We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
The Royals💜
35 stories
THE KING AND THE QUEEN by asterhyzells_
asterhyzells_
  • WpView
    Reads 807,222
  • WpVote
    Votes 30,328
  • WpPart
    Parts 88
[ROYAL FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] THE KING, Izzat Harrash Mikhael. Rela tinggalkan istana dan menyamar demi mendekati si gadis kesayangannya yang telah kehilangan ingatan tentang mereka. Namun, perkara menjadi tidak terkendali saat kepercayaan hilang. Personaliti tersembunyi hampir merosakkan segala-galanya. THE QUEEN, Maira Humaira. Hidupnya sebagai orang biasa berubah mendadak setelah berkahwin dengan Harrash. Tanpa mengetahui identiti sebenar, tiba-tiba sudah jadi ratu Florensia. Gila bukan? Rasa macam tak nak percaya, tetapi itulah hakikatnya. 𝐃𝐚𝐭𝐞 : 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 𝟏𝟕|𝟎𝟗|𝟐𝟎𝟏𝟗 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 𝟐𝟕|𝟎𝟐|𝟐𝟎𝟐𝟎 𝐄𝐝𝐢𝐭 : 𝟏𝟐|𝟎𝟔|𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐚𝐭𝐞 : 𝐑𝐚𝐛𝐮 𝟏𝟖|𝟎𝟔|𝟐𝟎𝟐𝟓 - 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 𝟎𝟕|𝟎𝟑|𝟐𝟎𝟐𝟔
KINGDOM : HARA ARALYN by asterhyzells_
asterhyzells_
  • WpView
    Reads 56,926
  • WpVote
    Votes 4,118
  • WpPart
    Parts 72
[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa dengan seorang raja yang tidak pernah dikenalinya membuahkan rancangan yang memakan diri sendiri. Jatuh cinta dan rasa sakit luka tidak berdarah bakal dialami. Perkara tidak jelas menjadi punca mereka terpaksa menahan jiwa mereka daripada mencapai kebahagiaan. "Tuanku pernah berjanji tuanku akan melindungi patik dan percayakan patik. Namun mengapa keadaan jadi begini?" - Hara Aralyn "Sejak awal... beta sudah menduga kita pasti akan jadi seperti ini. Semua perkara yang berlaku seakan mengatakan kita tidak ditakdirkan bersama. Florensia dan Gynzells... mungkin tiada kata perdamaian lagi." - Rafiq Davrian Konflik tiada penghujung selagi dalang utamanya tidak memunculkan diri. Orang yang tidak bersalah, menerima tundingan jari dusta. Rumitnya kesalahfahaman menyebabkan musnahnya rasa percaya dan cinta. Mula: Khamis, 22 April 2021 Tamat: Isnin, 16 Mei 2022
{C} ZAFRANEL: Love Behind the Crown by gadisiris21_
gadisiris21_
  • WpView
    Reads 6,341
  • WpVote
    Votes 170
  • WpPart
    Parts 72
Zafranel: Love Behind The Crown Tengku Rafiqi Zamer Al-Qadri pewaris takhta Kerajaan Zafranel yang terkenal dengan sikap keras, tegas dan digeruni ramai. Namun di sebalik gelaran diraja itu, hidupnya berubah apabila dia terpaksa meninggalkan istana akibat satu kesilapan besar. Aisyah Riqaila seorang gadis biasa yang hidup sederhana, lembut hati dan penuh kasih sayang. Pertemuan mereka di Sekolah Kampung Seri Bayu bermula dengan perbalahan dan ego, namun tanpa sedar cinta mula tumbuh di antara mereka. Semua berubah apabila identiti sebenar Tengku Rafiqi terbongkar-dia bukan lelaki biasa, tetapi Tengku Panglima Diraja Zafranel. Kebenaran itu meruntuhkan hati Aisyah dan memisahkan dua dunia yang berbeza. Walaupun cinta mereka dihalang oleh istana dan takdir, Tengku Rafiqi tidak pernah benar-benar melepaskan Aisyah. Kerana bagi mereka, cinta ini bukan sekadar perasaan... tetapi perjuangan antara hati dan mahkota. Zafranel: Love Behind The Crown - Cinta yang tersembunyi di sebalik takhta dan rahsia diraja.
