my fav💕
5 stories
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,218,364
  • WpVote
    Votes 119,180
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
Seindah Takdir Umairah by lyafarhanx
lyafarhanx
  • WpView
    Reads 307,765
  • WpVote
    Votes 16,441
  • WpPart
    Parts 60
Dibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mengenai status dirinya. Tidak pernah dipinta tetapi itulah yang diterimanya. Kehidupan yang indah bersama nenek tercinta musnah begitu saja apabila wanita yang menjaganya sejak lahir pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dikutip kembali oleh keluarga yang pernah membuangnya kerana simpati si bapa tetapi kehidupannya mula dilanda kelam. Mencari sinar kebahagiaan bersama keluarga kandung ibarat mencari jarum dalam jerami. Tidak pernah ditemuinya. Bertambah derita apabila bukan sahaja keluarga membencinya tetapi lelaki yang bakal menjadi suaminya juga. Pada siapa dia harus bergantung lagi? "Umai tak pernah minta dilahirkan macam ni. Apa salah Umai?" -NUR UMAIRAH. "Salah kau adalah sebab kau lahir didunia ni. Aku takkan pernah mengaku kau sebagai isteri aku, Nur Umairah." -UMAR QAISER. Hubungan yang dibina atas desakan dua buah keluarga menambah benci Umar Qaiser padanya. Bermula episod duka dalam hidup Nur Umairah. Kebencian keluarga kandung dan suaminya membuatkan Umairah belajar mengenai sesuatu. TAKDIR. Takdir hidupnya yang telah disusun oleh Allah. Takdir yang tidak mampu ditukarnya. Takdir yang terlalu indah untuk dia menidakkannya. Dimanakah kesudahan derita Umairah bersama Umar Qaiser dan keluarga kandungnya? Temui jawapan akhir dalam SEINDAH TAKDIR UMAIRAH.... Karya kedua LYAFARHANX💕 Dilarang plagiat👊🏻❌ November 2020🏆 🥇Romance 🥇Derita 🥇Sedih 🥇Cry 🥇Anakluarnikah
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,527,861
  • WpVote
    Votes 140,156
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Ketua Pengawas Itu Suami Aku ?! by ha4huaira
ha4huaira
  • WpView
    Reads 747,646
  • WpVote
    Votes 32,660
  • WpPart
    Parts 39
newbie , first ff saiia :) story dia macam nii . Tengku Ariesya Arieyanna bt Tengku Azimi Azmir yg terpaksa pindah atas urusan keluarga dia . Dengan beratnya hati , dia terpaksa meninggalkan sahabat baiknya d Melaka , Izra dan Fasya . " Kau siapa nak aku hormat mix salute segala tu hah ?! mintak kuali ka kaki ? suka hati nak larang aku , huhh ! " - Tengku Ariesya Arieyanna . " Aku takkan suka dekat orang yg xpandai ada rasa hormat dekat aku " - Tengku Zafran Zulkarnain " Alahh , benci betul aku dengan budak baru ni . Sibuk ja jatuhkan ke'hot'an aku dekat skolah ni " - Tengku Aliesya Adrianna " Aku takpernah cinta dia pun . Aku tak serius dengan hubungan kami . Takda masa aku layan perempuan bajet alim tu " - Tuan Mohd Shameer " Dia akan jadi milik aku . Tengku Ariesya Arieyanna akan jadi milik aku " - Tengku Hakimi Hairul marii laa baca . first ff ni . Mari laa support saiia . Hehehe :) highest ranking : #9 in Ketuapengawas #6 in Ketuapengawas #5 in Ketuapengawas