d
30 stories
Mrs Gibran  by Ku_ashiqien
Ku_ashiqien
  • WpView
    Reads 1,543,660
  • WpVote
    Votes 62,029
  • WpPart
    Parts 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti,aku yang sendiri yang akan meleraikan hubungan kita." "Saya nak jadi Bidadari untuk awak.Bidadari untuk Gibran." "Meskipun hanya pinjaman dunia tapi dia lah perkara paling indah yang pernah hadir.Hanya dia tiada yang lain. Start-2.5.2022 End-11.12.2022
Mrs.Kelvin Adyan[C] by Ku_ashiqien
Ku_ashiqien
  • WpView
    Reads 302,251
  • WpVote
    Votes 10,572
  • WpPart
    Parts 56
Kelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini adalah satu perkara tidak masuk akal. Namun dek kerana sikap mama yang terlalu memaksa.Kelvin akhirnya turuti permintaan wanita itu. "Saya tak pernah kenal awak dan awak juga tak pernah kenal saya.Tapi,kita boleh cuba bercinta selepas nikah."-Arabella Naresha. Sepertimana di awal perkenalan mereka,Kelvin cuba membuka hati untuk wanita itu.Namun lama-kelamaan,hati yang keras boleh bertukar menjadi taman cinta. "Hanya cinta yang layak berada di hati,abang."-Kelvin Adyan. Akan tetapi,benarkan cinta selepas nikah yang selalu diperkatakan indah belaka? Dan bagaimana pula dengan kisah silam yang pernah dia lupakan tiba-tiba muncul kembali. Start-19.12.2022 End-22.10.2024
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 π’πŽπ”π‹πŒπ€π“π„: π€π‘π˜π€π πŒπˆπŠπ€π„π‹ by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 143,972
  • WpVote
    Votes 6,033
  • WpPart
    Parts 46
Ayra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Aryan Mikael "Kau tau tak sakit ? Minta maaf sekarang " -Ayra Amelia Pertemuan yang tidak disengajakan akibat kemalangan kecil antara dirinya dengan lelaki dingin bernama Aryan Mikael itu telah mencipta sebuah kisah perjalanan. Aryan Mikael, lelaki dingin berhati batu dan tidak suka mendekati wanita itu mula menaruh hati kepada gadis yang bergelar soulmate nya. Seluruh jiwa raganya diserahkan. Dia berjanji bahawa akan sentiasa berada disamping Ayra Amelia hingga akhir hayatnya. Kerana hanya Ayra Amelia sahaja yang mampu melembutkan kekerasan dan kedinginan dirinya. Hanya dia tercipta untuk Aryan Mikael. Tiada yang mampu menembusinya... "Ayra Amelia, my beloving soulmate" "Will you be my lover till the end of my life?" Enemies to Lover Dengan itu, "My Bad Soulmate: Aryan Mikael" dengan sukacitanya membuka tirai~ Attention! β€’idea 100% dari kehaluan author sendiri -jika ada yg tersama, itu hanya satu kebetulan yang tidak disengajakan β€’No plagiat β€’Maaf jika terdapat tatabahasa yang kurang teratur, author masih dalam proses belajar menulis jalan cerita Thank you yang sudi membaca cerita ini! Kalau anda baik dan rajin, vote dan komen sekali okayy, nak spam banyak-banyak pun boleh. Inshaallah author akan auto jadi semangat nak menulis hihi ^^ ~welcome to My Bad Soulmate: Aryan Mikael~ Happy reading❀️ [Slow Update]
[𝐂] πˆπ’πˆ π‡π€π“πˆ π„π‘πˆππ€ 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇 by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 334,915
  • WpVote
    Votes 16,532
  • WpPart
    Parts 67
Hidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementara waktu atas arahan doktor. Hinggalah saat itu, Erina tak sengaja bertemu dengan seseorang yang senasib dengannya. Han, seorang lelaki yang tak banyak budi bicara dan bersifat dingin. Menyebalkan tapi dalam masa yang sama menarik perhatian Erina. Han sudah setahun ditahan dihospital akibat penyakit saraf otak yang dialaminya. Perlahan memori yang dia ada sebelum ini terkikis dan dilupakan. Amnesia? Mungkin saja. "By the way, can you try remember this name for a long time until you grow up?" - Erina Wardah "What?" - Han "Erina. Erina Wardah" Tak menyangka takdir mempertemukan mereka kembali dilanjut usia. Waktu itu, masing-masing mereka sudah mempunyai kerjaya. Namun, pertemuan mereka kali ini langsung tak pernah disangka-sangka. Kebetulan, terikat dan tak di sengajakan. Erina dihukum menjadi doktor peribadi Han atas kehendak tuan punya badan itu sendiri? Erina cuba menerima. Dan tanpa sedar semakin hari dirinya semakin tertarik dengan aura lelaki dingin bernama Han itu. Namun saat mereka bertemu kembali, masihkah Han yang mempunyai masalah amnesia itu mengingati wanita yang bernama Erina Wardah ? Tahukah dia bahawa Erina Wardah adalah wanita yang pernah muncul di kehidupannya sebelum ini? "Do I know you?" - Han "Maybe yes or maybe no, signore Han - Erina "non cercare di ingannarmi, bella." ********************************************** "I hate you!"-Erina "Did i told you to love me, mariposa?" - Han ********************************************* Namun kisah gelap Han membawa kepada bencana baharu yang telah melibatkan Erina. Dua-dua berada dalam ancaman musuh. Gila! Mampukah mereka menghadapi semuanya bersama? Highest #1 in action Highest #1 in thriller START: 15/10/2021 END: 11/01/2022
[𝐇] πŠπ” πˆπŠπ‡π‹π€π’πŠπ€π π“π€πŠπƒπˆπ‘ πˆπ“π”  by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 2,618
  • WpVote
    Votes 217
  • WpPart
    Parts 22
Allah sebaik-baik perancang... Dia, Efyana hanyalah seorang wanita yang hidup sebatang kera. Ditinggal keluarga sewaktu umur tiga belas tahun. Kini, menginjak usia dua puluh lapan tahun dan sudah mempunyai kerjaya sebagai seorang pereka fesyen. Hidupnya ceria namun dalamannya hanya dia dan Tuhan sahaja tahu. Sikap dan ayat yang terpacul dari mulut bekas tunangnya sendiri, Raffiq suatu masa dulu bagaikan racun yang sentiasa mengalir di pembuluh darahnya. Tapi entah mengapa, Raffiq masih lagi mengejar dirinya setelah sekian lama memegang status bekas tunangnya. Efyana sudah bagi semuanya, tapi Raffiq sendiri runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata. Dia sudah tiada hati dengan Raffiq. Tiada! Hingga Efias ada. Lelaki yang seakan datang mengetuk pintu hatinya tanpa sengaja. Mengubah kesedihan perih menjadi kebahagiaan yang luhur. Lelaki yang begitu pandai berhujah. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya pasti berisi dan penuh makna. Kerana itu, Efyana mula menyukainya. "Jangan sedih, saya ada."- Efias Efias itu bermulut manis, berhati hangat. Efyana tidak mahu melepaskannya namun apa kata takdir Tuhan, semuanya bagai punah tatkala dia kembali menjadi milik Raffiq. Kerana satu kejadian, dia bertindak melulu untuk mengakhiri hubungannya dengan Efias. Tanpa bukti yang kukuh. Ditambah lagi hasutan Fasya. Suara sumbang Raffiq, kekuatannya kian merosot. "Kalau ini keputusan awak, saya takkan paksa. Saya ikhlas. Tapi janji dengan saya, awak akan selalu bahagia. Biarpun bukan dengan saya lagi."- Efias Dia sendiri yang menjerumuskan dirinya ke dalam jurang yang terdalam. Dia yang nekad. Dia yang mahu meninggalkan Efias, tetapi kenapa hatinya tidak mampu untuk menerima? Ini bukan tentang penyesalan tapi tentang pilihan! Bahagia itu ada pada hati yang reda. Jika memang Efias bukan tercipta untuknya, maka dia akan mengikhlaskan semuanya. Kerana dia yakin, Allah pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada jiwa yang ikhlas dan sabar. Pasti! Start: 3/2
[C] SUARA AKHIR MIKAEYL by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 14,116
  • WpVote
    Votes 975
  • WpPart
    Parts 28
Sad Romance Senyum yang diukir itu cuma topeng yang hanya Mikaeyl pakai di hadapan Wardah, sahabat dan gadis yang begitu dia sayang. Agar gadis itu tidak sedih saat tahu akan kenyataan yang sebenar tentang dirinya. Sejak dulu, mereka sudah rapat. Memang rapat! Tapi Mikaeyl pindah, membuatkan Wardah kembali sunyi. Sampailah Mikaeyl kembali, perang sahabat kerap tercetus. Ya, mereka memang suka gaduh! "Hai pendek!" -Mikaeyl "Diamlah!" -Wardah Tapi gaduh-gaduh pun, sayang itu masih ada. Sehinggalah sesuatu terjadi kepada Mikaeyl yang membuatkan Wardah mengesyaki sesuatu. Mama, umi, babah dan Mikaeyl ada sorok sesuatu dekat dia ke? Wardah tumpas saat rahsia itu terbongkar. "Kenapa semua orang nak sorok ni daripada Wardah?!" -Wardah "Maafkan aku, Wardah." -Mikaeyl "Janji, kau takkan tinggalkan aku." -Wardah "Janji." -Mikaeyl start: 24/2/22 end: 24/2/22
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 318,087
  • WpVote
    Votes 13,500
  • WpPart
    Parts 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampaikan mama dan Laura begitu bencikan dia? Tak cukup itu, tragedi hitam yang tak diduga pula datang menimpa Laikha. Semenjak itu, dia harus berhadapan dengan fobia barunya lagi. Androphobia. Ya, fobia lelaki! "Are you okay?" Suara itu... Semenjak itu jugalah, suara lelaki misteri yang menyelamatkannya itu selalu melekat dalam fikiran. Di mana sahaja, Laikha akan cuba mengelak daripada bertembung dengan mana-mana lelaki. Ya, dia sudah jera! Tapi lain pula jadinya bila Carlo yang tidak diketahui identitinya itu tiba-tiba datang ke dalam hidupnya. Siapa sebenarnya Carlo? Kenapa lelaki itu selalu ada di saat susah dan sunyinya? Kenapa lelaki itu selalu ada di saat dia diancam bahaya? Kenapa lelaki itu selalu ada di saat dia takut untuk meneruskan hidup yang serba serbi tak kena? "Saya takut, Carlo"- Laikha "Shhh...it's okay. I'm here. I will always here, Laikha." - Carlo He is her Knight in The Shining Armor. Sweet and protective. Cool and gentleman. Laikha akui itu! Tapi... siapa pula lelaki yang telah menyelamatkannya di tragedi hitam itu? "Take her care, Carlo. She seems really need you." - Han Spin off Isi Hati Erina Wardah start: 16/3/21 end :
| C | Aileen X Luthfan by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 453,415
  • WpVote
    Votes 18,446
  • WpPart
    Parts 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terlebih menyukainya. Dipadankan dengan Jovian Luthfan, si kaya yang kacak maut hingga berjaya membuatkan dia sanggup buat apa sahaja demi meraih cintanya yang bertepuk sebelah tangan. Peribadi mereka? Bagaikan langit dan bumi. Jauh bezanya bila Luthfan yang utuh dengan sikap dinginnya berganding dengan isterinya, Aileen yang bersikap gila-gila, sengal, penggoda dan terkadang terlebih aktif tak kira tempat. "Kau ni memang, kan?!" -Luthfan "Eh tak lah. Saya Aileen. Siapa memang?" -Aileen. Dia memang gila. Tapi gilanya hanya mampu dilihat oleh orang terdekat. Dan sudah tentu, bila namanya sudah Aileen Casandra, jangan pernah mencabar kesabarannya. Jangan biarkan sisi gelapnya melangkah keluar kalau tidak mahu nyawa melayang sia-sia. Terutamanya yang melibatkan suaminya, Luthfan. Jangan pernah sentuh suami aku, itu pesan Aileen kepada semua wanita yang berani mengganggu suaminya. Protective wife? Yes. Hati si suami cuba diraih tanpa lelah. Biarpun banyak ujian yang datang menggegarkan hubungan mereka , namun Aileen cuba untuk bertahan. Bila dua hati mereka mula bersatu tanpa rasa mahu melepaskan lagi, datang pula misteri dan tanda tanya yang timbul bila Alan, sahabat baik Luthfan muncul dan menghuru-harakan hidup Aileen. Siapa Alan? Apa hubungan Alan dan Luthfan yang sebenarnya? Kenapa hati ini selalu rasa sesuatu bila bertatap mata dengan dia? Adakah aku jatuh cinta dengan dia, atau hati ini hanya simpati dengan dia? Aileen buntu! Deja vu? Tapi otak langsung tak mengingat apa-apa. Bila misteri dan rahsia akhirnya terbongkar, Aileen cuba untuk mengimbangkan diri dan bertahan agar tidak tersungkur jatuh menerima hakikat yang teramat memedihkan. Lagi sakit bila Aileen mendapat tahu bahawa Luthfan terpalit sekali dalam rahsia ini. Rahsia apa? Silakan dibaca...
[C] AMRAN DEINZ  by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 150,096
  • WpVote
    Votes 5,165
  • WpPart
    Parts 56
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya pertemuan kali pertama antara Anastasia dan Amran. Pertemuan yang menyebalkan dan yang paling penting... Dibencikan! Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti melekat ke hati. Ana akui itu tapi dia juga sudah punya kekasih hati di tanah air sendiri. Oleh itu, dia perlu setia dan percaya. Namun kepercayaannya pada si kekasih hati punah saat ketahuan curang di belakangnya selama ini. Dasar jantan tak guna! Hati Anastasia hancur berkecai. Berderai. Bersepai. Namun hadirnya Amran, mengutip semula serpihan hati itu lalu mencantumkannya semula menjadi hati baru. "Kau nak pinjam bahu aku tak?" -Amran Deinz "Untuk?" -Anastasia "Untuk kau bersandar. Kutlah kau penat dengan hidup ni. Bolehlah kau sandarkan kepala kau dekat bahu aku." Hidup mereka bahagia, langsung tiada masalah. Sehinggalah timbulnya fitnah yang membuatkan Amran mula curiga dan ragu-ragu dengan cinta Anastasia. "Bila aku kata aku cinta dan sayangkan kau sangat-sangat, aku tak pernah main-main. Bila dengar kau kata kau cintakan aku juga sangat-sangat, sumpah cakap aku sangat bahagia dan gembira. Tapi bila benda ni jadi, aku mula ragu-ragu dengan cinta kau, Embun. Kau...betul-betul sayangkan aku? Atau kau masih punya perasaan dengan dia?" Apa semua ni? Anastasia buntu. Mahu dijelaskan perkara sebenar, Amran sudah lancar perang dingin dengannya. Macam mana dia nak tarik semula kepercayaan Amran tentang cinta yang tak hitung dia pada si sang suami ni? Mampukah hubungan mereka berbalik seperti dulu? Tenang dan bahagia? Atau malah sebaliknya? Silakan dibaca... -Light story -Comedy Romance
FARREL'S BOO©️ | TERBIT by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,930,806
  • WpVote
    Votes 96,866
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss.