pijah5077's Reading List
165 stories
Bukan Milik Abadi | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 69,435
  • WpVote
    Votes 5,539
  • WpPart
    Parts 62
BUKAN MILIK ABADI BY VIEPIXXA Siapa sangka dalam diam, ada dendam yang belum lunas. Kehidupan Fieqa yang dulu serba cukup hancur sekelip mata apabila nama baik keluarganya tercalar. Sewaktu cuba melarikan diri dari masalah, dia tersasar ke wilayah milik seorang lelaki misteri. Pemilik resort itu menahan Fieqa seakan ada kisah silam yang belum selesai antara mereka. "Lepaskan saya dulu dan saya akan pastikan saya bayar hutang tu dekat awak!" -FIEQA AYLARA "Pilih. Tetap terkurung di sini selamanya atau bebas sebagai isteri aku?" -QAYREL IZDAM Bagi Qayrel, memiliki Fieqa adalah keperluan demi rancangannya. Bagi Fieqa pula, menjadi milik lelaki itu adalah hukuman terberat. Kebencian menjadi permulaan lalu mereka terperangkap dalam permainan perasaan. Siapa jatuh cinta dulu, dia yang kalah. "Saya bagi awak pilihan. Kalau awak masih nak saya jadi isteri awak, buang dendam tu. Kalau awak lebih pilih dendam, ceraikan saya." -FIEQA AYLARA Apabila rahsia lama akhirnya terbongkar, masih adakah ruang untuk mereka memperbaiki segalanya atau semuanya sudah terlambat? "Dia bukan milik abadi dalam hidup aku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
My sweet Enemy  by YaraHelsa92
YaraHelsa92
  • WpView
    Reads 89,699
  • WpVote
    Votes 2,229
  • WpPart
    Parts 20
percintaan antara dua darjat. " Kau tu tak layak di panggil Boss kat syarikat ni.. and kalau kau nak tahu , kau hanya layak di. panggil " orang bawahan " - Hannah vyra " Luaran kau ni semua cukup sempurna tapi dalam hati kau ni busuk , Mulut macam kerang busuk, Semua serba tak kena " - Favien Jovil * Mereka di satukan oleh keluarga mereka .. apakah akan terjadi kepada Hannah dan favien ? teruskan membaca Novel saya 🤗..
Aayan's Valentine by elleciaa_
elleciaa_
  • WpView
    Reads 1,506,672
  • WpVote
    Votes 86,947
  • WpPart
    Parts 72
[ COMPLETED ] © 2021 ❦︎ 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 1 14 Februari. Tanggal yang seharusnya menjadi hari bahagia buat Nyla Iska berakhir dengan dirinya yang perlu menjaga si adik di hospital. Pada hari kelahirannya yang ke 21, Ayla dimasukkan ke dalam hospital. Tidak boleh dikatakan hari itu ialah hari yang malang. Pertemuannya dengan seorang jejaka yang mencuri hati menyebabkan dia tidak keruan. Tetapi kerana tidak mahu terlalu berharap, Nyla memutuskan untuk melupakan jejaka itu. Tuan Aayan Haziel. Siapa sangka jejaka pujaan ramai itu sudah memiliki permaisuri hati yang ingin dijadikan milik sepenuhnya. "See you again lady." Tekadnya yang ingin menjadikan gadis yang baru ditemuinya sehari membawa mereka ke jinjang pelamin jua. Dalam melayar kehidupan bahagia bersama si kekasih hati, satu persatu rahsia kian menerjah. Ianya memusnahkan segala yang dibina mereka. Aayan yang dahulunya penyayang berubah menjadi dingin. Tetapi wanita itu tetap dilayan baik, tidak langsung berkasar terhadapnya. "Jangan buat buat tak tahu. Awak layan saya macam ni, padahal baru je tadi awak-" "Naik Nyla. Jangan tidur lambat." Aayan memotong kata katanya lagi. Nyla mengeluh sambil matanya membawa pemergian Aayan. Wanita itu sudah penat. Kandungan dan penyakit yang dihadapinya menjadikan keadaannya semakin memburuk. Nyla terleka. Aayan tidak pernah meninggalkannya. Jejaka itu sentiasa mengawasinya, tidak kira jauh atau dekat. ❝Trust my action, not my words.❞ PLEASE READ ALL THE WARNING FIRST ! [Highest Ranking] #1 in watty - 20 Oktober 2021 #1 in husband - 4 November 2021 #1 in mafia - 3 Disember 2021 #1 in action - 16 Disember 2021 #1 in anxiety - 17 Disember 2021 #1 in romance - 27 Februari 2022 #1 in sad - 21 Mac 2022 #1 in sick - 3 Mei 2022 #1 in random - 25 November 2022
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 271,174
  • WpVote
    Votes 17,268
  • WpPart
    Parts 70
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
Reincarnated Mortella √ by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 6,297
  • WpVote
    Votes 718
  • WpPart
    Parts 34
Transmigrasi | Oujo no harem | Fantasy Mortella Noire, seorang pembunuh upahan yang terkenal peringkat nasional dengan kehebatannya dalam bergerak dalam bayangan, memburu dan membunuh setelah bayaran. Namun, nasib membawanya ke sesuatu yang tidak dijangka. Entah bagaimana, dia terbangun dalam tubuh seorang puteri terbiar, Puteri Mortella Noire dari Kerajaan Eryndale. Nama yang sama, tetapi kehidupan yang berbeza. Puteri itu cantik, namun tubuhnya pucat dan sering disisihkan, dianggap tidak berguna kerana tiada kuasa oleh adik beradiknya dan orang sekelilingnya. Bagi Mortella, ini adalah peluang keemasan. Dengan wajah baru dan status sebagai seorang puteri yang tidak dipedulikan, dia dapat merahsiakan kewujudannya sepenuhnya. Tiada siapa akan mencurigai seorang puteri yang lemah lembut dan kelihatan tidak berdaya sebenar pembunuh. Di sebalik pintu istana dingin, dia mengatur kehidupannya semula. Walaupun dia tidak lagi ingin terlibat dengan dunia pembunuh upahan, kebolehannya tetap berguna untuk melindungi diri sendiri. Dalam diam, dia cuba untuk bertambah kuat agar mampu menggapai kehidupan yang selesa. Start: 21/10/25 End: 20/03/25, esok raya. © Nice cover by Ai.
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 231,100
  • WpVote
    Votes 10,230
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 1,148,584
  • WpVote
    Votes 49,990
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 56,489
  • WpVote
    Votes 2,445
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 419,832
  • WpVote
    Votes 31,245
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow