semax484's Reading List
8 stories
OG | Abadi by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 10,861
  • WpVote
    Votes 857
  • WpPart
    Parts 53
"Janji satu benda dengan aku," ujar Hans. Jasmine mengangguk tanpa ragu. "Apa dia?" "Jangan terlalu paksa diri kau untuk bertahan. Kalau satu hari nanti..." "Saya yakin, cinta yang tulus akan selalu jadi pemenangnya," Jasmine memotong kata-kata Hans. Segaris senyuman terukir di wajah lelaki itu. Matanya sudah berkaca. "Kau tak pernah berubah, Jasmine." Bisik hatinya. Tiba-tiba dada Hans mencengkam kuat. Pandangannya berpinar. Tangannya terlepas dari cawan kopi. "Awak?" Jasmine bangun cemas. "Awak!" Hans memegang dadanya. Nafasnya tercungap. Dunia berputar. Jam poket berdetik semakin kuat. Bingit. Setiap detik terasa merobek sisa tenaga yang tinggal. "Hans!" Hans mengangguk lemah. "Aku... tak boleh..." Dia tahu. Dia tidak boleh lama di sini. Hans bangun perlahan. "Awak nak ke mana?" tanya Jasmine. Hans memandang wajah itu buat kali terakhir. Wajah yang akan dia pertahankan walau perlu mengorbankan segalanya. "Maafkan aku," katanya perlahan. Tanpa berlengah, Hans melangkah keluar dari kafe itu. Tubuhnya lemah, langkahnya longlai. Tangan kirinya masih menekup telinga. Jasmine ditinggalkan terpinga-pinga. Tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa sebarang jejak. Bingit. Detikan jam semakin mendesak Hans mempercepatkan langkah. Hans cepat-cepat menundukkan wajah. Langkahnya melaju, ingin segera lenyap dari pandangan Jasmine. Dan dunia runtuh sekali lagi. Hans terjatuh melutut di lorong gelap. Lantai hospital menyambut tubuhnya yang menggigil. Nafasnya pendek. Dadanya mencengkam sakit. Peluh dingin membasahi dahi. Tangannya menggenggam jam poket erat. Jam itu kini berdetik perlahan. Seolah puas. Hans terduduk di sisi katil Jasmine. Tangannya menggenggam tangan isterinya yang dingin. "Maafkan aku," bisiknya pecah. "Aku datang lambat... terlalu lambat." Air mata lelaki itu jatuh satu per satu.
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 624,710
  • WpVote
    Votes 923
  • WpPart
    Parts 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
C | Dendam Rayyan by bungaaariz
bungaaariz
  • WpView
    Reads 69,858
  • WpVote
    Votes 1,913
  • WpPart
    Parts 83
Persahabatan antara Rayyan dan Sheridan rapuh hanya kerana seorang wanita. Disebabkan itu, Rayyan mula menyimpan satu dendam. Tanpa dia tersedar, dia terjatuh dalam jerat sendiri. "Tergamak you buat I macam ni Raja Rayyan!" - Serena Zeandra Satu cerita mungkin pendek dan biasa. Kepada pembaca yang sedang bosan, boleh baca cerita simple ini. Maafkan saya kerana memeram cerita ini sehingga menjadi pekasam. Updates (13/2/2025) !! *Warning alert, cerita ini mengandungi beberapa isu sensitif yang mungkin menganggu sesetengah pembaca. Read at your own risk. Start : Disember 2024 End : March 2025
BOS A.K.A SUAMIKU by Misshusna006
Misshusna006
  • WpView
    Reads 2,208,235
  • WpVote
    Votes 2,409
  • WpPart
    Parts 3
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'. Ibarat api dan air. Pantang bertemu pasti bergaduh. Namun, segala-galanya berubah apabila Pak Cik Sufian iaitu ayah kepada Afiq Khairul membuat permintaan agar Ain Solehah bekerja sebagai setiausaha kepada anaknya itu. Dipendekkan cerita, Afiq Khairul adalah majikannya. Klise bukan? Semestinya, memang sangat klise! Bagi Ain Solehah, Afiq Khairul adalah musuhnya. Manakala, Afiq Khairul pula serba salah. Egonya setinggi langit. Tingkah lakunya, diibaratkan dia mahu tapi malu. Hah? Mahu tapi malu? Sebenarnya, ada rahsia yang Afiq Khairul simpan! Inginkan jawapan? Sila ikuti kisah mereka berdua dalam melayari kehidupan rumah tangga sebagai suami isteri setelah bertahun-tahun jadi musuh ketat! Novel ini adalah bacaan santai. Genre musuh kepada kekasih, bercinta selepas kahwin, kekeluargaan, persahabatan, tiada orang ketiga, tiada mertua dan ipar duai yang toksik dan kejam. Hanya ada babak dan adegan serta kata-kata manis yang terlebih gula. Lots of love, NUR HUSNA MUHAJIR
SILENT BETRAYAL  | C | by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 240,711
  • WpVote
    Votes 5,907
  • WpPart
    Parts 45
"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.
The Hayden's Court  by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 3,638,207
  • WpVote
    Votes 12,727
  • WpPart
    Parts 5
[ BAKAL TERBIT] 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠.𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐞𝐤𝐨𝐫 '𝐌𝐚𝐫𝐢𝐩𝐨𝐬𝐬𝐚' 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐣𝐚, 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐛𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚... 𝐏𝐞𝐝𝐢𝐡, 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐬𝐮𝐤 𝐝𝐮𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐃𝐢𝐩𝐚𝐠𝐚𝐫 ,𝐝𝐢𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢.
Hey Kaylee by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 13,234
  • WpVote
    Votes 1,476
  • WpPart
    Parts 24
SLOW UPDATE RROMANCE ACTION MANUSCRIPT