harleenxira
3 stories
Mr.Hoodie Pujaan Hati | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 4,243,474
  • WpVote
    Votes 133,220
  • WpPart
    Parts 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't undo the time. *** Bagi Dhia, tak salah rasanya kalau dia cuba mencari kawan baru dan berbaik dengan semua orang. Boleh juga mengelakkan permusuhan. tak gitu? Tapi, mamat ber'hoodie' hitam ini pula tunjuk perilaku sombong. Pelawaan Dhia untuk menjadi kawan ditolak mentah mentah. "apa? kau ingat aku ni ada masa nak layan perangai budak budak kau tu?" -Farhan Iskandar Sudahlah dikutuk Dhia seperti budak budak, dikatanya pula Dhia ini mengambil kesempatan. "Tolong, behave yourself. Sudahlah suka suka peluk orang, hmph! perempuan memang suka ambil kesempatan eh?" -Farhan Iskandar Seperti 100% salah diletakkan kepada Dhia, ini memang tidak adil! Kejadian tersebut tidak saja berhenti setakat itu. Mereka berdua asyik bertemu. Dhia Irdina asyik tersenyum dan Farhan Iskandar asyik mendengus! Menyampah betul nampaknya dia. Sehingga satu hari, satu rahsia mula terbongkar. Hatinya remuk, nyawa pula menjadi taruhan. Dan saat itulah, sisi charming Farhan muncul. "I will protect you, kitten. Nobody can hurt or even touch you again, i swear." -Farhan Iskandar. Mampukah Farhan berpegang dengan kata katanya? Gadis yang dianggap menjengkelkan suatu ketika dahulu sudah kelihatan persis puteri raja di matanya. Kalau dah hati terikat sayang, apakah Farhan sanggup berkorban? Bagaimana pula Dhia Irdina? Jejaka separuh dingin separuh charming itu betul betul mencuri hatinya. Elok mereka memendam rasa yang sama, datang pula satu konflik yang memberi tamparan hebat. Dia harus memilih, antara cinta dan sahabat. Ataupun..dia bakal kehilangan segalanya? *** Cover by: @hdaynie❤️ Start : 1 January 2018 End : 28 December 2018 Latest updated: Buat kau yang dah baca sampai habis, sengaja datang sini untuk bagi spoiler kat ruang komen, kalau tiba-tiba kena mute jangan tanya kenapa. Ya saya jahat, terima kasih.
Roda Ferris by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 11,902
  • WpVote
    Votes 2,142
  • WpPart
    Parts 10
2021. Leen Tiarana. Seorang gadis muda yang bercita-cita ingin menjadi novelis terkenal. Ekoran ego bak pencakar langit, dia buat keputusan untuk tidak langsung bergantung kepada keluarga, dan hidup seorang diri sebagai novelis. "Aku akan buktikan, yang aku boleh jadi famous nanti!" -Leen Tiarana. Tanam ego tinggi-tinggi nak ke mana Leen Tiarana oi? Apabila dia jatuh terduduk, manuskrip berbelas kali kena tolak, duit pun dah kurang, hidupnya jadi kucar-kacir. Tapi dia masih tak mahu pulang ke rumah keluarganya. Malu nanti! "Hi, my sexy girlfriend," -Lyan Adriyan. Haaa sudah. Pertemuan di bawah Roda Ferris dengan seorang lelaki kacak, buatkan Leen Tiarana dalam dilema. Mestilah, tiba-tiba kena jadi girlfriend ni apahal? "Aku pakai tudung tau, kau panggil aku seksi? Kau ada otak tak? Kau sekolah tak?"-Leen Tiarana. "Untuk tiga bulan je, please! Aku bantu kau terbitkan novel!"-Lyan Adriyan. Atas kehendak ego dan kepentingan masing-masing, mereka akhirnya bersatu menjadi pasangan kekasih. Cukup tiga bulan, mereka akan putus dengan alasan Leen Tiarana sudah berubah hati. Noktah! "Janji kita sampai dekat sini je. Aku kena pergi," -Lyan Adriyan. Tiada perasaan? Tipulah. Leen Tiarana sering bermimpi dan Lyan Adriyan sering ternanti-nanti. Sudah banyak memori kelakar, cemas dan bodoh yang mereka lalui bersama. Di situ, muncul persoalan. Adakah Leen Tiarana akan mencuba nasib meluahkan perasaan? Lyan Adriyan pula bagaimana? Sanggupkah dia kembali ke Malaysia semula semata-mata demi sexy girlfriend nya? ***
Hero Dalam Irama | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 584,125
  • WpVote
    Votes 32,194
  • WpPart
    Parts 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka? "Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan. Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama. "Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima. Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri. "Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima. Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala. Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan? *** Cover by: @hdaynie❤️