✍︎𝘳ꫀꪖᦔ𝓲ꪀᧁ ꪶ𝓲𝘴𝓽 2
82 stories
Lelaki Bertopeng Putih by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 15,846
  • WpVote
    Votes 1,495
  • WpPart
    Parts 10
REWRITE VERSION | SEQUEL H426 ×××× LELAKI BERTOPENG PUTIH. Seorang lelaki yang bekerja sebagai orang dalam polis. Namanya disanjung kawan dan digeruni lawan. Identitinya terus kekal rahsia dengan topeng putih di mukanya. Tapi, di kehidupan biasanya, dia ialah Haries Naim. Lelaki yang ceria dan gemar mengusik. Meskipun sentiasa ditekan dari pelbagai pihak, Haries tetap ceria. Sehinggalah suatu hari, dia dikejutkan dengan keputusan Datin Naina yang menginginkannya berkahwin. Tiga bulan masa diberi untuk Haries berkenalan dengan gadis pilihan, Raihanah Jazmin. Sebab yang dikemukakan oleh ibunya sudah cukup buat Haries menerima dengan rela biarpun hatinya mahukan sebaliknya. Kehadiran seorang lelaki yang lumpuh separuh badan, Fariel mengundang tanda tanya. Lelaki itu seolah-olah ada rahsia yang disimpannya. Dan rahsia itu diceritakan dengan melindungi Raihanah. "Saya memang tak kuat. Tapi saya tahu, saya perlu lindungi dia, Haries." - Fariel Masalahnya terus bertambah apabila keluarganya seringkali diserang algojo-algojo yang menyimpan dendam di hati. Tapi, hairannya, target sebenar mereka, bukan keluarga Haries tapi... Raihanah. "Dendam ini takkan jumpa penamatnya selagi hembusan nafas ini bukan yang terakhir." - Yanny The Surrogate Saat itu, Haries mula mempersoalkan semuanya. Kepercayaan, harapan dan sebuah kisah hitam. Terlalu banyak rahsia yang mereka simpan. Terlalu banyak penipuan yang mereka ungkapkan. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim akhirnya berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Lelaki Bertopeng Putih tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali? "Rahsia, pengkhianatan dan cinta. Aku tak pernah tahu rasanya sakit macam ni sekali, Farhan." - Haries ×××× Tarikh mula : 190321 Tarikh akhir : - Genre : action + romance + mystery Status : on going Cover by : @azleyanaaa
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS) by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 176,065
  • WpVote
    Votes 17,060
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin? Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka. Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,548,245
  • WpVote
    Votes 340,166
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED] by cikmawersss_
cikmawersss_
  • WpView
    Reads 76,862
  • WpVote
    Votes 3,841
  • WpPart
    Parts 31
🏅 RANKING NO 1 BADBOY • [31/01/2021] 🏅 RANKING NO 2 KILLER • [21/07/2021] 🏅 RANKING NO 2 ACTION • [5/ 02/ 2022] 🏅 RANKING NO 3 COMEDY • [23/02/2022] 🏅 RANKING NO 2 LOVE • [19/08/2022] 🏅 RANKING NO 1 KILLER • [29/12/2022] 🏅 RANKING NO 3 ROMANCE • [25/02/2023] Meeting you was fate, becoming your friend was choice, but falling in love with you was completely out of my control ♡︎. ♡︎ Tengku Mia Aurelia seorang gadis yang sentiasa ceria. Namun, itu semua hanya untuk menutupkan luka dalam hatinya. Cinta pertamanya sudah banyak mengajarkan dia erti keikhlasan, kejujuran dan penderitaan. Berbeza pula dengan seorang lelaki yang misteri. Hidupnya penuh dengan kegelapan. Cinta? Tidak pernah sekalipun terlintas dalam kepalanya untuk mencintai mana-mana gadis, KECUALI seorang gadis yang berjaya menambat hatinya sejak daripada kecil lagi. Menyesal atas kesalahan yang lama? tiada gunanya. Adakah masih ada kesempatan untuk dia memohan maaf kepada gadis itu? Dapatkah dia mencuri balik hati gadis itu? + 100% ; chocolatehazel. + action alert! + kesalahan ejaan dan tatabahasa!
