yang berbeza ni bertembung lantas berlakunya percanggahan. "Lembab! Bawak kereta macam tu pun tak reti! Baik tak payah drive terus!"bidas Hayden. Rossie mencekak pinggang. "Cakap tu baik sikit ya...awak tu apa kurangnya. Nama je anak mafia. Tukar tayar pun tak reti!" "Hoi!Kau dah tak sayang mulut sangat ya? Hah!Aku tembak mulut tu baru tahu!" "Huhuhu...takutnya saya." kata Rossie sambil buat muka acah-acah takut. "Ingat sikit ya..kalau bukan sebab saya, awak dah jadi hantu bungkus dekat gaung tu tadi!" Musuh. Dendam. Love Triangle. Adakah dua orang ini akan berakhir bersama? Atau Perbezaan dua dunia ini berakhir dengan sadis? Mula 2/6 Tamat 18/6 Jun 2021
He's The Headhunter [In Editing]  by _Delisha_
_Delisha_
  • WpView
    Reads 656,693
  • WpVote
    Votes 28,857
  • WpPart
    Parts 48
BOOK ONE - HEADHUNTER SERIES Aeric Norvin Clayford, Jejaka tampan dan jutawan. Mana-mana perempuan akan cair melihat wajahnya. Namun begitu, jejaka itu bukan orang biasa tapi sangat berbahaya kerana dia merupakan pembunuh. Helang yang selalu mencari mangsanya. Dia, headhunter bagi The Mafia Knight. "Shoot. Right in your head and die.", Aeric tersenyum sinis. Musuh dia pasti rebah setiap kali Sniper itu berada bersamanya. Jangan sesekali-kali mencari masalah dengannya apatah lagi ahli-ahli Mafia Knight itu. Memang lu tempah maut la kalau gitu. Hidup jejaka yang membujang sahaja disebabkan lebih memikirkan kerjanya mula berubah apabila muncul seorang gadis. "Awak nak tak kahwin dengan saya?", Emma Edriana. What !? Gadis yang tiba-tiba muncul dalam hidup dia. Emma yang telah jatuh cinta pada pandangan pertama apabila berjumpa dengan Aeric. Gadis itu tak kenal erti berputus asa dan di tambah lagi dengan perangai yang tak tahu malu itu. Saja ngabar. Aeric tidak ambil peduli sangat akan gadis itu. Tapi takdir selalu menemukan mereka. Hati dia tercuit setiap kali bersama gadis itu. "Kau siapa sebenarnya?", Fraser Welby Marshell. Salah satu alih tertinggi di Mafia Knight. Aeric turut merasakan ada sesuatu yang disorokan oleh gadis itu. Hinggalah Aeric dapat tahu yang..... Apakah yang disorokan oleh Emma? Bagaimanakah kisah percintaan mereka? P/S: Mengandungi kata-kata kesat yang tak seharusnya dicontohi. ✴️ Kesalahan ejaan ataupun tatabahasa sila jangan ambil peduli. ✴️ Tolong jangan plagiat hasil Karya saya ‼️
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 133,724
  • WpVote
    Votes 13,942
  • WpPart
    Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,558,301
  • WpVote
    Votes 340,912
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,527
  • WpVote
    Votes 4,868
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,324
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,488
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer