خ
70 stories
CINTA HATI ALI by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 5,419
  • WpVote
    Votes 657
  • WpPart
    Parts 27
Hubungan antara gadis kampung dan CEO Megah Holding? Oh tidak. Kisah cinta antara Ali dan Fatimah bukan lah kisah cinta yang indah seperti dalam TV. Kisah cinta antara penoreh getah dan anak pengutip buah. Dalam kampung yang serba-serbi kekurangan dengan kemudahan moden itu, terdapat seorang lelaki yang bertungkus-lumus bekerja menoreh getah untuk membantu ayahnya menampung keluarga. Munculnya seorang gadis yang cukup cantik dan ayu ke dalam hidupnya membuatkan Ali bekerja lebih masa selama beberapa bulan. Setelah yakin pada hatinya sendiri, yakin pada takdir-Nya, Ali akhirnya berhasrat meminang gadis pujaannya itu. Walaupun dia tahu, duit simpanannya masih tidak mencukupi untuk menampung hidup gadis itu, tapi dia tetap akan usaha sehabis mungkin. Lebih baik bekerja keras daripada pujaan hati dirembat orang. ❝Sebenarnya, kita rancang nak masuk minang awak hujung minggu ni. Kita harap awak boleh terima kita.❞ - ALI FIRDAUS ❝Hujung minggu? Esok lah, kan? Saya harap awak pegang kata-kata awak. Saya tunggu awak esok, Ali.❞ - FATIMAH AZZAHRA Bak kata orang tua, rezeki tak salah alamat, jodoh tak kemana. Akhirnya, mereka berjaya di ijab kabulkan dengan izin kedua belah keluarga. Namun, bolehkah mahligai yang baru dibina itu berdiri teguh dalam dunia yang penuh dengan kekejaman dan ekonomi yang semakin menyeksa kini? Adakah kebahagiaan menanti kedua mempelai itu, atau perpisahan yang menjadi penutup kisah mereka? ゚𐦍༘⋆ PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C  by Qeyraawr
Qeyraawr
  • WpView
    Reads 117,702
  • WpVote
    Votes 2,710
  • WpPart
    Parts 45
𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka seperti anak sendiri. Dan sejak itulah, semuanya berubah. Tengku Aydan Iskandar, budak lelaki yang dulu suka berperang mulut dan buat hidup Hera tak tenteram, semakin menjauh. Dingin. Sinis. Tetapi siapa sangka, selepas bertahun membawa diri ke menara gading, si enemy zaman kecik itu pulang dengan pakej yang langsung tak dijangka. Tinggi. Kacak. Cold. Diva kalah perempuan. Dan paling tak boleh terima... dia masih menyakitkan hati. Lagi parah, Tengku Aydan rupanya menyimpan satu identiti rahsia-sisi lain yang langsung tak selari dengan personaliti 'Tengku bossy' yang Hera kenal. 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐘𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑. Dia kembali bukan untuk berdamai. Tetapi untuk 'memiliki'. Demi satu syarat bagi mewarisi legasi bapanya, mereka berdua dikorbankan dalam perkahwinan yang langsung tak diingini. Dia bertekad untuk tak jatuh cinta. Tak akan beri ruang pada 'anak angkat' yang dianggap orang luar. Tapi... dia juga manusia. Dan kebencian yang dulunya membara, perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang dia tak mampu dustakan. "Kau? Pertama kali kau guna panggilan tu. Kau... kau betul-betul dah bencikan aku?" - TENGKU AYDAN ISKANDAR "Infinity. Itu sejauh mana aku benci kau." - HERA QISTINA Namun takdir itu ikonik. Semakin mereka cuba menjauh, semakin hati mendekat. Dan dalam perang antara ego, dendam dan perasaan, siapa yang akan tersungkur dulu?
Sandaran Cinta Duda by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 1,169,468
  • WpVote
    Votes 35,696
  • WpPart
    Parts 74
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga buat kali kedua dengan cucu bapa angkatnya, Dato' Khalid. Bagi Nur Humaira Madihah pula,pada umur 21 tahun, dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Namun kerana wasiat arwah sepupunya dia sanggup menerima kehadiran Putra dan Hayden dalam hidupnya. Kasihnya terhadap anak tirinya tidak berbelah bahagi malah dia menjaga Hayden seperti anaknya sendiri. Dalam meniti bahagia, ada rahsia yang disembunyikan. Dan rahsia itu akhinrya dibongkarkan oleh musuh Putra sendiri. Rahsia yang membawa kepada kemusnahan hidup seorang wanita. Pembunuh kebahagiaan orang. Ranking 11 - #gila (21 Sept 21) Ranking 10 - #gila (28 Sept 21) Ranking 9 - #jealous (04 Okt 21) Ranking 22 - #psiko (06 Okt 21) Ranking 23 - #hot (06 Okt 21) Ranking 4 - #psiko (09 Okt 21) Start : 20 Ogos 20 End : 03 November 21 Status : COMPLETED!
