pooyea's Reading List
1 story
BE MY MATE PLEASEE! EDIT dranie aileen by pooyea
pooyea
  • WpView
    Reads 768
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 19
Sejak kematian ibunya, Serra tidak pernah merasakan bahagia. Papanya mendidik dia untuk menjadi pencuri sejak berusia enam tahun. Malah yang lagi menyeksakan dia turut menjadi tempat melempiaskan kemarahan bapanya apabila dia tidak berhasil untuk membawa pulang hasil curian yang diminta. Suatu hari, Serra diminta untuk mencuri emas di gedung terbesar emas di Kuala Lumpur. Dengan tidak semena mena menjadi detik pertemuannya dengan mike yang merupakan seorang headhunter kumpulan Raid. Siri pertemuannya dengan mike yang 'tak berperasaan' perlahan lahan mengubah rentak hidupnya. Dan mike pula bukan sembarangan orang. Dilatih dan dididik menjadi lelaki yang hebat dan cekap. Bekerja di bawah mafia Raid Menjadikan dia seorang pembunuh yang kejam. Tapi, disebalik kisah kejayaan CEO FRD company ini mempunyai kisah kelam didalam nya yang tidak ingin dia bongkarkan kepada sesiapa. "SHHHH! BAIK KAU DIAM SEBELUM AKU PATAHKAN TANGAN KANAN KAU NI" ~MIKE "HIKS.. HIKS.. lepaskan saya please!" ~SERRA Pelbagai peristiwa dan dugaan telah mewarnai hubungan serra bersama mike. Ada tentang gembira dan begitu juga sebaliknya. Semakin lama semakin dalam perasaan yang bersarang di hati serra. Adakah mike juga merasakan begitu? Bagi serra, dia mahukan mike menjadi sebahagian daripada hidupnya. Nak kata perigi mencari timba? Katakanlah. Dia cuma ingin merasa bahagia walaupun hanya sekali. Bagi mike, perkahwinan yang sudah lama diatur keluarganya lebih perlu diutamakan. Linda yang secara sah menjadi tunangnya lebih cocok bersama dengannya berbanding seorang perempuan kolot yang entah dari mana datang dalam hidupnya. "Lalat sebenarnya tahu bahawa bunga lebih Harum daripada sampah.tapi lalat sedar diri kalau yg ditunggu-tunggu bunga adalah rama-rama" ~SERRA Adakah kebahagiaan serra dapat dikecapi ataupun hanya angan angan semata?