Ifti's completed works
10 hikaye
[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas  tarafından sweetiftisour
[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas
sweetiftisour
  • OKUNANLAR 98,931
  • Oylar 5,085
  • Bölümler 21
"Senang cerita. Dua bulan lepas masa saya bawa flight pergi Perth tetiba saya rasa nak kahwin. Tiga hari berturut-turut saya fikir pasal tu kat sana. Dapat keputusan, balik rumah saya terus utarakan niat saya pada ummi dan walid. Saya minta diorang tolong cari calon. Dua hari lepastu, ummi tunjuk saya gambar awak dan saya terus setuju. Tiga hari kemudian, ummi dengan walid hantar cincin dan sehari lepas proses meminang tu saya pergi rumah jumpa awak. Tengok awak dengan mata sendiri dan saya berkenan. And then... here we are now." Satu persatu perkataan yang keluar dari bibir dia masuk ke dalam telinga. Aku dengar dan aku hadam. "Awak jumpa saya cuma sekali je. Macam mana awak boleh cakap yang awak berkenan?" Kalau tadi aku, kini giliran dia pula dekatkan dada pada meja sekaligus mengurangkan jarak antara muka aku dan dia. Seluruh wajah aku diperhati lama. Senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya makin melebar. "Hati manusia Allah yang pegang. Jadi kalau nak tahu jawapan tanyalah DIA." *** Sebuah cerita yang sangat sangat sangat cliche. Selamat membaca ??
[COMPLETED] Bukan Suami Tipikal tarafından sweetiftisour
[COMPLETED] Bukan Suami Tipikal
sweetiftisour
  • OKUNANLAR 45,079
  • Oylar 1,873
  • Bölümler 17
"Confirm single?" "H-hah?" Riak muka Ira ketara nampak terkejut dengan soalan yang sangat tiba-tiba itu. Dan kali ini mata Aryan bukan lagi pada android di tangan tapi sedang memanah ke arah mata Ira. Dua mata tertentangan buat seketika. Soalan Aryan beberapa saat lepas dicerna dan dihadam sebelum dia membalas, "Ya, single." "Confirm kau dah ready untuk berkahwin?" Rasa terkejut Ira naik lagi satu tahap. Sudah punya kerja yang agak stabil sebagai seorang engineer ditambah pula dengan umur yang menganjak ke angka dua puluh tujuh pada 31 Ogos lepas, ibu dan ayah rasa dia dah sesuai untuk berkahwin. Dan dia tak menolak pun saranan orang tuanya itu. Rasanya dia dah bersedia err... kot...? Bila Ira dilihat seperti mengelamun tanpa menjawab soalan tadi, Aryan bertanya lagi buat kali kedua. "Confirm... kau... dah ready... untuk... berkahwin?" Mungkin dia fikir Ira tak dapat mendengar dengan baik soalan pertama tadi jadi soalan kali ini disusun sepatah-sepatah. Muka manusia yang langsung tak ada senyum itu direnung dalam-dalam. Sambil dalam otak mula merangka apa jawapan yang mahu diberikan. Fikir punya fikir akhirnya dia menjawab, "Ya." Aryan tarik nafas panjang sebelum dihela bebas. "Okey..." Smartphone berjenama Samsung diletak atas meja depan dia. Kedudukan kaki dibetulkan. Dari bersandar tenang, tubuhnya diubah ke posisi menegak. Mata Ira dia tatap. "Okey, babak blind date dah settled. Kau dah tengok aku. Aku dah tengok kau. Kau single, aku single. Kau tak nampak macam nak membantah dan aku pun tak terfikir untuk membantah jadi... bulan depan ikut plan our family 26 November kita nikah." Kata Aryan seraya berdiri dari kerusi. Smartphone diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu berpaling ke belakang. Sebelum menapak ke arah pintu rumah dia menokok, "Thanks and dismiss." "Uh-oh!!? Macam tu je? Like seriously!?" ***
[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau tarafından sweetiftisour
[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau
sweetiftisour
  • OKUNANLAR 55,334
  • Oylar 3,073
  • Bölümler 33
Yang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga itu... Izzat Naufal. Yang manis, yang kalut, yang cepat emosi, yang lemah, yang manja, yang lalai, yang dijaga itu... Izzatul Husna. ⛱️Dimana Ada Ejat Di Situ Ada Jaja🏖️