cheriyshy's Reading List
2 stories
FIGHT FOR LOVE [BAKAL TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,892,325
  • WpVote
    Votes 19,213
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Dia.. Delilah Lavelle[O/G] by Dandelzel
Dandelzel
  • WpView
    Reads 426,560
  • WpVote
    Votes 28,175
  • WpPart
    Parts 96
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, dia dibuang sekolah kerana terpalit dengan satu masalah. Tiga tahun berlalu, rentak hidupnya mula berubah apabila mamanya berkahwin dengan seorang duda anak satu. Memulakan hidupnya sebagai pelajar di sebuah kolej elite, ternyata tidaklah sesulit yang dia sangka meski ada yang tidak menyukai kehadirannya. "Kau bawa bala dalam hidup aku yang sedia hancur ni, Delilah." - Diaz Raiden a.k.a abang tiri. "Blame your bad luck, brother!" - Delilah Lavelle. Diaz umpama api manakala Delilah adalah gasoline. Pantang bersua muka, pasti tercetus pertengkaran antara mereka berdua. Tapi kenapa dia rasa semua itu menyeronokkan? "Such a weird name, with a weird personality." - Qash Hayyan si muka stone. Gayanya dingin dengan muka tak berperasaan, namun tingkahnya yang manis buat Delilah keliru. Saat hubungan antara orang-orang sekelilingnya mula terbina, muncul angin badai yang menggoncang semula hidupnya. Masa lampau kembali menghantui sehingga dia rasa tak mampu untuk menghadapi realiti dunia. "Sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya. Walau awak berada di titik terendah sekalipun." - Myra. Delilah akui perjalanan hidupnya tidak mudah. Tapi insan-insan yang berada di sekelilingnya membuat perjalanan itu indah walaupun berliku-liku. Idea cerita hak milik @dandelzel