MALAY🌼
142 stories
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 802,080
  • WpVote
    Votes 43,700
  • WpPart
    Parts 40
[ BUKU 1 ] "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni boleh jadi manis." - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas, tak menyusahkan orang cari ikan. Dasar scammer ikan." - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat, hingga laut. Muaz tak pernah bertemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Hakimi, juga Haji Samir. "Siapa jantan tu? Seronok sangat sampai tiap hari kau pergi jumpa dia?" Oh-! Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Mata bundar Malaika yang berkaca-kaca seakan menghidupkan semula jiwa Muaz yang telah lama mati. Rasa sakit. Sudah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di tengah lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali dengan kehadiran Malaika. Dialah atma, satu-satunya jiwa Muaz Akasa.
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,302,275
  • WpVote
    Votes 91,142
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Aku bukan Nain✓  (new story + OG)  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 34,006
  • WpVote
    Votes 2,698
  • WpPart
    Parts 15
BOOK #3 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain . . Bismillah Mungkin semua kenal siapakah Nain, mata pula hanya tertumpu pada remaja lelaki itu. Lalu Salahuddin terus tenggelam walaupun bagaimana dia cuba untuk menarik perhatian insan di sekeliling. "Kak Huda, tadi dekat sekolah... Salah dapat pingat dalam merentas desa. Tahu dah, Salah memang hebat pun." - Salahuddin "Salah, berhenti. Awak cuma adik Nain pada mata akak. Fokus pada SPM, jangan bazirkan masa macam ni..." - Nurul Huda "Ayah kau HIV, kan? Anak penagih dadah rupanya." - Khaifa "Saya suka awak." -Hani Terkadang Salahuddin penat asyik dibandingkan dengan arwah abang sendiri. Iskandar Dzulkarnain telah lama mati. Maka mengapa semuanya tidak mahu menerima hakikat itu? "Along dah mati. Membazir air mata je ibu menangis macam ni. Tak payah bacakan yassin untuk dia. Dia dah mati, MATI." -Salahuddin "Maaf, ibu tetap sayang along. Dia cinta hati ibu dan selamanya akan begitu. Salah hina along lagi, ibu takkan maafkan Salah." -Raudhah Sampai bila nama Nain akan terus menyeksanya? Wajah Nain, Salah tahu bagaimana. Namun, secebis kenangan silam tidak pernah diingati remaja lelaki itu. Nain tetap menjadi lelaki asing dalam diari hidup Salahuddin. START : 14 Dec 2020
Dɪᴀ, Kᴀᴡᴀɴ Aᴋᴜ ✓ | کاون by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 21,122
  • WpVote
    Votes 452
  • WpPart
    Parts 4
BOOK #2 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (Sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad) Bismillah Satu kemalangan ngeri merampas kesemua yang dia miliki hinggakan tidak terdaya lagi. Menjadi anak yatim piatu dan tinggal sebumbung dengan salah seorang adik-beradik yang paling dibenci hadir sebagai pakej. Fahim Luth. Seorang ketua pelajar sekolah, calon harapan SPM dan sahabat kepada Iskandar Dzulkarnain. Pertemuan pertama dengan Iskandar tidaklah menyedapkan hati mana. Namun, perpisahan dengan remaja lelaki itu merentap seluruh kudrat yang ada. Ada janji yang perlu dipegang. "Aku nak kau putus dengan Zulaikha... Dia tu adik aku!" -Iskandar Dzulkarnain- "Along dah apply untuk adik masuk medical school." -Fakhri Dia tertanya-tanya, mengapa tidak ditarik sahaja nyawanya seperti yang lain? Dunia asyik menindih diri itu hingga tiada ruang untuk bernafas. "Kau patut mati dalam kemalangan tu. Hidup pun asyik menyusahkan orang." -Kak long- "Sekali pun Fahim pergi dulu, Ika tetap akan tunggu Fahim." -Zulaikha- *** Nota kaki: Buku ini ialah kisah Fahim, sahabat baik Iskandar Dzulkarnain. Boleh baca novel pertama dahulu untuk pemahaman yg jelas.
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 212,167
  • WpVote
    Votes 19,673
  • WpPart
    Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C] by Laila5728
Laila5728
  • WpView
    Reads 124,080
  • WpVote
    Votes 9,598
  • WpPart
    Parts 143
Bekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui diri mereka.Siapakah dia? Pertembungan mereka bertujuh dengan seorang gadis misteri yang mempunyai hubungan dengan Mimi telah mengungkap segala misteri berkaitan mereka. Organisasi telah mendapat berita yang mengejutkan,iaitu perang akan dilancarkan oleh kerajaan Alvisa! Dapatkah perang itu dimenangi oleh mereka?Adakah Seven Princesses berjaya balas dendam dan membangunkan semula kerajaan mereka?Atau perkara yang akan terjadi,adalah sebaliknya..? START:Tak ingat😂 END:17 Disember 2018 [SILA BACA FIRST LOVE:SEVEN PRINCESSES,SEVEN SPIRITS OF ELEMENTALS TERLEBIH DAHULU]
Muzika Melodia by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 514,686
  • WpVote
    Votes 41,905
  • WpPart
    Parts 95
Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik. Alat muzik? Semua orang boleh latih diri untuk main. Eh, tapi bukan untuk sekolah ini. Ochestra World. Setiap penghuni dunia ini pasti akan dilahirkan dengan satu tanda lahir di mana-mana bahagian tubuh badan. Tanda lahir yang mana memastikan kelebihan seseorang itu untuk memainkan sejenis alat muzik. Setiap seorang, pasti akan memiliki bakat khas untuk satu alatan muzik. Tapi tidak bagi Hailey, seorang gadis Perancis yang dilahirkan dalam keluarga Chanson. Keluarga yang mempunyai kelebihan untuk memainkan semua alatan muzik. Namun, keluarga inilah yang diburu dari zaman dahulu kala oleh sesebuah pihak. Bersembunyi di sebalik bayangan magis piano, Hailey memencilkan diri. Tibanya surat diraja buat keluarga mereka, menjunamkan lagi nama keturunannya. Adakah hanya dengan muzik, segalanya bakal terbongkar bagai tidak terusik? "Let the music begin." • ────── ✾ ────── • Best achivement : The Watty Award 2019 Winner #1 in Fantasy #1 in Adventure #7 in Teen Fiction Ditulis pada tahun : 2018 ♡ Sumber : Wattpad ♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay