Fieyqhh_'s reading list
4 historias
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) por Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    LECTURAS 1,248,513
  • WpVote
    Votos 70,232
  • WpPart
    Partes 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
Dryan Wyatt✔️ por sweetiecupcakee
sweetiecupcakee
  • WpView
    LECTURAS 436,337
  • WpVote
    Votos 38,775
  • WpPart
    Partes 33
You make me weak but uhh whatever Dryan Wyatt. Budak nakal yang sering ditakuti ramai. Manusia yang suka membuat masalah dan cari pasal antara murid lain. Dia lelaki berdarah kacukan yang cukup menarik perhatian. Gaya rambut dan segala fizikal tentang dia buatkan ramai tertarik hati walaupun perangai entah apa-apa. Terlajak nakal dan biadap! Mengenali Tengku Nuryn Delisha buatkan harinya berubah. Gadis itu pintar, cantik dan menarik minat ramai. Kehidupan begitu indah sebelum mengenali anak kawan mamanya yang merupakan pembuat masalah di sekolah. Tujuan Dryan dipindahkan ke sekolah itu dengan harapan untuk mengubah anak Mr Wyatt dan Mrs Wyatt agar anak mereka dapat dipantau dan dikawal jika berada di sini tetapi makin menjadi jadi sehingga Mr Wyatt membuat keputusan berbincang dengan kawan baiknya, ibu bapa Tengku Nuryn Delisha. "Reen terlalu muda untuk dijodohkan dengan ketua segala iblis tu, Ma. Lagipun Reen benci dia. Reen pun dah ada orang lain." - NURYN DELISHA "Kau ingat aku nak sangat ke hadap muka kau ni, mangkuk? Monyet dekat hutan pun lawa lagi." - DRYAN WYATT Ikutkan hati memang kata benci selalu tetapi adakah selamanya? Dapatkah hati Nuryn yang sering panas dek perbuatan Dryan ini cair apabila ternampak sisi lain si dia? Tetapi mengapa bad boy dingin seperti Dryan juga menjadi isi hatinya? "Siapa cakap aku tak kisah dengan kau?" Pernah tak jatuh cinta dengan seseorang yang tak sepatutnya dijatuh cinta? Adakah itu dianggap penyesalan atau sebaliknya? A Bad Boy In My Heart ©️sweetiecupcakee 2020-2021
Terkecuali : Mikael por ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    LECTURAS 900,574
  • WpVote
    Votos 63,542
  • WpPart
    Partes 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
Lanets por -zunally
-zunally
  • WpView
    LECTURAS 3,122,806
  • WpVote
    Votos 309,475
  • WpPart
    Partes 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]