missdiyyah
- Reads 8,278
- Votes 732
- Parts 11
Page 2-rule number one: A member of the Elhasiq family must befriend and marry someone of equal status.
Afra Ghaziyah, kehidupannya sebagai seorang jururawat yang selalu tenang dan damai... tiba-tiba saja berubah sepenuhnya.
Hanya kerana hutang budi, satu permintaan dan sekeping surat.
"Boleh Afra membalas jasa Puan Hande bagi pihak opah?"- Opah Yasemin.
Sangka Afra, Puan Hande itu cuma majikan opah yang biasa-biasa. Namun, dia silap.
Pertemuan dengan Ghadi Elhasiq, pewaris dan juga pengerusi eksekutif Empayar Elhasiq merungkaikan persoalan Afra tentang siapa yang dia perlu balas budi itu. Lagi parah, lelaki itu rupanya pemilik hospital Afra bekerja dan cucu kepada Puan Hande!
"Hutang budi itu... macam mana tuan nak saya bayar balik?"-Afra Ghaziyah
'By marrying me.'- Ghadi Elhasiq
Ghadi Elhasiq, lelaki berpengaruh di mata dunia. Namun, di sebalik kehebatannya menerajui sebuah empayar... dia seorang yang bisu. Ada sebab mengapa Ghadi perlukan Afra yang berstatus orang biasa untuk menjadi isterinya.
"Kenapa tuan pilih saya yang tak ada pangkat dan harta ni?"- Afra Ghaziyah
'Sebab saya nak hapuskan sesuatu dalam Empayar Elhasiq. Sesuatu yang sudah lama menjadi punca kemusnahan keluarga Elhasiq. Thus, you will be needed as my wife.'- Ghadi Elhasiq
"Tuan nak hapuskan apa?"- Afra Ghaziyah
'Buku peraturan Elhasiq.'- Ghadi Elhasiq
Bagi Afra, hatinya berat untuk menjadi isteri kepada lelaki yang tidak sampai tiga kali dia bertemu. Namun, sekeping surat yang dibaca mengubah segalanya. Lantas, lamaran daripada Ghadi diterima.
Hanya kerana satu ayat daripada seorang nenek yang terlalu kasihkan cucu.