MEMORI CINTA KITA by roseminaa
roseminaa
  • WpView
    Reads 1,325
  • WpVote
    Votes 248
  • WpPart
    Parts 23
SINOPSIS "I love you. Now and forever. Saya takkan lakukan hal yang boleh melukakan hati awak, sayang," - Hakimi Firdaus. "Saya cuma nak 'kembalikan' memori cinta kita," - Nisa Qistina. Selama ini dia hanya berpura-pura semata-mata untuk mengekalkan cintanya. Ya. Dia tahu dia takkan dikhianati. Tetapi,yang akan dikhianati adalah.. Dia. Maafkan sayang. 📌idea hak cipta © roseminaa 📌watak dan cerita adalah rekaan semata-mata. 📌maaf jika ada kekurangan. #1 - cintakita #1 - qistina #2 - hakimi #34 - kenangan start: 26 Mei 2021 end:
Between 2 Love(✔Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,207,111
  • WpVote
    Votes 43,627
  • WpPart
    Parts 67
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah persahabatan aku dan Yara. Keluarga aku sempurna dan bahagia begitu juga persahabatan aku juga mengamit kenangan gembira. Namun, kisah siapa saja yang sehingga ke akhirnya adalah bahagia kan? Aku diduga satu persatu cubaan. Yang paling memeritkan, aku kehilangan seorang sahabat yang amat aku cinta dan kasih. Pemergian Yara meninggalkan satu pesan untuk aku sekaligus amanah untuk tunangnya, Aqhif. Dari situ, cerita hidupku bermula. 'Jagakan Lara untuk saya, Aqhif. Saya tiada lagi peluang kedua untuk menjaganya. Hanya awak saja yang saya harapkan untuk menjaga dia. Ambil dia, sebagai pengganti saya.'- itulah utusan yang Yara tulis untuk Aqhif. Ikuti kisahnya dalam 'Between 2 Love'. #Prolog-24/12/17 #Continue 2018
Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡ by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,793,569
  • WpVote
    Votes 54,732
  • WpPart
    Parts 59
[In Editing Process] Cinta itu suatu perasaan yang boleh berubah. Aku benci dia pada mulanya namun akhirnya.. perasaan sayang mula menjentik hatiku.. Dia panggil aku sayang, cinta, honey, baby.. sweet!! Sedari itu, aku fikirkan dia memang sudah berubah tapi aku tak menyangka.. Perkahwinan ini rupanya bukan atas dasar cinta tetapi hanya dipegang kerana bisnes.. Bila hati aku sudah sayang, dia lukakan hati aku.. Kerana, dari awal aku bukan pilihannya "Dia bukan pilihan aku. Perkahwinan ini atas dasar business. Dia senang ditipu maka dia mangsa aku. She's not my taste."-Karl. "Dari awal abang memang nak beritahu Aira, Karl memang ada niat tersembunyi nak kahwin dengan Aira."-Fakhrul. "Mulai saat ini,aku takkan percayakan sesiapa."-Aira.
Bukan Cinta Sempurna by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 7,339
  • WpVote
    Votes 479
  • WpPart
    Parts 6
@BukanCintaSempurna @Wattpads2019 @RomanticGenre @Choco_Lyn @StoryKe10 Apa itu Cinta? Adakah ia perlukan kesempurnaan pada kedua-dua belah pihak atau sebenarnya lebih kepada saling melengkapi antara satu sama lain? Aku, Nurul Zahra Aisyah diambil sebagai seorang isteri kepada lelaki yang dianggap sempurna pada luaran namun hakikatnya dia 'cacat' secara naluri. Kenapa aku rela jadi isteri dia? Kerana aku tahu.. dia perlukan aku untuk menyempurnakan dirinya sendiri. "Kau ni memang lembab, Aisy. Punyalah banyak lelaki kat dunia ni yang tulen, bekas pondan itu jugalah yang kau hendak. Memang, kau buta!"- jerkah orang terdekat bila aku buat keputusan untuk jadi isteri dia. "Zahra yakin nak jadi isteri Ezrul? Muktamad?"- si dia yang bakal jadi imamku dalam beberapa jam saja lagi. "Zahra yakin. Zahra nak hidup dengan Ezrul, bukan orang lain."-keputusanku sudah noktah. Ramai kata, hubungan kami akan berhujung kepada perpisahan. Cabaran itu cuba aku tangkis dengan mencari titik bahagia kami sebagai suami isteri. Aku mahu buktikan pada mereka, yang kami akan bahagia walaupun cinta ini taklah sesempurna cinta romeo pada julietnya. Namun, bila pelbagai dugaan menghalang bukti kebahagiaan kami. Aku rasa lelah. Benarkah cinta itu perlukan kesempurnaan untuk terus gah? Choco_Lyn2019
Dia Perempuanku by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 149,176
  • WpVote
    Votes 7,865
  • WpPart
    Parts 32
@DiaPerempuanku @Choco_Lyn @RomanticGenre @Wattpads2021 Aku Arissa Haura, seorang gadis yang diambil sebagai anak angkat oleh Dato' Zulkifli kerana beliau tidak memiliki zuriat. Walaupun dibesarkan dengan harta yang melimpah namun.. aku masih tak lupa siapa aku. Hanya seorang gadis biasa yang hidupnya cuma menumpang. "Rissa kena tolong papa. Kahwin dengan anak Ungku Shariffuddin. Papa minta sangat kamu setuju.-desakan papa buatkan aku dengan paksa rela bersetuju untuk menjadi isterinya. Dia, Ungku Haidar Daniel. Seorang lelaki yang sejak lahirnya dibesarkan dengan harta. Disebabkan sebuah kejadian, dia dengan rasminya menjadi pemilik tunggal harta kekayaan Ungku Shariffuddin cuma.. dengan satu syarat. Arissa Haura perlu menjadi isterinya.