6 stories
BLD: HAIDAR [ON HOLD] ⚠️ by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 39,788
  • WpVote
    Votes 3,874
  • WpPart
    Parts 10
"I'M THE VILLAIN IN MY OWN LOVE STORY."-NH NAHAR HAIDAR, boleh dikatakan lelaki hero jelmaan novel tetapi bukanlah dambaan para gadis. Kerana sikapnya yang panas baran, dingin beku, suka bergaduh dan 'introvert' membuatkan dia digelar The Badboy di sekolah. "Kau nampak tak senior tu? Aku nak kau tegur dia sampai dia berminat untuk bercakap and mungkin berkawan dengan kau. Kalau kau berjaya, aku dengan kawan-kawan aku janji takkan buli kau lagi." DARA ALUNA, hidupnya biasa-biasa saja. Tidak kaya, tidak pula susah. Dia hidup bersederhana dengan ibunya. Ayah dia pula meninggal kerana serangan jantung pada beberapa tahun yang lepas. Kerana satu kejadian yang memilukan, dia terpaksa terjebak dalam kehidupan lelaki itu. Lelaki yang digelar sebagai The Badboy. "Kau dah buat aku tertarik kepada kau, and now kau nak ignore aku macam itu aje? Sekali kau masuk dalam dunia aku, jangan harap aku akan lepaskan kau." -NAHAR HAIDAR Kerana satu pertaruhan untuk menyelamatkan diri, DARA ALUNA terpaksa terjebak dalam dunia Haidar yang penuh misteri. Saat dia berlari, Haidar akan datang mengejar dari semua arah. Sehinggalah ada satu rahsia terbongkar membuatkan Haidar cuba menjauh untuk seketika. Selepas lima tahun mendiamkan diri, Haidar pulang semula untuk mengejar Dara kembali. Tetapi harapannya seolah-olah punah apabila Dara yang dia kejar dulu, sudah menjadi tunangan orang. Tunangan adik dia sendiri. "Dara dah jadi tunang aku, Haidar. Jangan ganggu Dara." -ENGKU RADEN MIKAEL. Haidar bukanlah hero dambaan gadis. Kerana Haidar, he is a villain. disguised as a protagonist. The real villain. "Aku akan dapatkan Dara walaupun aku terpaksa menentang keluarga aku sendiri. Mark my words!" -NAHAR HAIDAR Persoalannya, berjayakah Haidar merebut Dara semula atau dia akan berputih mata melihat Dara bahagia bersama adiknya sendiri? ⚠️Do not copy any part of this story 🕊Cover by AizackMesle
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 2,016,334
  • WpVote
    Votes 44,305
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,217,048
  • WpVote
    Votes 119,180
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing  by yournaughtybae-
yournaughtybae-
  • WpView
    Reads 3,884,819
  • WpVote
    Votes 253,907
  • WpPart
    Parts 5
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling Rafael tajam. Perangai over protective lelaki ini semakin hari semakin menjadi-jadi dan boleh buat dia naik gila ! "Not if it's some ass who thinks he can put his hands on you!" Rafael menolak Bella ke dinding. Dia menahan Bella dengan kedua-dua belah tangannya disisi perempuan itu. Matanya kian tajam menusuk anak mata Bella. Bella tidak percaya akan apa yang dia dengar. Rafael tidak pernah bertindak seperti ini sebelum ini dan hakikat bahawa terdapat begitu ramai orang yang menyaksikan dia dan Rafael sekarang menjadikannya lebih mengerikan. Tetapi entah kenapa Bella boleh tersengih di saat api kemarahan Rafael membara. Damn ! This guy bila jalous nampak comel ! #1 in teen fiction; 2 june 2018 #1 in teen fiction; 14 august 2018 #1 in teen fiction; 8 september 2018 #1 in teen fiction; 16 september 2018 #1 in teen fiction; 1 december 2018 #1 in teen fiction; 15 december 2018 #1 in teen fiction; 23 december 2018 #1 in teen fiction; 6 june 2019 #1 in teen fiction; 9 june 2019 #1 in teen fiction; 14 june 2019 #1 in teen fiction; 22 january 2020 #1 in teen fiction; 14 february 2020 #1 in teen fiction; 9 September 2022