Fantasy books
15 stories
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]  by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 98,560
  • WpVote
    Votes 8,358
  • WpPart
    Parts 28
"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu yang menjadi Academy contoh untuk disiplin. Tak logik kan? Tapi kes diorang ni lain sikit. Bukannya 3 manusia ni yang nak masuk dengan rela hati tapi dengan berat hati! Seberat lori yang bertan-tan bak kata Rian! Tambah-tambah kena ugut lagi tu! Tak syukaaa Nyaaa! "Ehh.. elok jugak korang tiga ketul ni masuk Academy tu. Mana tahu perangai korang yang macam setan ni boleh berubah? "-Ezriell Granbell Ezriell lah yang selalu jadi mangsa mereka. Biarlah umur kau 20 ke 60 ke.. budak tiga orang ni tak akan bagi muka punya! Tibai aje cakap sedap hati perut! Macam yang semua orang tahu, setiap kisah pasti ada Antagonis. Tapi cerita ni terbalik pulak! Tiga ketul ini pula yang menjadi antagonisnya!Senang cakap semua yang negative tu dia orang lah! Tetapi.. Disebalik ugutan itu, ada 1001 persoalan dan rahsia yang disembunyikan . Kisah silam menjadi buruan. Kini hidup mereka mula goyang diatara penipuan dan kebenaran. Siapa yang bakal tersungkur dipertengahan perjuangan?
ELEMENTAL KEGELAPAN [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 376,943
  • WpVote
    Votes 27,073
  • WpPart
    Parts 82
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang tinggal di dunia ini termasuklah Haiwan dan Manusia Mitos. Shiro Ryuzaki. Siapa yang tidak mengenali sang lelaki yang malas tahap gaban ni? Kau tanya lah apa yang dia suka.. "Tidur. Aku suka tidur. " Apa yang dia suka buat.. "Same answer duhh. " Dan paling penting, apa matlamat hidup dia. "Tidur tak bangun-bangun. " Sakit hati. Gila kan? Apa boleh buat, inilah sifat sebenar lelaki itu. Tapi apa yang membuatkan dia istimewa? Kenapa ramai yang memburu dia? Puaknya? "Aku tak pernah mintak pun nak ada kuasa ni, sebab tulah kalau boleh aku rela jadi manusia biasa " "Kita mempunyai kuasa untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayang! " "Lucia peliklah, apa agaknya yang ada dalam otak abang sampai abang suka bermalasan sangat?" First Fantasy Book BEAUTIFUL COVER BY @airuml [6/2/2019] [EDIT] #ayat budak2. #typos banyakkk #dah kasi warning -Enjoy the story❤️
ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 325,485
  • WpVote
    Votes 30,516
  • WpPart
    Parts 120
[Villain's untold story] "Kalau tak tahu sangat guna kaki tu, baik kau guna tangan. At least, orang tak cakap kau buta tapi gila. "-Eldera Delwyn "Jahatnya mulut! "-Adrea Bellvania "Eldera? Nope. Dia bukan aje bestfriend aku. Tapi kekasih gelap aku jugak. Haha-Arghh!"-Eryl Ryuzaki Eldera, si kaki sinis dan beku. Mulut tak pernah tak kasi ayat yang menyakitkan hati! Lawannya pula Adrea, seorang gadis biasa yang memang suka bertikam lidah. Kemudian, muncul pula Eryl, si kasanova yang miang sampai tak boleh bawak bincang. Kau rasa, hidup diorang ni normal ke? Sudah tentunya tidak! "Eleh, nak acah sweet pulak.." -Eryl "Dari kau, acah jantan padahal pondan. Hattui."-Eldera "Boleh tak kau berdua jadi bestfriend yang normal untuk sehari?"-Adrea Segala tawa dan tangisan, mereka kongsi bersama. Tidak walaupun sesaat, mereka meninggalkan satu sama lain. Namun.. "Kau dan aku.. Nasib kita sama sahaja Eldera. Kau tak akan boleh lari daripada takdir kau. Hehehe."- unknown. Akan kah persahabatan yang terbina, kekal sehingga pengakhiran? Berapa banyak nyawa yang harus menjadi korban kegelapan yang zalim? "Terima kasih.. Untuk semuanya." #DALAM PROCESS NAK MENGEDIT #MEMANG TAK LOGIK PUNYA CITER #STORY ZAMAN2 TAK MATANG #MAAFIN GUE Enjoy ❤️
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)  by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 55,407
  • WpVote
    Votes 5,873
  • WpPart
    Parts 52
-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahun lamanya dan terjaga untuk berhadapan dengan hakikat yang menyakitkan. Terlalu banyak tangisan air mata dan darah yang tumpah sebelum kebangkitanya. Nyawa menjadi mainan. Kehidupan didunia bagaikan neraka! "Kenapa bonda dan ayahanda sanggup pergi sejauh ni demi Eryl?" "Ayahanda..Harapan." Siapa dia untuk menerima pengorbanan sebegini rupa daripada orang tuanya? Dari rakyat kerajaan ayahandanya? Mengapa harus dia yang memikul tanggungjawab yang belum tentu dia mampu laksanakan? Sesungguhnya, dia sendiri terhimpit. Terhimpit diantara janji dan pengorbanan. "Aku..Aku tak boleh bunuh dia." "Kau membelot kedua ibubapa kau!" Eryl Ryuzaki.. Apa yang takdir ada untuk sang naga yang akhirnya bangkit dari lena? "Lama tak berjumpa. Sang naga bermata satu.." "Yeah.. Lama tak jumpa. Sang syaitan yang lupakan kawan. Asal kau makin hot ni? Terliur lah pulak. Hahaha!" ". . ." "Cakap sesuatu!" "Bodoh." "Oi!"
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 440,097
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
The Night Knight Princesses ✔ by i_am_kacang
i_am_kacang
  • WpView
    Reads 227,687
  • WpVote
    Votes 13,927
  • WpPart
    Parts 88
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di pertengahan jalan lalu sang raja membawa permata-permatanya pergi. Selepas 100 tahun berlalu, muncul beberapa pasang kembar. Sang pelindung, sang syaitan dan keturunan puteri yang ke-100. Cahaya mulai beralih arah. Kegelapan mula mengambil alih. Dua gadis dari Alam Syaitan bakal memporak-perandakan dunia, keturunan TNKP pula cuba melindungi. Sebuah kejadian yang tidak diduga bakal berlaku. Perang terbesar dalam sejarah dunia bakal tercatat. Tanggungjawab puteri-puteri ke-100 dipenuhi bebanan. Kemampuan puak cahaya dan kegelapan bukanlah halangan buat si syaitan. Sang puteri yang cantik rupawan juga manis dipandang, perilaku yang lembut sungguh menarik. Berbeza dengan sang syaitan yang liciknya tidak terkata. Dikatakan bahawa ketika itu, dua orang syaitan bakal membantu sang puteri. Kuasa puak bakal berubah. Hidup atau mati? Itulah tanggungjawab puteri-puteri dan para pelindung mereka. Start : 10/6/2018 End : 11/12/2019 Best achievements : #2 in adventure #14 in fantasy #3 in war ⚠️ It's a childishly written novel ⚠️ ⚠ WARNING! ⚠ ✏ Rys takde idea, Rys menyemak dalam mana-mana bab ya. Mohon bersabar :) ✏ Typo berterabur, plot tunggang-terbalik ✏ Gaya penulisan yang berterabur dan tidak matang ✏ Penulis merepek apabila kehilangan idea ✏ Kemunculan watak dan kuasa yang agak banyak yang membuatkan penulis pening, maka korang juga akan pening ✏ Kalau ada scene lawan or perang, macam tak best and tak syok ahaha Rys tak halang korang baca, selagi mampu tahan pening tu, baca jelah huhu. ('∀`) Thanks guys ♡
Ghost Emperor Wild Wife: Dandy Eldest Miss (bahasa melayu) by janoth
janoth
  • WpView
    Reads 23,391
  • WpVote
    Votes 2,481
  • WpPart
    Parts 55
Hak milik Authors : Xiao Qi Ye Penafian : bukan hak milik saya. Translate novel untuk bacaan ofline Yun Luo Feng, genius Sekolah Perubatan Hua Xia, meninggal dunia akibat kemalangan dan jiwanya melekat pada cucu sulung keluarga Jeneral Long Xia yang tidak berguna. Bukan sahaja tidak berguna, cucu sulung ini tidak dapat membaca atau mempraktikkan seni mempertahankan diri, malah suka membanggakan diri, tidak mempunyai otak, sombong dan berkehendak tinggi. Memandangkan Putera Mahkota sebagai tunangan yang serba sempurna tidak mencukupi, dia malah mengoda seorang anak lelaki kacak di depan umum, yang menyebabkan Putera Mahkota membatalkan pertunangan. Oleh kerana dia tidak tahan dengan pembatalan itu dia menggantung diri. Setelah membuka matanya, dia bukanlah orang yang sebelumnya. Dia mengikat kontrak dengan boneka Tuan Besar dan membawa ruang spiritual. Dengan tangan yang indah yang mampu meremajakan malah mahir dalam perubatan yang membalikkan dunia! Kedua-dua keturunan kerajaan dan bangsawan golongan atasan dan para pedagang golongan bawahan, semuanya bersaing untuk merebut permintaannya. Bahkan Yang Mulia, putera mahkota, yang sebelumnya memutuskan pertunangan, datang mengetuk pintu yang ingin berdamai. Mengenai hal ini, seorang lelaki misterius akhirnya mengumumkan: "Siapa pun yang berani datang dan mengganggu wanita saya, biarkan mereka datang tetapi mereka tidak akan pernah kembali!"
