dhiaAzzn's Reading List
13 stories
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,799
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 217,232
  • WpVote
    Votes 14,122
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 664,596
  • WpVote
    Votes 44,560
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,636,032
  • WpVote
    Votes 165,704
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[Bakal Terbit] by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 141,011
  • WpVote
    Votes 778
  • WpPart
    Parts 2
BOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Sejak melarikan diri dari rumah anak yatim bersama adik angkatnya, Mawar, Luth membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Hidupnya jauh dari Tuhan tanpa lintasan untuk bertaubat, hinggalah Mawar membuat satu keputusan. "Abang izinkan atau tak... Mawar tetap akan kahwin. Abang hiduplah sampai mati dengan kehidupan macam ni." -Mawar- Dia mampu kuat walau seluruh dunia menzaliminya, tetapi tidak untuk kehilangan Mawar - bunga ros merah dalam hidupnya. MAHFUZ. Hidupnya selama ini terpelihara daripada noda dunia. Namun, benteng yang dibina sejak kecil runtuh sekelip mata dengan kehadiran seorang gadis berpurdah bernama Balqis. Pada detik yang sama, hadir seorang lagi - gadis yang tulus ingin berhijrah. "Ummi awak kata awak hampir setiap hari bagi kuliah subuh dekat sini. Saya pun datanglah... nak tengok majlis ilmu ni." -Fatihah- Fatihah seorang yang baik. Cuma, dia bukan dambaan Mahfuz seperti Balqis. Dan kerana dua nama ini, lahir sebuah konflik yang merobek dadanya. LUTH & MAHFUZ. Dua pemuda dari dunia yang berbeza, tidak pernah saling mengenali. Saat semuanya hancur, takdir menemukan mereka dan menukar segalanya. Untuk seketika... Luth menjadi Mahfuz. Mahfuz menjadi Luth. Dalam meniti jalan kembali kepada-Nya. *** support my new story i ll try to reply each comments from you! start : 17 sept 2020 end : 13 oct 2020
ALPHA 122 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 246,631
  • WpVote
    Votes 22,495
  • WpPart
    Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,986,349
  • WpVote
    Votes 485,937
  • WpPart
    Parts 84
Satu pertaruhan, dua jiwa. Di antara Aiden dan Melissa, siapa dulu yang bakal kecundang?
SELINDUNG✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 209,378
  • WpVote
    Votes 20,887
  • WpPart
    Parts 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//
LUTH : HENTIAN AKHIR✓ [C]  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 101,300
  • WpVote
    Votes 425
  • WpPart
    Parts 1
[sekuel novel Luth Mahfuz] BOOK #5 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Sad Romance ft. Tarbiyah Warning: more romance Ada orang menyangka sudah cukup untuk meninggalkan kemungkaran namun yang wajib tidak pula dikerjakan. Ada juga merasakan diri itu lebih berhak untuk memiliki berbanding si gagal yang ada di hadapan. Luth tahu hayatnya semakin pendek dengan pemyakit yang menemani. Kehadiran si kecil Aira banyak mengajar erti kehidupan padanya di saat hubungan dengan orang sekeliling mula dibadai ombak. Yang dianggap kawan seolah-olah mahu menghalaunya terus dari kehidupan. Satu per satu ditarik hinggalah disedari yang ada cumalah pinjaman. Cinta pada si bunga akan terus mekar. Walau dia tidak dipandang. "Ibu suka tinggal dengan Luth. Luth duduklah dengan ibu, ya?" - ibu *** add to Reading List! support my new story votexkomen start: 14 oct 2020
Embun Anggerik by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 367,496
  • WpVote
    Votes 35,835
  • WpPart
    Parts 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari esok. "Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don't really wanna go there and die kan? You just wanna know how does it feel to be alive. Even for a short period amount of time when your lungs gasping for air." - Alam Uzayr " Shut up." - Embun Anggerik Penghijrahan ke bumi Glasgow bagi mendapatkan segulung ijazah perubatan untuk ditukar dengan segaris senyuman Bonda bakal membawa angin perubahan dalam hidupnya atau mungkin dia akan semakin hanyut dalam dunianya sendiri