Suri Hati Syed Faliq by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,080,616
  • WpVote
    Votes 30,811
  • WpPart
    Parts 61
Syed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsung tidak tertarik kepadanya. Bagi Lili, tak penting pun untuk mengenali lelaki yang kononnya hensem. Lagipun, kalau hensem tapi playboy nak buat apa? Itu apa yang aku rasalah. Kawan aku pun terhegeh-hegeh admire si playboy tu. Tak faham aku. Tetapi, selepas Lili kehilangan bapanya dan Syed Umar Faliq kerap kali mengacau dan membahagiakan hidupnya, membuatkan hatinya yang sekeras batu mencair terus. Syed Umar Faliq yang pada mulanya hanya ingin mengenakan Lili sahaja, sering sahaja hatinya mengatakan tidak. Malah dia ingin rapat lagi dengan Lili. Tetapi, apabila masing-masing melanjutkan pelajaran, adakah rasa hati itu masih setia? Adakah Lili masih menunggu Faliq sedangkan Faliq sudah menjadi milik orang?
Cinta Dua Dunia by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 302,309
  • WpVote
    Votes 20,656
  • WpPart
    Parts 84
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbagai dugaan menimpa dirinya. Dia terpaksa menyembunyikan identitinya yang datang dari masa hadapan. Pertemuan dengan sang Putera pewaris kerajaan Langkasuka lebih menyukarkan dirinya untuk pulang. Sudah banyak cara dia mengelakkan diri dari si Putera itu. Kerana Putera si dingin dan dominan, sudah pun menanda dirinya untuk menjadi si Permaisuri hatinya. Apa akan jadi jika si Putera itu mengetahui gadis itu sebenarnya salah satu dari ramalan yang ditulis? Bagaimana dia mahu mengubah ramalan itu? Bagaimana dia mahu menerima si gadis itu bukan dari asalnya? Adakah pada akhirnya mereka akan bersatu? Fantasy- yes Love- yes Cliche- no Harsh word may include Medical term may include Start- 15 Okt 2023 End- 1 Ogos 2025
His: Forbidden Destiny | TERBIT  by quinnuaz
quinnuaz
  • WpView
    Reads 27,878
  • WpVote
    Votes 461
  • WpPart
    Parts 13
#1 His Nur Wardah Adriana × Muhammad Rayqal Azhad Start: 15/5/2025 End: 17/5/2025 Pub: 18/5/2025
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 1,939,518
  • WpVote
    Votes 58,335
  • WpPart
    Parts 89
1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang memandangnya. Pertemuan dengan Putera Mahkota, Putera Aiden mencetuskan huru hara dalam hidupnya dek kerana Aiden datang menuntut dia sebagai hak miliknya. "Ding.. ding..ding.. dinggggg" Tiba tiba bunyi isyarat kemasukan pengumuman kedengaran. " Perhatian. Perhatian kepada semua penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Erovra. Lapangan terbang ini akan berhenti beroperasi buat sementara waktu atas arahan Putera Mahkota. Anda tidak dibenarkan keluar dari sini sama sekali. Sila selesakan diri anda dan kami memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku. Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih." Hah! Aku terasa kaki aku melekat dilantai. Aiden memang serius tengah mencari aku. Macam mana dia boleh tahu aku kat airport sekarang? Dia shut down airport ni!! This is insane. Putera Aiden Anak sulung keluarga diraja Evan. Merupakan pewaris takhta,pewaris Alpha dari bapanya,dia sebenarnya adalah serigala jadian yang perlu mencari belahan jiwa yang sememang ditetapkan untuknya,sehingga dia berjumpa dengan si mata coklat hazel itu. Hatinya lantas menyebut MATE.. Namun sikapnya yang terlalu dingin, dominant, dan terlalu menguasai menyebabkan Aurora hilang arus dan bertindak lari dari Aiden. Start -26/10/2022 End- 8/02/2023 Add Epilog start 9/3/2023 Feb2023 no 1 in #Kahwinpaksa no 1 in #Dark no 1 in #Darkromance no 1 in #Possessive no 1 in #Royal no 1 in #Alphai
