farfarawayyyyyy's Reading List
12 stories
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 503,603
  • WpVote
    Votes 16,835
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 725,966
  • WpVote
    Votes 22,385
  • WpPart
    Parts 28
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 411,967
  • WpVote
    Votes 17,913
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
Aku Yang Salah [EDITING] by Nyctophiliatbh
Nyctophiliatbh
  • WpView
    Reads 255,092
  • WpVote
    Votes 4,077
  • WpPart
    Parts 73
𝐀𝐌𝐌𝐀𝐑 𝐙𝐔𝐇𝐀𝐘𝐑 - "Pembunuh macam kau tak layak untuk mengemis cinta dan kasih sayang dari aku. Kau yang patut mati bukan Irina. Mereka disatukan bukan atas cinta tetapi kerana dendam dan kebencian yang sudah lama membara dalam relung hati. Perkahwinan dia dambakan memberi kebahagiaan hanyalah satu jerat sengsara yang perlahan-perlahan membunuh jiwa. Bagaimana Ammar hendak menerima Hadeeqah sedangkan hatinya masih bertaut setia pada Irina. Sulit untuk melepaskan pemergian Irina dengan ikhlas. Umpama bersangka buruk pada suratan takdir yang telah merampas separuh nyawanya pergi. 𝐇𝐀𝐃𝐄𝐄𝐐𝐀𝐇 𝐈𝐋𝐘𝐀𝐍𝐀 - "Sampaikan cinta awak kepada wanita yang akan bahagiakan awak selepas ini". Tanpa sedari hubungan mereka terlalu hancur dimana gadis itu terpaksa menerima segalanya. Bagaimana mungkin kita jatuh cinta namun tidak ditakdirkan untuk bersama kerana cinta itu tidak seharusnya memiliki. 📌My own idea 📌 No plagiarism 📌Rekaan semata-mata
H A R I S   Z U F R A N  (RAW) by syza_ra
syza_ra
  • WpView
    Reads 908,907
  • WpVote
    Votes 28,319
  • WpPart
    Parts 54
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permintaan papa dan mamanya tapi akhirnya dia terpaksa akur untuk menjadi seorang isteri kepada Harris Zufran Harris Zufran seorang pemilik kandang kambing dan satu lagi pekerjaannya dirahsiakan, peribadinya yang baik sentiasa membuatkan orang kampung berasa senang berkahwin dengan seorang wanita kaya yang tidak mencintai dirinya hanya kerana dia berasal dari kampung membuatkan dirinya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah seorang isteri kisah selanjutnya di Mrs Zufran -he is precious- ☡COPYRIGHT IS NOT ALLOWED☡
TAKDIR (c) by __choconuts
__choconuts
  • WpView
    Reads 9,572
  • WpVote
    Votes 359
  • WpPart
    Parts 52
Rayden Kyle :- Hidupnya tidak ubah seperti di dalam neraka ciptaan bapanya. Diseksa dan dilayan seperti binatang. Ibu pula sentiasa bekerja. Jarang-jarang je balik rumah.Pergilah mana-mana dia pasti akan diherdik. Menjadi mangsa buli disekolah. Menjadi bahan makian di kampung sendiri. 'Hadiah' untuk hari jadi ke-15 nya menjadi titik permulaan hidup barunya. Qayra Nellisha:- Hidup gadis ini pula tidaklah seteruk Rayden tapi tidak juga seindah puteri raja. Dibesarkan oleh keluarga Dato' Hadi setelah kematian ibu bapanya membuatkan dia belajar apa itu takdir. Orang akan melihat dia sebagai wanita yang kuat. Hakikatnya,dia masih cuba menerima takdirnya. Masing-masing menjalani kehidupan masing-masing. Mereka berdua hanya pernah berjumpa dua tiga kali sahaja di sekolah sebelum Rayden diarahkan untuk bersekolah di US. Kembalinya Rayden ke tanah airnya membuatkan keluarganya huru-hara. Salahkah kalau dia? Namun itu semua berubah apabila dia tersesat di atas bukit. "Tolong bimbing aku. Aku perlukan kau." -Rayden Kyle "Aku kawan kau. Aku akan tolong selagi aku tak mati" -Arieq Dayyan "Bukan saya yang minta takdir saya macam ni." -Qayra Nellisha ⚠️ Maaf jika ada sebarang typo atau kesalahan grammar ⚠️ Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada itu hanyalah kebetulan. a/n: terima kasih kerana sudi membaca. Tak akan selalu update atas sebab tertentu. Terima kasih.
C| SYURGA DADDY [REVAMP] by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 827,037
  • WpVote
    Votes 21,793
  • WpPart
    Parts 55
[Complete] SYURGA DADDY by Greenlope @ Nana Khairi Revamp 2025 Balik Malaysia lebih awal sepatutnya jadi peluang untuk Keisha Ardiena sembuh hati selepas putus cinta dengan ex-boyfriend. Dia cuma nak hidup tenang, jauh dari drama dan kenangan lama. Tapi takdir memang suka main-main dengan dia. Tup-tup, dalam sibuk menyesuaikan diri di tanah air, dia terserempak dengan seseorang yang tak pernah dia fikir akan muncul balik dalam hidupnya - ex sugar daddy. Pertemuan semula yang sepatutnya sekali lalu, bertukar jadi kusut bila Keisha mula sedar... dunia mereka sebenarnya jauh lebih rapat daripada yang dia bayangkan. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan semua orang di sekelilingnya mula tahu siapa sebenarnya lelaki itu dalam hidup Keisha.
C| PHILOPHOBIA  by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 52,733
  • WpVote
    Votes 2,486
  • WpPart
    Parts 49
PHILOPHOBIA By greenlope Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagianya bertukar menjadi mimpi ngeri - Airyn berdiri sebagai saksi tunangnya melafazkan akad nikah untuk perempuan lain. Luka yang terlalu dalam membuatkan dia meninggalkan segalanya, membeli tiket terakhir ke Edinburgh untuk merawat hati yang hancur. Namun, di kota asing itu, takdir mempertemukannya dengan lelaki yang sama sekali tidak dia duga - tertanya itu titik permulaan takdir yang memepertemuka dengan lelaki yang perlahan-lahan merobohkan tembok hatinya dan mengajar erti cinta yang sebenar. Tapi mampukah Airyn kembali percaya... bila luka lama masih membekas, dan cinta baharu hadir dengan rahsia yang lebih rumit daripada yang dia sangka?
C| Healed: Thalea Reanne  by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 1,264,253
  • WpVote
    Votes 32,868
  • WpPart
    Parts 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi selama ni sanggup berpaling-bukan dengan orang asing, tapi dengan sepupu kandungnya sendiri. Hati dia hancur. Harga diri dia diludah tanpa belas. Tapi itu cuma permulaan. Dalam satu insiden perangkap yang hina, dia 'tertangkap' bersama Carl-lelaki yang tak lain adalah tunang kepada adiknya sendiri. Demi nama baik keluarga, demi elak aib lebih besar, mereka dikahwinkan dalam keadaan terpaksa. Thalea benci dia. Carl pun tak sudi. Tapi dalam gaduh, dalam diam, dalam luka yang terbuka-Carl mula nampak sisi Thalea yang tak pernah ditunjukkan orang. Perempuan yang kuat, tapi selalu disalahkan. Yang nampak keras, tapi hati dia penuh parut. Dan satu demi satu... Benci itu hilang. Diganti dengan rasa yang lebih dalam, lebih jujur. Tapi masa silam tak pernah tidur. Rezza, lelaki psiko yang tak boleh terima kenyataan, masih memburu Thalea. Dan kali ini, dia sanggup buat apa saja... termasuk membunuh. "She lost everything... until he became her everything." "Carl didn't just love her. He healed her."
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,354,972
  • WpVote
    Votes 302,323
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*