NornisyahSyafiqa's Reading List
39 stories
HILANG by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 709
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 9
Tajuk: HILANG Penulis: KHAIRUL NIZAM KHAIRANI Harga: RM23 / RM26 Beberapa tahun lalu, tujuh orang kanak-kanak telah hilang entah ke mana. Usaha mencari mereka, menemui kegagalan. Siasatan yang dijalankan pihak polis hanya menemui jalan buntu. Akhirnya ia terkubur begitu sahaja. Namun, insiden itu berulang kembali apabila beberapa orang kanak-kanak hilang tanpa dapat dikesan lagi. Ternyata rahsia hitam yang menghantui penduduk kawasan perumahan Taman Balqis berulang kembali. "Benda tu tak mengacau, cuma dia suka tunjukkan diri. Itu hari kena dah si Munirah. Kata Munirah, ada perempuan dalam rumah kami, menangis." "Ada lembaga perempuan muncul?" "Ha'ah!" "Biasanya permainan sihir tak macam tu. Ni macam ada benda lain ni." "Benda lain apa pula, imam?" "Rumah kau ada hantu tak, Din?" Munirah, seorang ibu tunggal, bersama anaknya, Hisham, telah diterima bekerja sebagai pembantu rumah oleh Mak Som dan Pak Din. Namun, sejak berpindah ke rumah Mak Som, pelbagai perkara aneh yang dialami mereka. Seolah-olah kehadiran Munirah dan Hisham telah mencetuskan semula suatu kejahatan yang tersembunyi di Taman Balqis. 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
ADELIA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 1,585
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 11
​Tajuk: ADELIA Penulis: Aryanie Ismail Harga: RM24 / RM27 Bukan Adelia pinta semua ini berlaku. Bukan Adelia minta jasadnya hilang daripada pandangan, tapi dia sendiri masih berlegar-legar begini. Dia pun tidak tahu kenapa. Adelia hanya menerima takdir hidupnya dengan reda. Siang dan malam tiada beza baginya. Sama sahaja. Tetap sunyi dan sepi. Adakah akan tiba hari di mana dia akan bebas daripada belenggu ini? Akan terungkaikah segala yang menjadi pertanyaan selama ini? "Awak, Adelia kan?" "Awak... awak... nampak saya ke?" "Betul kan awak Adelia? Adelia binti Tan Sri Adam Zainuddin?" "Ya, saya." "Tapi, bukan ke awak dah meninggal?" "Saya... saya..." Kehadiran Hakeem dan adiknya, Faradiba, membawa sinar kegembiraan buat Adelia yang sudah bertahun hidup dalam kesunyian. "Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku tak dapat melihat kau, tapi aku dapat rasakan yang kau ada di sini. Dekat dengan aku. Terlalu dekat, sehingga aku dapat mencium harumanmu." - Hakeem Adelia sebenarnya sudah mula sukakan Hakeem sejak pertemuan pertama lagi sehingga akhirnya dia tidak boleh menolak kata hati. Bahawa dia sudah jatuh cinta! Namun, untuk bersama dengan lelaki itu, adalah amat mustahil! Kerana dia, Adelia. Dia ada, serupa tiada. Dia hidup antara manusia, tetapi tiada siapa yang dapat melihatnya. Tapi dia tetap punya perasaan. Salahkah jika dia jatuh cinta, dengan manusia? 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
BERNYAWA by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 1,003