Bunga, A Lady In Waiting [TERBIT] by NusyaBelle_
NusyaBelle_
  • WpView
    Reads 438,087
  • WpVote
    Votes 5,423
  • WpPart
    Parts 18
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tapi siapalah dia yang hanya sekadar seorang dayang istana. Tugas seorang dayang istana cumalah...menjaga kebajikan kerabat di raja. Bukannya meraih cinta dan sayang kerabat diraja. Tapi... bagaimana jika di dunia yang lain. Dunia yang bertentangan dengan dunia nyata, dia dan si dia hanya lah orang biasa? Bukan kerabat. Bukan dayang istana. Bagaimana jika... di dunia yang tidak nyata itu, dia dan si dia saling mencintai? Tiada halangan darjat yang memisahkan mereka. Hanya mereka... dan cinta mereka sahaja yang wujud. Dia ingin tinggal di sana dengan lebih lama. Bersama cintanya. Namun dia sedar, tempatnya adalah di dunia nyata. Dunia di mana... dia tidak akan bersatu dengan cintanya.
Benci Mr. Tengku √ by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 1,446,594
  • WpVote
    Votes 53,264
  • WpPart
    Parts 101
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fizikal. Disakiti tanpa orang sedar. Terlalu letih dia menadah telinga, menahan sakit dengan semua itu. Sejak lahir, tidak pernah rasa aman. Walau dia tidak mengerti. Adapun dia tersenyum lebar hanya dapat dikira dengan jari. Dia seperti itu nekad untuk mengubah diri dan penampilan jika itu yang orang mahukan. Dan biarlah dia yang dulu tidak dicari oleh sesiapa pun selepas bertukar. Dalam diam seorang berdarah kerabat. Setelah kepulangannya dari luar negara, satu-satu ujian mula hadir. Orang yang dibenci, kini hadir semula. Itu juga dikira ujian. Lagi-lagi apabila jejaka itu tidak berputus-asa untuk luahkan rasa bersalah terhadap si dia yang dulu selepas diketahui perkara sebenar. Disebabkan seorang perempuan, dia berubah. Cara hidupnya pun berubah. Sangat jahiliah. Hadirnya si dia dalam hidup membuatkan dia mula sedar. Tidak dapat dikira lagi berapa kali bibirnya tersenyum sepanjang bersama dengan wanita itu. Tanpa sedar seseorang telah menaruh dendam kepada ahli kerabat keduanya dan telah dirancang dari Mayamin berpindah ke bandar. Satu-satu rancangan yang diatur rapi, gagal kerana halangan seseorang. Membuatkan dia membuat rancangan baru. Mampukah Maisarah mengharungi ujian dan konflik kehidupannya?
DIANA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,728,377
  • WpVote
    Votes 70,120
  • WpPart
    Parts 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perbuatan Cinderella sendiri. Kehadiran seorang 'Putera Hitler' menambahkan lagi ribut taufan sehingga menggoncangkan dunia milik Diana. Namun yang menggoncangkan itu jugalah yang membahagiakan. "Sampai bila-bila pun watak kakak tiri Cinderella macam kau ni orang akan benci." "Habis tu, awak buat apa kat sini? Dah kalau benci sangat dekat saya tu buatlah cara benci." "Aku lain." "Lain apa?" "Aku sayang. Jadi aku buat cara sayanglah."