XFantasy books
24 stories
The Fallen Angel by chiwooverse
The Fallen Angel
chiwooverse
  • Reads 193,187
  • Votes 14,985
  • Parts 56
Hidup Ryan tidak mudah. Ayahnya tidak bekerja, adiknya pula tidak sekolah. Ryan dan adiknya bekerja sambilan untuk membantu keluarga mereka. Ibunya sudah meninggal dunia. Dia gagal untuk peperiksaan kemasukan sekolah, tetapi diberi peluang. Di sekolah, dia dianggap paling lemah. Ini semua rancangan Mr. Hyun untuk memalukan dirinya kerana Mr. Hyun berdendam dengan ayah Ryan. Tiba-tiba dia diberi kuasa yang paling unik dan hanya dia seorang sahaja yang ada. Bagaimana dia mengubah segalanya dengan kuasa yang diberikan? 21/12/17: #13 22/12/17: #11 24/12/17: #8 24/12/17: #5 26/12/17: #4 27/01/18: #12 Complete: 27/12/17
Koa : Trash Prince  by n_nisss
Koa : Trash Prince
n_nisss
  • Reads 3,975
  • Votes 449
  • Parts 32
Putera sampah Itu sememangnya gelaran yang tidak asing bagi seluruh kerajaan. Tetapi apa benar dia itu sampah? Mengapa sampah ada mimik yang gila seperti nikmati sesuatu? ................. "Aku memang sampah tapi aku bukan bodoh" - Trash Prince "Tuan muda...apa anda akan terlibat dalam perang saudara?" - pelayan setia "Aku tidak tertarik tahkta tetapi tertarik bagaimana perang saudara ini akan berakhir.Siapa yang lebih serakah?" -Trash Prince ............... Namun tiada siapa tahu Putera sampah yang lama telah mati.Jasadnya digantikan jiwa yang cukup insane.Dia memerintah disebalik tabir dengan topeng sampah ini. Bergerak seperti angin Langkahnya ada bayangan besar menakutkan Senyuman menyerlah seperti kehangatan matahari Tenang seperti air Tetapi ada satu je.... Kesenangan melihat semuanya bagaikan papan catur tanpa diketahui oleh sesiapa...itu mengerikan. Apabila menyelam air laut semakin dalam semakin gelap bukan? Kebenaran dan kisah silam semakin terungkap membuatkan putera sampah terpaksa turun tangan demi amanat yang terukir di kertas. ..... Ps : ini story ketiga nis buat....harap enjoy dengan imaginasi nis...nis terinspirasi dengan beberapa komik dan novel yang nis baca...idea selebihnya murni dari imaginasi nis... Novel ni slow up yer.
Ericsson: Si Penyihir Immortal by Choco_mint2704
Ericsson: Si Penyihir Immortal
Choco_mint2704
  • Reads 31,614
  • Votes 3,507
  • Parts 37
Ericsson merupakan seorang budak remaja yang tinggal bersendirian di sebuah kawasan Hutan Evergreen yang tidak dapat ditemui oleh sesiapa. Kerana kesepian, dia mempelajari banyak perkara tentang magis termasuklah mempraktikkan magis purba yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Dia juga belajar mencipta & menghasilkan boneka magis yang mirip seperti manusia & memiliki pemikiran malah emosi yang tersendiri. Apa yang lebih menarik, dia juga memiliki kelebihan untuk berkomunikasi dengan haiwan malah menjadi sahabat dengan mereka. Bukan itu sahaja, Eric mampu menghasilkan ubatan herba malah Potion/serum yang tidak dapat dihasilkan oleh orang lain. Walaupun begitu, kehidupannya berubah sebaik saja seorang pemuda telah menemuinya ketika dia sedang memburu di hutan. Sehingga tanpa dia sangkakan, akan menerima sebuah tawaran untuk ke sebuah akademi magis yang sangat luar biasa. Walaupun begitu, dia pada mulanya menolak tetapi atas beberapa alasan, akhirnya dia menerima tawaran itu. Tapi banyak perkara yang dia tidak tahu berkaitan dunia luar. Begitu juga dengan perubahan peredaran zaman sejak di berada di dalam hutan itu. Eric bukan saja mahu memasuki akademi itu malah dia juga mahu mencari kedua-dua ibubapanya yang hilang tanpa jejak. Membesar bersama puak raksasa mistik yang ditakuti oleh manusia bukanlah sesuatu yang sangat menyenangkan bagi orang lain tapi tidak pada sang remaja itu. Mampukah Eric menemui kedua ibubapanya yang hilang tanpa jejak itu? Siapakah puak raksasa mistik yang menjaga Eric itu? Ikuti kisah Ericsson Walker dalam pengembaraannya untuk mencari identiti dirinya itu...