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: BERNYAWA Penulis: DANEEN NIZAR Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2902-15-7 Janna tetap meneruskan untuk menerima tawaran pekerjaan daripada keluarga Puan Ophelia walaupun dia tahu bahawa tugasnya tidak masuk dek akal. Menjaga sebuah patung dummy bernama Ghul demi gaji yang lumayan. Akhirnya, Janna menyesali keputusannya apabila dirinya diganggu berterusan di rumah keluarga Ophelia setelah mengabaikan pekerjaan dan tanggungjawabnya terhadap Ghul. "Ghul hidup seperti kami." - Rizki Ada misteri di sebalik kejadian aneh yang berlaku. Segalanya berkait rapat dengan keluarga Ophelia dan Ghul. Rakan baiknya, Kaila dan Faris pula cuba mencari Janna yang tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar. Akhirnya, dalam bermacam-macam kejadian aneh yang dilalui, Janna perlahan-lahan dapat merungkai satu per satu misteri keluarga Ophelia. "Dia terlalu kuat untuk dikawal. Ghul bukan patung." - Danish "Saya tak faham. Cuba awak tengok dalam gambar ni. Ada tujuh budak lelaki dan satu patung dummy. Kalau patung dummy ni Ghul, siapa budak ni?" - Janna AVAILABLE AT SHOPEE : shopee.com.my/kedaibukudn 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
MAWAR by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 4,131
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: MAWAR Penulis: ANIS AKHIR Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-47-9 POS PERCUMA 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 WALK-IN ke Kedai Buku DearNovels potongan sehingga 25%
NURIN [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 89,228
  • WpVote
    Votes 4,734
  • WpPart
    Parts 32
☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidupan sebenar Nurin. Kehadiran ibu dan kakak tirinya membuatkan hidup Nurin bertambah serabut. Ada saja perkara yang mereka cuba lakukan untuk menjauhkan dirinya dari Dato' Isma. Disebabkan hasad dengki kakak tirinya, Husna, Nurin terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang meragut nyawa wanita bernama Dahlia. Tidak pernah ada sehari pun, hati Nurin tidak menyesal dengan apa yang terjadi. Dari insiden itu juga, dia mengenali Irsyad, peguam yang membela pihak Dahlia dan ingin membawa Nurin masuk ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman. Bagi Irsyad, wanita itu tak akan hidup tenteram selagi dia tidak dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah terjadi kepada tunangnya. Kerana keangkuhan Nurin, Irsyad berfikir negatif tentang diri wanita tersebut. Kejam. Tak berhati perut. Hanya gunakan duit untuk jatuhkan orang lain. Itu apa yang dia fikirkan. Namun, selepas mengenali Nurin pada setiap perjumpaan mereka, satu per satu rahsia Nurin diketahui. Nurin pula, semakin membenci Irsyad kerana daripada orang asing, kini Irsyad lebih tahu tentangnya berbanding orang yang sentiasa ada dengannya. Published: 16th July 2019 Achv: #1 for NovelMelayu (tag) [20th August 2021]
PARCEL by SimonMalik
SimonMalik
  • WpView
    Reads 2,859
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 9
Sedikit teaser Novel pertama aku dengan FIXI. Aku open a few babs untuk korang baca. Kalau korang nak beli, ebook - https://www.e-sentral.com/book/info/125481/parcel Buku - https://fixi.com.my/produk/parcel Atau PM tepi kalau nak beli signed copy. Excerpt : Sebagai tukang pasang internet di laun, Faisal selalu jauh dengan isterinya Anis. Satu hari, dia hand carry a parcel ke pelantar minyak Stella Fortuna. Bukan tugas biasa. Parcel itu harus dijaga macam nyawa sendiri. Lebih malang, Stella diserang Laguna Pirates, kumpulan lanun yang berbahaya dan ganas. Tujuan mereka: merampas parcel itu atas arahan klien mereka ; Descartes. Tapi Laguna Pirates mahukan parcel itu sendiri, membuatkan Faisal dan Syaza, seorang lagi mangsa culik, tersepit di antara pertelagahan kuasa Laguna-Descartes. Bukan sembarangan barang yang terisi di dalam parcel itu. Salah tangan yang menerima, pasti hancur dunia!
