Go read it!
63 stories
KERANAKU CINTA KAU [TERBIT] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 2,505,591
  • WpVote
    Votes 25,325
  • WpPart
    Parts 41
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki sahabat baiknya sendiri. Prinsip hidupnya cuma satu. Apa yang dia suka perlu menjadi miliknya walaupun dia terpaksa menyakitkan hati orang di sekelilingnya. Kella, itulah kehidupannya. Dendam yang disimpan semakin meluak-luak. Rasa cemburu yang dipendam semakin bercambah. Oleh disebabkan itu, Syakilla sanggup menjerat Hazril Irfan, iaitu teman lelaki sahabat baiknya sendiri. Hubungan persahabatan yang terjalin dileraikan kerana satu dendam. Dia menang... Dia menang memiliki lelaki yang ditunggu selama empat tahun. HAZRIL IRFAN - Tidak pernah disangka gadis naif seperti Syakilla sanggup memerangkapnya sehingga mereka terpaksa bernikah di hari sepatutnya dia dan Mariam bertunang. Rasa benci yang sememangnya ada untuk Syakilla semakin bertambah setelah mendapat tahu Syakilla memerangkapnya atas dasar cinta. Disebabkan tindakan 'bodoh' Syakilla, banyak hati telah pun terluka. Reza, sahabatnya yang telah mencintai Syakilla turut terluka sama. Mariam... Teman wanitanya lebih memilih untuk membawa diri. "Kau mungkin boleh miliki jasad aku tetapi sampai bila-bila pun kau tak akan miliki hati aku sebab hati aku hanya untuk Mariam." - Hazril Irfan. "Aku buat semua ni kerana aku cinta kau." - Syakilla. Tatkala mahligai itu dibina di atas air mata seseorang, apakah layak mahligai itu dipertahankan? Akankah terbuka pintu hati Hazril Irfan untuk menerima Syakilla di dalam hidupnya dan bagaimanakah pula dengan Mariam? Apakah dendam yang disimpan oleh Syakilla sehingga sanggup memutuskan ikatan persahabatan yang telah terjalin lama?
HUBBY = STUDENT by Afna31
Afna31
  • WpView
    Reads 1,317,367
  • WpVote
    Votes 63,219
  • WpPart
    Parts 47
Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "Cikgu, nak kahwin dengan saya tak?" "I love you cikgu." Althea sengih sampai gusi. Hari-hari dengar ayat yang sama daripada pelajar Tingkatan Enam, dia lali. Itu gurauan sahaja. Tidak perlu ambil pusing. Namun tidak setelah kemunculan seorang pelajar baru. Hidupnya berubah 24 jam. Haru biru. Dek kerana satu peristiwa dia bertaraf isteri kepada anak muridnya. Kalau yang jenis stok-stok-bakal-menantu-cair-mak-mentua-sejuk-mata-memandang takpelah, tapi? Suaminya taraf mafia sekolah. Ketua gangster. Ketua ponteng sekolah. Dan ketua segala kes langgar peraturan sekolah. Althea pening sendiri. Bagaimana dia menghadapi kereneh anak muridnya aka suaminya sendiri? Bagaimana dengan pihak sekolah?
Secebis Hati Yang Terluka by SilauunPurii
SilauunPurii
  • WpView
    Reads 2,464,552
  • WpVote
    Votes 90,687
  • WpPart
    Parts 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st General Fiction; 2nd Romance ❅ _____________________________ CEO. Lelaki? EGO. Pun lelaki sajalah? Tulang belakangnya patah, Kasih sayangnya dipersia, Kepercayaannya punah, Impiannya musnah, Hatinya selalu dilukai ... sakit. Apa yang membuat dia teguh berdiri? Sehingga menjadi CEO wanita pertama? E-G-O! Yeah, ego what's kill any relationship. But it is what protected you from broken heart again! - Aleyah Nurhani _____________________________ ❅ Cover thanks to @ainmaitoten ❅ Start; 1 September ©2017 ❅ End; 11 Oktober ©2017 ❅ 72 parts Complete Hakcipta @SilauunPurii ©2017
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,456,177
  • WpVote
    Votes 90,989
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Cinta Jangan Pergi ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,257,081
  • WpVote
    Votes 87,580
  • WpPart
    Parts 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 435,194
  • WpVote
    Votes 15,065
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 708,057
  • WpVote
    Votes 53,997
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE] by NusyaBelle_
NusyaBelle_
  • WpView
    Reads 431,149
  • WpVote
    Votes 5,264
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tapi siapalah dia yang hanya sekadar seorang dayang istana. Tugas seorang dayang istana cumalah...menjaga kebajikan kerabat di raja. Bukannya meraih cinta dan sayang kerabat diraja. Tapi... bagaimana jika di dunia yang lain. Dunia yang bertentangan dengan dunia nyata, dia dan si dia hanya lah orang biasa? Bukan kerabat. Bukan dayang istana. Bagaimana jika... di dunia yang tidak nyata itu, dia dan si dia saling mencintai? Tiada halangan darjat yang memisahkan mereka. Hanya mereka... dan cinta mereka sahaja yang wujud. Dia ingin tinggal di sana dengan lebih lama. Bersama cintanya. Namun dia sedar, tempatnya adalah di dunia nyata. Dunia di mana... dia tidak akan bersatu dengan cintanya.
Miss XL by ItsZazaIbrahim
ItsZazaIbrahim
  • WpView
    Reads 1,028,442
  • WpVote
    Votes 30,483
  • WpPart
    Parts 60
Aduh! Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dah pupus ke perempuan dalam dunia ni? Dah lenyap ke perempuan yang cantik menawan? Sungguh! Dia tak rela nak menghadap 'anak gajah' tu. Secretary orang lain XS, tapi secretarynya XL! Miss XL? OMG! Nama sebenar cukup indah, tapi digelar Miss XL. Sedihnya...kejamnya! Perempuan bersaiz XL sepertinya pun masih ada kelebihan yang tersendiri, tau!
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ by nrna__
nrna__
  • WpView
    Reads 2,845,296
  • WpVote
    Votes 100,195
  • WpPart
    Parts 70
Kalau disoal tentang cinta, jawapan 'tidak ada', 'tidak akan ada' dan 'tidak mungkin akan ada' yang akan diberikan oleh Nur Hana Imani. Mustahio dia mahu memburu cinta lagi setelah dilukai oleh 'dia' yang dipuja sekian lama. Tiada angin, tiada ribut, khabar pinangan datang entah dari mana mengejutkan empunya diri. Sudahlah tiada teman lelaki, tiba-tiba disunting untuk menjadi milik orang. Persis drama melayu gilanya! Andai ini aturan Tuhan, mampukah Nur Hana Imani memberi peluang lagi untuk hatinya berbahagia dengan cinta? • Nov 2016 - May 2017 • • In editing process - start : June 2025 • • 1st Novel • • Amylicious | nrna •