☘︎ ═ 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲
3 stories
BUKAN KERANA DIA [COMPLETED] by TheAyraa
TheAyraa
  • WpView
    Reads 110,436
  • WpVote
    Votes 13,235
  • WpPart
    Parts 7
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperibadiannya kerana dia hanyalah wanita akhir zaman yang rapuh, yang selalu lupakan Ilahi dan mengikut kehendak duniawi. "I love your beautiful eyes. And I love you too." - Rayyan Hadirnya seorang jejaka bernama Fahrin memberikan 1001 sinar bahagia buat Fasha. Dikejar dan diraih cinta lelaki itu sehingga diabaikan cinta yang lebih besar. Cinta sang pencipta hati. "Awak memang tak pernah bukakan hati awak untuk saya kan? Kenapa? Sebab saya bukan yang terbaik untuk awak?" - Fasharina Haura "Maaf, tapi aku tak boleh beritahu." - Fahrin Sesungguhnya hijrah itu tidak mudah. Saat dia mula berubah, Allah berikan ujian yang bertimpa-timpa sehingga membuatkan dia diambang kejatuhan dalam gaung kejahilan semula. "Sekarang, apa perasaan kau? Kau dah ditinggalkan semua orang dan hidup seorang diri. Tak ada siapa lagi yang percaya kau walaupun kau kata kau dah berubah sekalipun!" - Sarah Namun, kehadiran Mr. Tengku yang sentiasa ada di sisi membuatkan dia teguh berdiri. Saat itu, dia mulai keliru dengan aturan Tuhan yang tidak diduga ini. "Kaulah bidadari saat pertama kali kita berjumpa." - Mr. Tengku "Siapa awak, Mr. Tengku?" - Fasharina Haura "Seorang lelaki yang bakal pimpin tangan kau ke Syurga." - Mr. Tengku "Aku melangkah bukan kerana dia tetapi kerana Dia." - Fasharina Haura Siapakah lelaki di sebalik gelaran Mr. Tengku? Berjayakah Fasha memikat hati Fahrin? Dan siapakah pilihan hati Fasha? Mr. Tengku, Rayyan atau Fahrin? #1 tarbiah ⚠️ MY OWN IDEA!
KASIH SEMENTARA by kalcakkanim
kalcakkanim
  • WpView
    Reads 6,896
  • WpVote
    Votes 1,245
  • WpPart
    Parts 58
SAD ROMANCE | CONFLICT | SLICE OF LIFE Pertemuan seorang gadis dan seorang jejaka membuatkan hati mereka mulai bertaut. Hubungan yang pada awalnya dizahirkan sebagai kawan berubah ke hubungan yang lebih serius. Kerana suka sama suka, cinta sama cinta, akhirnya SYAFIQ AIMAN dan DAMIA QISTINA disatukan dengan ikatan pernikahan. "Lain kali kahwin dengan orang kaya barulah terjamin hidup tu. Ni tak, kahwin dengan penjual sate buat apa!" - MAK SITI. "Mak! Sudahlah tu. Penatlah hari-hari nak bertekak benda yang sama ja." - Damia. Pernikahan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh ibu dan kakak Damia yang hidup tergilakan harta dan mata duitan itu. "Jika dia bukan jodohku, aku reda Ya Allah." - NURUL NAJIHAH Pernikahan itu juga menambahkan kekecewaan Najihah, seorang ustazah ayu, lemah-lembut dan baik yang dalam diam menaruh hati kepada abang pelajarnya yakni Syafiq. Tapi betul orang kata, awal perhubungan bersama pasangan memang manis dan wangi sahaja semua. Yang selebihnya? Selebihnya itu terbukti sehinggalah dengan adanya kehadiran Zaid Zaffran, seorang CEO merangkap bos Damia. "Saya rasa penatlah dengan perkahwinan saya tu." - Damia. "Kenapa?" - ZAID ZAFFRAN. "Suami saya tu tak macam awak." - Damia. Sikap Damia yang baik dan tak pedulikan wang ringgit pada mulanya kini berubah drastik. Dia sedikit demi sedikit bagaikan menjauh dari Syafiq. Termakan dengan hasutan jahat ibunya. Ditambah lagi selepas lahirnya anak bernama Faliq, anak istimewa hasil bahtera perkahwinan bersama suaminya itu membuatkan Damia bencikan Syafiq sepenuhnya. "Aku benci budak tu! Aku benci kau Syafiq! Aku menyesal kahwin dengan kau!" - Damia. "Mana janji yang pernah awak buat dulu? Mana cinta yang awak pernah bagi dulu?" - Syafiq. Kini Syafiq tersedar. Dirinya itu hanyalah tempat persinggahan wanita itu. Kebahagiaannya bersama gadis bernama Damia Qistina hanyalah SEMENTARA baginya. Apakah kesudahan kisah mereka? SESUNGGUHNYA, KIFARAH ITU ADA.
1 | Hai, Inspektor! [✅] by sofeaaaaa-
sofeaaaaa-
  • WpView
    Reads 24,204
  • WpVote
    Votes 2,431
  • WpPart
    Parts 40
Beautiful cover by @xerlickmentos58 Pintu hati sudah ditutup serapat-rapatnya oleh Nurin supaya tiada sesiapa yang masuk setelah ditipu orang yang dipanggil 'lelaki'. Tetapi apakan daya, datang semula Hazreel Emirul untuk cuba membuka semula hati Nurin. Bukan benci tapi mungkin disebabkan dia minta untuk putuskan hubungan dulu dengan asbab yang tak kukuh, itu menjadi punca Nurin Sofea tak mahu berbalas mesej dengannya. "Satu je peluang, saya takkan sia-siakan" -Hazreel Emirul. "Awak usaha lah. Tengok berapa lama masa yang saya perlukan untuk terima orang lain. Hati saya baru je hancur. Pintu hati saya, saya dah tutup. Tiada siapa yang saya terima sekarang." -Nurin Sofea Jarang bertemu , jarang juga ada pandangan 2 pasang mata. Hanya panggilan telefon dan mesej saja yang boleh. "Tunggulah saya habis sekolah, dapat apa yang saya impikan. Awak pun sama, nak jadi polis kan? Usaha sampai dapat. Nanti saya akan fikirkanlah pasal benda ni" -Nurin Sofea Hati? kau dah sedia ke? Mampu ke nak bagi orang jaga kau wahai hati? Tuan punya hati sendiri tiada jawapan. 🌙🌙🌙🌙 12 tahun berlalu... Sedang berbahagia, datang orang ketiga dipihak masing-masing yang ingin meruntuhkan cinta mereka. "Ceraikan saya" -Nurin Sofea "Cerai? Okey, awak nak sangat kan? Nurin Sofea Bt Sukiman.." -Hazreel Emirul "Aku akan dapatkan dia tak kira macam mana sekalipun" -Enzur Zaimie "Dia milik aku dan sampai bila-bila pun dia akan tetap jadi milik aku. Kalau aku tak dapat dia, kau pun sama" -Ayu Sofea Betulkah Nurin dan Hazreel akan bercerai? Apa jadi pada Enzur? Berjayakah Ayu mendapatkan Hazreel? Sahabat sentiasa disisi demi menguatkan diri dan cinta yang telah berputik sejak 12 tahun lalu. Perkahwinan tidak bahagia mana, tapi cinta yang menguatkan mereka. ⚠️KATA-KATA KESAT DIGUNAKAN DALAM PENULISAN. HARAP TIDAK DIAMALKAN⚠️ Sediakan mental untuk membaca cerita ini. First Romance❤ 100% by @sofeaaaaa- D: 301220 - 270521