LANZSHAFIQAH
12 histórias
Takdir Kita Tercipta [ C ] de flowerzeus
Takdir Kita Tercipta [ C ]
flowerzeus
  • Leituras 533,157
  • Votos 19,471
  • Capítulos 80
『 ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ʙʏ ғʟᴏᴡᴇʀᴢᴇᴜs 』 sᴛᴀᴛᴜs : complete ᴄᴏᴠᴇʀ ʙʏ ; @Aizack_Mesle ━━━━━━━━━━━━━━━ Pertemuan yang terjadi telah meruntuhkan dinding kekuatan yang dibina sejak lima tahun lamanya. "Yes, do I know you?" "...Abang takkan terpedaya dengan cara tu..." Jejaka yang ditemuinya di Australia dulu sudah dijadikan suami. Namun, setelah tiga bulan bersama mereka terpaksa berpisah. Tunduk dan patuh pada keadaan. Lima tahun ditinggalkan, kini Ziyad Ar Aqasha kembali demi memburu cinta sejatinya yang hilang. Di sisi lain pula, si gadis bernama Aireen Amanda sudah tekad untuk maju ke hadapan. Janjinya pada diri sendiri adalah untuk tidak bertemu lagi dengan lelaki itu. Tapi janji hanya tinggal janji apabila situasi yang tidak terduga telah mempertemukan dia dan Ziyad semula. Saat itu, dunia yang disangka akan indah kembali gelap. "Apa semua ni?" "...Reen masih lagi isteri abang yang sah" "What exactly is that supossed to mean? Mustahil..." Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cintanya kepada lelaki lain. Baginya, bertemu semula dengan Ziyad hanya membangkitkan luka lama. Parut yang tinggal berbekas akan berdenyut kembali. "What should I do, Aryan?" "Kita kahwin..." Hadirnya antagonis baru menambahkan lagi ujian dalam takdir yang telah tercipta. "Ziyad, I miss you" "You dah tak sayangkan I lagi?" "Sayang I tak pernah berubah..." "...I love you. Always" "Hai papa..." "...love you, my dear" Siapa dia? Adakah kehadirannya akan melumpuhkan semangat Ziyad untuk merebut hati Aireen kembali? Bagaimana pula dengan hubungan Aireen bersama Aryan? ━━━━━━━━━━━━━━━ Vote sekali tau!
Menggunung (Completed) de HelmiEffendy
Menggunung (Completed)
HelmiEffendy
  • Leituras 213,763
  • Votos 13,790
  • Capítulos 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Jangan! de sprofove
Jangan!
sprofove
  • Leituras 1,139,112
  • Votos 35,154
  • Capítulos 49
"Kau tak memahamiku dan sukar untukku menjelaskannya. Jadi, jangan...." Syahrul seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya kecuali satu, Cinta! Elina seorang gadis biasa-biasa tetapi mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak pernah bercinta kerana ingin menjaga hatinya buat yang berhak. Tanpa disangka-sangka, mereka berdua ditemukan kerana suatu kemalangan. "Siapa yang langgar siapa?...."-Elina. Elina bersetuju untuk berkahwin dengan Syahrul untuk membalas budi lelaki itu semula tetapi masing-masing meletakkan syarat dan perjanjian. "Aku janji lepas enam bulan kita kahwin, kau nak bercerai pun aku akan lakukan. Aku yakin mama aku tak akan memaksa aku untuk berkahwin lagi." -Syahrul. namun, hati siapa dapat menolak cinta yang mula menjalar dalam diri? hari- hari bersemuka dan hari-hari bergaduh mula menerbitkan rasa rindu, cemburu dalam diri masing-masing.
Isteri Simpanan de abejeonkiut
Isteri Simpanan
abejeonkiut
  • Leituras 1,342,002
  • Votos 31,662
  • Capítulos 67
Highest ranking: #7 in Romance [12 March 2018] Peristiwa kematian Encik Kamal, ayah kepada seorang gadis bernama Luna merupakan peristiwa hitam dan menyedihkan buat Luna dan ibunya. Selepas kematian ayahnya, keluarga Luna menghadapi kehidupan yang sukar. Lagi menyedihkan apabila dia dipaksa oleh ibunya untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Rayyan kerana ibunya tidak mampu untuk menampung kehidupan keluarga. Kehidupan Luna setelah berkahwin tidak seperti yang dijangka olehnya. Kehidupannya berubah 100% apabila Rayyan mula membawa Ariana, teman wanitanya datang ke rumah mereka. ISTERI SIMPANAN COMPLETED ✅ With Special Chapters and Takdir Kita ✨
Suamiku Tinggi 189cm?!!  de MejiMoon
Suamiku Tinggi 189cm?!!
MejiMoon
  • Leituras 2,068,378
  • Votos 89,199
  • Capítulos 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔ de tuliphire
Saya Akan Goda Awak Encik Suami ✔
tuliphire
  • Leituras 2,337,740
  • Votos 50,312
  • Capítulos 68
C O M P L E T E ✅ Nawaf Qhaireez yang dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya. Cara dan gaya gadis itu tidak sama langsung dengan ciri ciri yang dimahunya. Banyak kali dia mencuba taktik supaya gadis itu meninggalkannya. Audyna Haszle yang juga dikahwinkan atas kehendak keluarga. Namun, dia hanya bersahaja menerima lamaran keluarga bakal suaminya. Dirinya mungkin belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya. Tetapi dia mempunyai hati nurani yang tidak semua orang miliki. Kesabarannya untuk memikat sang suami dipupuk walaupun sudah banyak kali Nawaf dingin terhadapnya. Tidak pernah sekali dia berasa jemu untuk melayan suaminya dengan baik biarpun dia tahu suaminya sedang memadu kasih bersama teman rapatnya sendiri. Dapatkah kasih sejati lahir dari pasangan yang berkahwin tanpa cinta ini? Berjayakah Audyna menggoda Nawaf yang memang berhati batu itu? Teruskan membaca Saya Akan Goda Awak Encik Suami.
Isteri Tanpa Cinta (Complete) de lavenderyana
Isteri Tanpa Cinta (Complete)
lavenderyana
  • Leituras 3,287,758
  • Votos 77,173
  • Capítulos 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.
BANGLO SEKSYEN 12 de hasrudijawawi
BANGLO SEKSYEN 12
hasrudijawawi
  • Leituras 109,213
  • Votos 5,056
  • Capítulos 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
Wardah de aku_manusia_kebal
Wardah
aku_manusia_kebal
  • Leituras 154
  • Votos 22
  • Capítulos 20
*Kisah lengkap dari cerpen Pejabat lama - Cerita Tengah Malam.* Wardah seorang gadis desa. Mendapat pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Pelbagai perkara mistik terjadi kepada Wardah setelah dia menjejakkan kaki ke Pejabat barunya. Hidup nya jadi tidak tenteram. Namun, semakin lama Wardah semakin lemah untuk menghadapi semua ini. Dari mana dan siapa perlu dirungkaikan. Mampukah Wardah bertahan lebih lama? Published on 1st of August 2021 Selamat Membaca. Cover made by Me