Seramlicious!
10 stories
MANNEQUIN by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 10,973
  • WpVote
    Votes 644
  • WpPart
    Parts 9
Ada cerita di sebalik patung ini. Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan juga sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar Zaitun. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada watak yang dipegangnya itu. Seorang kru dirasuk dan seorang lagi kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Kisah lama dibongkarkan kembali. Wanita misteri tuan empunya butik turut berkaitan rapat. Benarkah Zaitun sudah mati atau masih bernyawa? Siapa dalang di sebalik angkara? Mannequin dijadikan sebagai teman hidup mereka yang kesunyian dan mereka yang kehilangan orang tersayang. Namun, ada 'bayaran' yang cukup mahal perlu dilunaskan.
LINTAH by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 47,772
  • WpVote
    Votes 2,731
  • WpPart
    Parts 27
RM 28.00 OFF 15% RM 23.80 (Harga tidak termasuk postage) Link Website: https://mall.karangkraf.com/lintah.html Whatsapp: 019-229 7227 Bila hati termakan hasutan syaitan, yang tidak berdosa menjadi mangsa...
PROJEK SERAM CINCIN - KHADAM by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 1,011
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 7
"Dia hak aku!" Mimpi-mimpi aneh yang diterima Wanda setelah tiga bulan meninggalkan Kampung Serindit Emas seringkali mengganggu tidurnya. Semenjak dia didatangi mimpi-mimpi tersebut, hidupnya dirasakan tidak tenteram. Dia seringkali merasakan ada sesuatu yang sentiasa mengekori langkahnya. Pertemuan antara Wanda dan Seirra merungkaikan segala-galanya. Mampukan Wanda melepaskan diri dari gangguan mimpi-mimpi aneh itu? Mampukah Seirra untuk membantu Wanda dari terus-terusan diganggu? Tanpa sedar, ada dendam yang bersimpul di hati. Ada mata-mata ghaib yang sentiasa memerhati!
Anak Patung Nana by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 2,539
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 4
Air mata menjadi teman hidup Nana. Dia dibenci oleh bapa kandungnya sendiri. Hidup Nana hanya dipayungi ibunya. Tiada teman untuk dirinya. Kesunyian Nana terubat dengan kehadiran sebuah anak patung. Diri Nana seperti dilindungi. Bencana pasti menimpa setiap orang yang menyakitinya. Sehingga terjadi sebuah tragedi yang menyayat hati. Siapakah sebenarnya anak patung itu?
PROJEK SERAM MUZIUM - CANANG ANISAH by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 2,475
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 7
"Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!" Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta mereka siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan itu.
Projek Seram Highway - Gangguan by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 3,528
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 7
"Yang mati tak semestinya pergi." Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampongan di Kedah. Satu susuk wanita jubahan putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya dia, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan marah. Siapakah perempuan itu? Mengapa dia terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang dia mahukan?
Projek Seram Restroom - Jalan Kematian by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 13,721
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 7
"Pilihlah...aku beri kau dua pilihan..." Satu demi satu ahli Geng Berlima ditemui mati di dalam tandas di Kem Serikandi. Semuanya terjadi apabila mereka menyumbat salah seorang serikandi di dalam tandas di kawasan larangan kem itu. Apa kaitannya kematian ahli Geng Berlima dengan serikandi yang menjadi mangsa kenakalan mereka? Mengapa kematiannya mesti berlaku di tandas?
Projek Seram Hotel- Tetamu Tak Diundang by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 1,495
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 7
"Ada makhluk lain antara kita!" Akid dan Dali yang bercuti di Hotel Seri Malam menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka lalu mengambilnya. Sejak hari itu, pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi kerana misteri mulai muncul satu demi satu. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa misteri itu?
Projek Seram Tren - Ghaib by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 2,569
  • WpVote
    Votes 111
  • WpPart
    Parts 6
"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! " Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu?
Bisikan Paranormal by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 1,394
  • WpVote
    Votes 60
  • WpPart
    Parts 11
"Dendam lama berdarah kembali..." Akibat dendam dan sumpah generasi lalu, keturunan ketujuh Megat Zaman Shah terpaksa menanggung sengsara. Cemburu, dendam, cinta dan kasih sayang dirangkum menjadi satu lalu mengheret keturunan ketujuh jauh dari Villa Dyruzz menuju ke Desa Senandung. Dan mereka, keturunan ketujuh pahlawan terulung itu terpaksa melakonkan kembali segala apa yang telah terjadi ratusan tahun lalu. "Ingat Zaman Shah! Aku bersumpah atas nama ibuku! Aku bersumpah atas nama Tuhanku! Akan aku hapuskan kau dan keturunanmu! - Raden Lestari "Macam ada yang menumpang dalam jasad dia. Bukan satu, tapi lebih dari itu." - Megat Mukhriiz "Aku dapat rasa, ada geruh yang sedang menunggu. Geruh yang lebih hebat dari yang sebelumnya!" - Mayang Kaila Mampukah mereka, lapan anak muda keturunan ketujuh Megat Zaman Shah merungkai segala persoalan dan secara tak langsung mematahkan segala sumpah dendam kesumat generasi lalu yang merantai kehidupan mereka?