Favorite ❤️
2 stories
ANDREW RICHARDO IMMANUEL (EDITING) by blacktitania
blacktitania
  • WpView
    Reads 36,271
  • WpVote
    Votes 670
  • WpPart
    Parts 5
EDITING ! First story , no judging . Slow romantik +action "Saya setuju untuk kahwin sebab mak saya." Sebaris ayat ini sudah cukup untuk mematahkan hati Bella. Dan siapa sangka bakal suaminya akan berkata sebegitu di hari pertunangan dia? Hidup sebagai anak sulung perempuan bukanlah mudah bagi gadis bernama Bella Crystalia. . Segala tanggungjawab perlu Bella pikul kerana ayahnya tiada. Bercakap sahaja tentang ayahnya boleh menaikkan darah Bella. Patutnya seorang ayah menjadi pelindung keluarga namun dalam situasi Bella, dia perlu menjadi pelindung kepada keluarga dia. Ayahnya pula entah di ceruk mana. "Awak memang tak nak cakap ke? Padahal awak yang terdesak nak kahwin dalam masa yang terdekat." Bella sudah penat. Sepatah pun tidak pernah suaminya cakap dengan dia. Bila bertanya pun bukan suaminya nak jawab. Hanya geleng dan anggukan sahaja. Rasa macam kahwin dengan tiang elektrik. "Maafkan ayah." Pertemuan semula antara Bella dengan si ayah selepas 7 tahun ditinggalkan. Dapatkah Bella menerima ayahnya semula ? Apa agenda ayahnya datang kemari? "Polis melaporkan bahawa telah berlaku pembunuhan di Taman Melur sekitar 10 pagi tadi. Mangsa telah meninggal dunia akibat tikaman di perut dan dada." Satu demi satu jawapan mula timbul. Siapa? Kenapa? "No matter what happens, Allah never leaves you behind, Bella." ❗ Dilarang plagiat cerita saya. ❗Just ignored all kinds of grammatical errors. © All right reserved Start: 16/02/2025 End: -
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,098,108
  • WpVote
    Votes 298,497
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*