Sumpahan Abadi Hikaru by Choco_mint2704
Sumpahan Abadi Hikaru
Choco_mint2704
  • Reads 16,030
  • Votes 1,675
  • Parts 33
Hikaru Ryuichi merupakan seorang remaja yang memiliki kuasa yang sangat luar biasa atau overpowered. Walaupun begitu, dia memiliki sebuah kisah yang menyedihkan yang disembunyikan disebalik keceriaan dirinya itu. Hidupnya tidak seindah yang orang lain bayangkan kerana dia harus menjaga 2 orang adiknya yang salah satu daripada mereka mengalami masalah kesihatan. Bukan itu saja, dia juga harus berjuang melawan masalahnya sendiri iaitu sebuah sumpahan abadi yang memberi kebaikan malah keburukan pada dirinya. Dia juga telah menderita dengan pelbagai perkara sebaik saja dia mulai tinggal bersama makcik & pakciknya tetapi dia senang kerana adik-adik yang lain dijaga dengan baik berbanding dirinya. Sebagai seorang abang paling tua dia harus mengharungi pelbagai perkara termasuklah dunia belajar di sebuah universiti yang sangat terkenal yang tanpa dia fikir akan pergi. Dia menyangka hidupnya bakal berubah akan tetapi hal itu sama sekali tidak seperti yang dia bayangkan malah jauh lebih teruk dari apa yang dia bayangkan. Dia seringkali dibuli & diremehkan malah dihina kerana kekurangan dirinya itu tapi dia tidak pernah mengalah untuk terus melawan. Dia hanya menumpukan pada pelajarannya & tidak menghiraukan orang yang membencinya. Tanpa dia sedar, dia juga telah bertemu seorang sahabat yang setia membantu dirinya. Walaupun dia gembira akan hal itu, dia sebenarnya turut bersedih akan hal itu kerana harus merahsiakan sesuatu yang sama sekali dia tidak suka kongsikan. Mampukah dia merahsiakan perkara itu buat selamanya? Apakah kisah disebalik sumpahan diri Hikaru itu? Apakah penyebab dia masuk ke universiti itu? Ikuti kisah Hikaru Satoru dalam menjalani hidupnya dalam mengharungi kesemua cabaran hidupnya..
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Zariel:Budak Berhood Putih
Choco_mint2704
  • Reads 160,500
  • Votes 17,993
  • Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
CRAYON : 2RASCAL (SEASON 1)™ by Wanzenith
CRAYON : 2RASCAL (SEASON 1)™
Wanzenith
  • Reads 7,267
  • Votes 1,580
  • Parts 70
"Kau.. Siapa kamu berdua hah?!" Dua pasang mata saling berbalas pandangan. Wajah masing-masing datar tanpa secalit perasaan. Terus mereka menunding jari ke arah satu sama lain sebelum serentak berkata.. "Two Rascal?" Ikhwan Syah Solleh. dan.. Shiro Ryuzaki. Nama yang tidak lagi asing bagi pelajar dan guru di Tokyo Metropolitan Highschool, Jepun. Juga, dua nama yang sering naik dalam laporan Persatuan Pelajar. Laporan yang baik? Sudah tentu tidak! "Weh, Wan. Berapa kena masuk hospital tu?" "Tiga? Tak pun lima? Kau?" "Kena kira ke?" "Apa function kau tanya aku setan?" Khabar angin mengatakan, kau tak akan selamat jika mencari masalah dengan salah seorang daripada mereka. Gelaran mereka sahaja sudah buat orang gerun. Nampak sahaja rambut hitam dan putih mereka, lebih baik kau lari! Namun, tak mungkin mereka jadi sebegini tanpa sebab bukan? Kedua-duanya ada masalah. Ada cerita disebalik sifat nakal dan manisnya senyuman di wajah masing-masing. Mereka hanya remaja yang membesar sama seperti yang lain. Tapi sama ke suasananya? Tidak sama sekali. Dan bagi mereka.. "We can't change the past,but we can change the future, I still got a chance right? Mother?.."- Ikhwan Syah Solleh ".. Unconditionally makes you feel unloved."-Shiro Ryuzaki
Unreachable Princess by luvvakie
Unreachable Princess
luvvakie
  • Reads 202,890
  • Votes 16,918
  • Parts 48
Aella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihormati dan digeruni oleh ramai orang kerana sikapnya yang dingin dan 'straight-forward'. Namun hidup gadis itu jauh bertukar 360 darjah setelah tersedar dari koma dan mendapati dia berada di dunia lain dari dunia asalnya. Ya, dia transmigrated. Magik, Elves, Human-Beast, Dwarves, Spirit, Demon, Dragon dan banyak lagi mahluk mistikal merupakan perkara biasa di dunia ini. Tapi yang luar biasa ialah Aella disini merupakan puteri ke-7th di Estella Empire yang bernama 'Liviania Avira Xavier' yang terkenal dengan gelaran 'Useless Princess'. Dia hanya Princess dinama sahaja sehingga maid pun tidak tunjukkan perasaan hormat langsung terhadapnya. Sedangkan maid begitu, apatah lagi keluarganya? Tapi sayang. Aella bukan naif seperti Liviania yang 'innocent' dan 'pure'. Kasih sayang? Perhatian? "Nah. I don't need it. So, lets live 'our' life in 'our' way." Daripada 'innocent-pure-kind' Princess kepada 'lazy-cold-straight forward 'Princess. Tapi tak sempat berlangsung lama hidup 'tenang-mewah-simple' nya sebelum Imperial Family yang dulu mengendahkan dirinya kini mula memberikan perhatian. Maid yang dulu memperlekehkan dia kini menggigil ketakutan ketika hanya mendengar suaranya. Begitu juga dengan orang-orang disekelilingnya yang mula tertarik dengan 'Liviniania yang baru'. ••• > LANGUAGE : MALAYSIA+ENGLISH > GAMBAR/PICTURE FROM PINTEREST AND NOT MINE [DISCLAIMER] SEMUA WATAK DAN ALUR CERITA HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. ANY RESEMBLANCE TO ACTUAL PERSONS, LIVING OR DEAD, OR ACTUAL EVENTS IS PURELY COINCIDENTAL.
Be The Villains/Hero Again[Complete] by shoyuuji3
Be The Villains/Hero Again[Complete]
shoyuuji3
  • Reads 56,400
  • Votes 6,070
  • Parts 62
(Dalam book nih ada season 1/2) Boboiboy yang sangat disanjung tinggi oleh TAPOPS akhirnya dibuang dari TAPOPS hanya disebabkan salah faham yang berlaku di planet Garuda. Perkara itu menyebabkan Boboiboy sangat kecewa dengan ahli TAPOPS dan kawan baiknya sendiri. "aku dah buat keputusan.." Pengambilan ahli baru sebagai ejen muda menarik minat Boboiboy untuk menyertai program tersebut. Pada masa itulah,Boboiboy dan Ali berjumpa dan menjadi kawan baik. "jom sama-sama kita menjadi Ejen Terbaik!" Harapan mereka musnah sekelip mata. Melihat orang tersayang sanggup berkorban demi mereka berdua. Dendam yang disimpan mulai mengawal diri. Pada masa itu,hari yang ditakuti akhirnya berlaku. "BE THE VILLAINS" ... semua watak hanya dipinjam dan tiada kena mengena dengan hidupan sebenar. jalan cerita dari otak sendiri👍 DILARANG COPY PASTE MY STORY!🙅 jangan lupa vote dan coment😚 ❗❗for the information of all the readers of my story...my story is not BL please understand if you don't understand it means you are one of the stupid people...my story only shows the love of siblings and best friends nothing more than that...that's it❗❗
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete] by Choco_mint2704
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
Choco_mint2704
  • Reads 137,205
  • Votes 12,969
  • Parts 93
Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kerajaan kerana sebuah kejadian sehingga bangsa ini pupus melainkan Yuki yang kini merupakan bangsa yang terakhir. Disebabkan dia berbeza dari yang lain, dia di pulaukan oleh budak-budak yang seumur,lebih tua darinya atau lebih muda darinya kerana itu dia tidak mempunyai sahabat walaupun disayangi oleh penduduk di kampungnya atas jasa kebaikan yang dia buat. Tetapi dia tidak kisah, dia tetap bahagia kerana masih ada orang yang menyayangi nya. Apakah perkara yang akan Yuki hadapi selepas ini?Adakah hidupnya akan berubah? Adakah dia akan bertemu sahabat yang sudi bersamanya? Ikuti Kisah Hidup Yuki dalam meneruskan kehidupannya Tanpa Orang yang tercinta malah tanpa suaranya.
Legend Beast ✅ [Complete] by Un__Name
Legend Beast ✅ [Complete]
Un__Name
  • Reads 50,625
  • Votes 6,731
  • Parts 55
Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya. "Kenapa aku jadi binatang?!! Arghh!! Patut aku jadi pangembara yang ada [cheat] dan OP! Arghhh!!!," -Rain "Hei! Serigala ni comel dan jinak apa kata kita bela?!" -Sara "Kenapa kadang-kadang aku rasa serigala ni macam seseorang yang menjijikkan?," -Ivy "Hmm... Hehe tak adalah teruk sangat jadi binatang ni, aku dapat dekat dengan gadis-gadis cantik. Ahak! Ahahhahahahaha!!!" -Rain 14 April 2020 Complete: 26 August 2022