Thriller & Action
3 stories
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
Thriller : Wais Ayden ✓
dsyaf_
  • Reads 576,328
  • Votes 42,355
  • Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Misi IVTG by TheFnlini
Misi IVTG
TheFnlini
  • Reads 8,038
  • Votes 763
  • Parts 26
IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational
CERPEN: Nyawa dan Hati by aelhaiym
CERPEN: Nyawa dan Hati
aelhaiym
  • Reads 3,678
  • Votes 924
  • Parts 30
[Kompilasi Cerpen Tema Rawak] NYAWA DAN HATI: Di era kegilaan dunia, untuk hidup pun manusia sanggup mensia-siakannya. Sahan, sebagai seorang Pejuang bertugas untuk mengetuai misi-misi memburu sampel makhluk ganas bergelar Infeksis. Namun ada sesuatu yang melampaui jangkaan para survivor. Makhluk ganas tersebut mempunyai koloni mereka sendiri lengkap dengan hierarki yang teratur. Persoalannya, siapa atau apakah yang mengetuai koloni Infeksis itu!? Sahan dengan beraninya menggalas tanggungjawab untuk memburu spesis Alfa, seorang diri. Ya, hanya seorang diri. Kenapa? Ikuti cerpen 6000+ kata ini... ==== Cerpen-cerpen dalam siri ini: 01. Nyawa dan Hati 02. Binatang 03. Sebongkah Besi 04. Terperangkap 05. Kisah Pemanasan Global 06. Mangsa 07. Jantung 08. Momok di dalam Almari 09. Ajaib 10. Lingkaran 11. Kita Tetamu di Kaki Senja 12. Gubuk Ajaib: Antara Masa 13. Di Hari Mentari Berhenti Menyinari 14. Burger 15. Iblis di Kota Manusia 16. Mata dan Masa ==== Cover picisan tu terinsipirasi oleh sifu @ayisyhh- Ini terbitan pertama aku. Apa-apa kesilapan boleh beritahu. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca! [Amaran: Penggunaan kata-kata kesat dan jalan cerita yang agak dark] ====