Warrior In Silent [C.O] by jung_jae14
jung_jae14
  • WpView
    Reads 212,073
  • WpVote
    Votes 13,661
  • WpPart
    Parts 47
"Kenapa?! Ayahanda fikir anakanda lemah?! Kalau anakanda selamat pun ayahanda fikir rakyat Elemental World akan terima Vyl sebagai pentadbir dunia ni?! Orang yang x ada kuasa macam Vyl ni nk jadi pentadbir? Jangan berguraulah ayahanda!"-Vyldia
The Cursed Elves by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 219,768
  • WpVote
    Votes 16,624
  • WpPart
    Parts 36
Aku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 tahun 11 bulan. Pada bulan hadapan.. ...upacara pengorbanan akan dilakukan. Akulah yang akan dikorbankan itu. Mitos 'bodoh' ada mengatakan,Elf perempuan yang disumpah haruslah dibunuh ketika hari lahirnya yang ke-25 tahun. Aku bakal ditikam oleh ayahanda aku sendiri. Sadis bukan? Inilah kisah hidupku. Lycra Elfrian,The Cursed Elves. [03/07/2016]
Rayyan:Budak Serigala Hybrid by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 4,448
  • WpVote
    Votes 568
  • WpPart
    Parts 13
Rayyan merupakan seorang remaja muda yang telah menjadi manusia Serigala Hybrid yang hasilnya daripada menjalani pelbagai eksperimen gila yang sangat menakutkan. Walaupun begitu, hidupnya mulai berubah setelah bertahun-tahun menderita sebagai spesimen ujikaji manusia yang kejam & tidak berhati perut. Kini, dia mulai menjalani hidup normal bersama keluarga angkatnya. Senormal mana pun kehidupan Rayyan, pasti akan ada cabaran yang dia harus hadapi sebagai Manusia Serigala Hybrid walaupun dia hidup di dunia fantasi yang memiliki pelbagai bangsa berbeza seperti bangsa manusia atau bangsa beast. Apa yang lebih menyedihkan, dia juga harus menderita dengan kesan sampingan yang terjadi akibat hasil daripada eksperimen merbahaya yang pernah mengancam nyawanya dulu. Akan tetapi, kes yang sama seperti Rayyan itu mulai berulang lagi sebaik saja sebuah organisasi gelap mulai muncul & menculik manusia lain untuk dijadikan bahan eksperimen gila malah raksasa yang sangat agresif turut dicipta & dilepaskan untuk membunuh malah menyerang manusia-manusia lain yang tidak berdosa. Apakah yang telah Rayyan lalui selama dia menjadi spesimen ujikaji? Siapakah orang yang telah menyelamatkan dirinya?? Apakah derita yang harus dia hadapi akibat daripada eksperimen itu? Organisasi gelap apakah itu? IKUTI KISAH RAYYAN, BUDAK SERIGALA HYBRID DALAM MISI MENUMPASKAN ORGANISASI GELAP YANG TELAH MELAKUKAN KESEMUA PERKARA KEJI ITU...