the_adriees's Reading List
4 stories
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,323
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,487
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED] by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 10,848,991
  • WpVote
    Votes 244,088
  • WpPart
    Parts 32
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang dilahirkan untuk membunuh. "Frandy !!!!" "I'm an assassin. Of course my hobby is killing. Stay away from me if you want to stay alive, bitch" -Ariq Frandy Louise Bang ! Bang ! Bang ! 26 tahun hidup di dunia yang berdarah bukanlah ujian atau dugaan, ianya adalah takdir buat si adik kepada ketua Sr US Mafia yang bakal mengambil alih pangkat itu tidak lama lagi. "Bila kau dah kenal cinta, kau akan berhenti dari membunuh" -Aryan Froy Louise Dilahirkan untuk menjadi ketua Sr US Mafia. Jangan jatuh cinta kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Terima kasih. "I know everything because I am the greatest magician" -Spencer Riverra, The Greatest Magician "Awak tu manusia, Fran. Awak pun mesti ada nafsu untuk bercinta, berkahwin, dan ada zuriat awak sendiri !" -Erika Rose Xander Gadis yang entah datang dari mana, tiba-tiba je muncul dalam hidup Ariq. Menyusahkan. Ariq taknak buat cerita ni. Cau. [Action + Romance + Comedy] SUDAH TERBIT! SILA BELI BUKU INI DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA ATAU DI SHOPEE FAJAR PAKEER JIKA INGIN DAPATKAN BUKU INI. TERIMA KASIH! Fast-Slow story Idea hak cipta © ariaseva Start: 14th March 2018 End: 22nd May 2018 💣 Ini adalah siri ke-2 bagi cerita Jejaka Blue & Gadis Hazel. 💣 Pertukaran watak utama. 💣 Sila baca Jejaka Blue & Gadis Hazel terlebih dahulu supaya tidak tersalah faham atau terbelit otak. ⚠️ Untuk pembaca matang. ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam cerita. ⚠️ Watak dan cerita adalah rekaan semata-mata. ⚠️ Maaf jika ada kekurangan. ps; Sila abaikan kesalahan tatabahasa, grammar dan kesalahan ejaan. Terima kasih.
MISS MAFIA by ermlia
ermlia
  • WpView
    Reads 20,438
  • WpVote
    Votes 1,857
  • WpPart
    Parts 21
[Romance+Action] Hidupnya penuh dengan masalah. Semuanya disebabkan oleh satu pangkat yang bakal disandang serta statusnya. Dia bernama Tengku Zara Camila atau dikenali sebagai Zara. Berdarah kacukan serta mempunyai mata biru yang menawan. Seorang yang mesra, ramah, baik dan bijak. Tetapi disisi lain dia merupakan orang yang sebaliknya. Sifatnya sangat berbeza. Dendam penyebab segalanya. Ditambah pula dia adalah seorang manusia yang juga memerlukan seorang cinta hati. Adakah dia dapat berasa bahagia di dalam hidupnya? Dapatkah dia merasai apa itu cinta? "Aku akan hancurkan hidup kau." "Please, don't leave me." "Aku akan lindungi kau." Sesungguhnya hidup ini penuh dengan pancaroba. [HIATUS FOR A LONG TERM] ______________________________________ Gorgeous book cover by @theMawari p/s: menulis untuk mengisi masa rajin sahaja dan first time menulis jadi.. faham-faham lah sekiranya ada typo, maybe ayat tunggang-langgang, merapu dan etc. I'm not a good writer but i'll try~ Feel free to read, vote and comment♡♡♡