TANAH by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 525
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 5
Saban hari HANNI diekori kelibat yang menakutkan. Hanni keseorangan. Tiada siapa yang mahu percaya. Hatinya dipenuhi curiga. Bisikan-bisikan aneh selalu mengganggu. Hanni berwaspada. Sukar mahu mempercayai orang lain, waima ibu kandung sendiri. Ada kebencian dan dendam yang tersimpan. Sehingga muncul watak demi watak yang cuba meyakinkan bahawa Hanni adalah 'YANG TERPILIH.' "Mak kan ada pesan anak kita bukan hak kita berdua je, bang. Saya seram bang, bila teringatkan kata-kata arwah mak." PUAN INDAH Bang Somad dari Tanah Seberang, muncul menjejaki Hanni. Kedatangannya hanya menambah buruk keadaan. Dia tidak sendirian, Khursani tubuh menemani. Lelaki berurat dawai bertulang besi itu bukan hanya ditakuti Hanni. Dia turut digeruni oleh dua zaman yang berbeda. Tarungannya adalah manusia harimau dan Ajeng Ambar. Mereka terikat dengan sumpah perjanjian lama. 'Kulo tahu itu. Tetapi kowe gak usah begitu kasar. Jaga dikit air muka kulo. Kowe suka jika meliat kulo marah? Kowe tahu bukan? Jika kulo udah marah kowe gak akan pernah bisa melihat Hanni lagi, Ajeng Ambar!' BANG SOMAD. ZIYAD berusaha mendampingi Hanni walaupun Hanni begitu membenci. Lewat sorot mata Hanni, Ziyad dapat melihat kejahatan. Telah begitu lama ia berakar umbi di dalam diri Hanni. Kejahatan tidak hanya memakan diri. Bahkan turut menjerumuskan Ziyad ke dalam belengu yang menjerat. Mereka bertarung untuk diri sendiri, namun dengan matlamat yang sama. Bisikan-bisikan aneh yang mengganggu belum berakhir. Manusia-manusia di sekeliling Hanni amat mencurigakan. Gangguan yang menyeksa hampir membuat dia nanar. Siapa kawan dan siapa lawan? Adakah Hanni akan berjaya merungkai segala-galanya?
SUSUK SETAN by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 6,824
  • WpVote
    Votes 156
  • WpPart
    Parts 5
Akan datang! Bakal terbit Mac 2020 DIKHIANATI! Husna si cantik manis dikhianati orang yang dianggap darah daging sendiri. Wajah cantiknya berubah hodoh. Tunang kesayangan meninggalkan dia saat dia memerlukan sokongan. Dia kecewa hingga hampir meragut nyawanya sendiri. Wanita bernama DEWI hadir dalam mimpi Husna. Wanita cantik itu mengatakan yang dia keturunannya. Wujudkan wanita itu? Husna ragu-ragu. Dia hanya bertemu wanita itu di dalam mimpi bukan di dunia nyata. "Susuk setan bukan sebarangan susuk. Ia bukan saja menjadikan kamu cantik yang luar biasa tetapi ada syarat yang perlu kamu patuhi. Tiada pantang larang yang perlu kamu takuti. Tapi ingat ayat-ayat al-Quran adalah racun terhebat bagi kamu!" - DEWI "Saya takkan lepaskan orang yang buat saya." - HUSNA DIHIMPIT dengan rasa amarah dan dendam Husna sanggup bersekongkol dengan setan. Sementara itu, Detektif Eshan dan Detektif Rafeek melakukan siasatan kematian wanita-wanita yang berkaitan dengan susuk. Ditambah dengan satu lagi pembunuhan ngeri melibatkan lelaki-lelaki kasanova. "Rupa paras mangsa bukan disebabkan pembedahan plastik. Mangsa tidak melakukan pembedahan plastik. Dua mayat sebelum ini tidak dilihat pula jarum-jarum halus ini keluar dari wajah mereka." - DETEKTIF ESHAN DAPATKAH Husna melunaskan dendamnya terhadap mereka yang menganiaya dia? Siapa Dewi yang sebenarnya? Bagaimana pula Detektif Eshan dan Detektif Rafeek menyelesaikan dua kes yang sukar untuk dijejaki 'pembunuh'nya. #susuksetanPBAKL2020 #susuksetan #ilyaabdullah #bacanovelserammelayu #sukabacanovelseram #Novelserambestseller
HARTINI by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 7,342
  • WpVote
    Votes 143
  • WpPart
    Parts 7
SEBUAH NOVEL SERAM TERBAHARU DARIPADA IMAN FADIA AKAN DATANG! © DEAR NOVELS SDN BHD
Dirgahayu by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 2,966
  • WpVote
    Votes 175
  • WpPart
    Parts 18
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa. Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!