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 490,892
  • WpVote
    Votes 16,375
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐙𝐙 [UNEDITED] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 329,826
  • WpVote
    Votes 8,373
  • WpPart
    Parts 20
SLOW UPDATE | BACAAN MATANG‼️ ⚠️DARK ROMANCE&ACTION "Perkahwinan bukan jalan akhir." -LUTH HARIZZ "Bukan lagi kita,.." -NAYLI AVIAN
Raz - Sekali Lagi Cinta [C] (The Men Series : Book 1) by fhyuri
fhyuri
  • WpView
    Reads 932,646
  • WpVote
    Votes 30,876
  • WpPart
    Parts 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semakin dewasa. Dan terlebih dewasa bila si anak bertindak pinangkan kawan baik sendiri untuk dijadikan mak tiri. Apakah Amelia tidak sedar yang jarak umur dia dan gadis yang dipinang itu hampir menjejak 20 tahun? Dan yang paling mengharukan, usia bakal isteri nya itu sebaya anak sendiri? Oh Tuhan! Start date: 29 Jul 2024 End date: 3 Sep 2024
Hingga ke akhir syurga [ONGOING] by llydhia
llydhia
  • WpView
    Reads 5,410
  • WpVote
    Votes 204
  • WpPart
    Parts 12
Cinta Hati Tengku Danish Hayder [ OG ] by HilmaHanania11
HilmaHanania11
  • WpView
    Reads 2,057
  • WpVote
    Votes 185
  • WpPart
    Parts 20
"Aku cinta kau kerana Allah SWT Khawla" Tengku Danish Hayder nama di beri. Berkerja sebagai Leftenan Angkatan Tentera Malaysia ( GGK ) dan seorang lelaki yang beku, keras kepala, tenang dalam menghadapi cabaran Walaupun dirinya di tinggal oleh khawla kerana perangainya sendiri Khalwat Humaira seorang dokter dan perempuan yang ceria dan bahagia namun, kebahagiaan dihancur oleh danish "Aku nak minta maaf pasal dulu" "Awak ingat saya nak maafkan awak ke? minta maaflah saya ingat hinaan awak tu Danish" Mampukah Danish menambat hati Khawla Humaira semula?
Dan Aku Masih Bertahan ( TELAH TERBIT) by TheZhrhs
TheZhrhs
  • WpView
    Reads 4,195
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 16
Haya tidak pernah meminta untuk menjadi kuat, tetapi hidup memaksanya bertahan. Dia mengejar impian-menulis, menerbitkan buku, membina namanya sendiri. Namun, di sebalik kejayaan itu, tersimpan luka yang tak pernah sembuh. Penolakan, kekecewaan, dan kebencian dari insan yang sepatutnya menjadi pelindungnya. Ketika masa lalu kembali menghantui, Khairul hadir dalam hidupnya-lelaki yang tenang tetapi sukar diduga. Dia menawarkan sesuatu yang Haya sudah lama takut untuk percaya: keikhlasan. Tetapi, bagaimana jika kepercayaan itu akhirnya mengkhianatinya seperti sebelum ini? Bagaimana jika dia sekali lagi perlu berdiri sendiri, mengutip serpihan yang telah pecah? Mampukah Haya benar-benar berdamai dengan luka silam, atau dia hanya menunggu masa untuk jatuh sekali lagi?
THE BEGINNING: UNKNOWN HAZRAN by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 89,727
  • WpVote
    Votes 8,522
  • WpPart
    Parts 16
[INI ADALAH POV UNKNOWN] Hazran Tuah hanyalah bayang, mengikuti Sufi Leila dalam diam, memerhatikannya dari jauh tanpa berani mendekat. Hidupnya sebelum ini kosong, tanpa arah, sehingga pertemuan di bawah jambatan itu menghidupkan sesuatu dalam dirinya, rasa ingin mengenali, ingin mendekati. "Siapa dia, sampai buat aku rasa macam ni?"-Hazran Namun, dunia tidak pernah memandangnya dengan belas. Dia sedar siapa dirinya-manusia yang dipandang hina, yang hanya layak bersembunyi di balik gelap. Maka, dia terus menjadi bayang, mengenali dari jauh, meski setiap senyuman gadis itu semakin menjerat hatinya. Tapi, adakah dia berhak merasai cinta? Atau takdirnya sekadar menjadi bayang yang tidak pernah terlihat? "Kalaulah aku dilahirkan normal macam manusia yang lain, pasti aku dah boleh dekat dengan kau. Malang sekali, cinta tu cuma untuk manusia yang sempurna..." "Takkan sesekali layak untuk orang gila macam aku."