IAMSecretYow's Reading List
12 stories
CELAH KAKI by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 182,248
  • WpVote
    Votes 3,426
  • WpPart
    Parts 10
Sieg. Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah! Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan itu wujud dalam diri seseorang. Cela itu pasti ada. Tanya Sieg. Apa celanya? "Aku sempurna." Tanya Sieg. Apa kegemarannya? "Perempuan." Tanya Sieg. Perempuan mana? "Buat masa ni. Teman wanita aku." Tanya Sieg. Apa yang dia suka tentang teman wanitanya itu? "Celah kaki mereka." Kejap. Tanya dia. Berapa ramai teman wanita dia ada? "Entah.." Sieg lelaki perosak. Merosakkan para wanita. Satu tragedi telah menimpa Sieg dan kerana itu dia telah berubah namun semunya sudah terlambat. Bukan tragedi sebarangan akan tetapi tragedi paranormal yang gila. ❤ Baiklah, kali ini saya nak tulis cerita yang lain daripada yang selalu saya tulis. Boys.Baca ok? This story dedicated for boys. (STILL GOT THAT KIND OF MATURE CONTENT YANG KORANG maybe tak duga sy akan tulis nanti) Cerita fantasy? Cerita lucah? Cerita romance? Mysteri? Don't judge a story by just reading the sinopsis. Read untill the end, then you can judge. Enjoy the read guys. Slightly base on true story.
KERANA AKU SUKA by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 14,598
  • WpVote
    Votes 1,802
  • WpPart
    Parts 10
Aku seorang ahli silap mata yang tiba-tiba hadir tanpa diundang. Mempersembahkan adegan yang menghiburkan buat mangsa terpilih. Persembahan yang disembahkan itu adalah satu kaedah pembunuhan. Pembunuhan yang dilakukan atas nyawa yang tidak berdosa dan teraniaya. Dengan sukarela aku membalas dendam bagi pihak mereka. Kerana apa? Kerana aku suka. Aku Daemon. Aku suka membalas dendam atas pihak yang tidak memiliki suara untuk meminta. Aku akan lakukan untuk mereka. Semuanya kerana mereka.
MAWAR SEMERAH DARAH by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 50,407
  • WpVote
    Votes 749
  • WpPart
    Parts 6
Satu nyawa telah diragut. Satu dendam telah dipersenyawakan. Satu godaan nafsu telah ditawarkan. Satu hasrat telah terpadam. Satu permainan telah dirancang. Satu perjanjian telah dirantai. Kerana sekuntum mawar merah berduri, darah merah pekat telah mengalir deras. Semuanya demi kasih dan cinta yang telah dihapuskan.
HIDUPLAH BONEKAKU by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 7,277
  • WpVote
    Votes 759
  • WpPart
    Parts 7
Apabila dunia berpaling tadah. Dia cuba melarikan diri daripada kehidupan dunia. Dan apabila dia tidak temui jalan keluar kepada kesepian derita, satu jiwa ingin diseru. Diseru untuk menemaninya. "Kayu-kayan kubelah, kau ku cantumkan menjadi satu, Tak akanku siakan segala lelah, Walau kini kau hanya terkaku. Tidak akanku mengalah, Walau kau hanya seperti batu, Dan semua ini aku tahu adalah salah, Namun, masih kau akanku terus seru. Kini wajahmu jelas terserlah, Kau umpamakan sang ratu, Kau buat aku menyerah, Memaksaku terus terpaku. Hiduplah Bonekaku." Lafaz sihir diungkap. Apabila lafaz sihir diungkap, maka bermulalah sebuah pengakhiran.
SAYANGKU ABBYSINIAN by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 10,333
  • WpVote
    Votes 1,382
  • WpPart
    Parts 11
Salahkah aku mencintai seekor kucing seperti mana aku mencintai manusia? Salahkah aku samakan taraf seekor kucing dengan seorang manusia? Apakah jasad mereka dihuni roh yang kosong tidak memiliki perasaan mahupun peranan? Adakah mereka tidak layak memiliki kasih sayang? Apakah kasih sayang yang mereka layak terima mempunyai batasan? Aku sayangkan kucing aku. Namun, kasih sayangku terhadap mereka seringkali diperlekehkan. Aku tidak mempunyai sahabat. Kata mereka aku perempuan yang ganjil dan pelik. Tapi itu semua tidak menjadi masalah. Aku bahagia dengan Abby. Kucingku yang berbaka abbysinian. Mampukah cinta dan kasih aku terhadap abby pergi jauh? Kalau boleh, aku nak kucing aku jadi pasangan hidup aku. Kucingku, suamiku... ♡'・ᴗ・'♡ Cerita kisah hidup aku sama seperti kisah Puteri dan Putera Katak. Cover design by @mayeosan
BUKU YANG DISUMPAH by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 9,312
  • WpVote
    Votes 1,301
  • WpPart
    Parts 9
Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti? Maka inilah kisahnya. Buku ini adalah buku yang disumpah. Bacalah. Itupun kalau kau cukup berani menanggung akibatnya. - Penulis -
KENANGAN UNTUK DIJUAL by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 5,894
  • WpVote
    Votes 820
  • WpPart
    Parts 11
Aku akan berikan semula kenangan yang telah hilang. Segala memori yang telah ditelan zaman akan kembali mekar di dalam fikiran. Moga kenangan yang indah akan sentiasa tersemat di dalam jiwa. Sehingga ke akhir hayat. Ketika di akhir hayat. KETIKA DI AKHIR HAYAT.
SAKIT by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 6,299
  • WpVote
    Votes 834
  • WpPart
    Parts 9
Sakit yang membawa kematian itu seringkali dikaitkan dengan nyawa yang akan mati. Namun sakit yang sebenarnya dikaitkan pada hati. Ia dikaitan dengan jiwa yang akan mati. -Myran-
CINTA BERKABUNG by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 3,238
  • WpVote
    Votes 452
  • WpPart
    Parts 8
Antara karier dan tanggungjawab. Skyelar utamakan karier. Serik dan trauma ingin kembali ke perjalanan hidup sebagai pengemis, dirinya telah mengabaikan pasangan hidupnya. Meariona menghembuskan nafas terakhir tanpa Skyelar di sisinya. Kerana sakit hati yang melampau, Millard merahsiakan kematian Meariona. Di mana adik perempuannya dipusarakan juga tidak diberitahu. Skyelar ditimpa rasa kesal yang melampau. Hitam adalah warna hidupnya. Hitam adalah warna jiwanya. Hitam adalah warna hatinya pada asal. Berkabung atas cinta yang diabainya. My first cliché short love story . Enjoy. (●'∀`●)
BISIKAN HATI DARI DASAR LAUT by saptember
saptember
  • WpView
    Reads 929
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 1
Sebuah puisi mengenai kehidupan di dasar lautan Dunia Ghaislavark