KhadijahAziz9's Reading List
8 stories
Healer Of The Devils Heart (EBOOK) by Miogazza19
Miogazza19
  • WpView
    Reads 24,541
  • WpVote
    Votes 512
  • WpPart
    Parts 27
Menceritakan enam orang sahabat yang paling erat sejak dari kecil lagi. Mereka ini ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Suatu hari mereka dipertemukan dengan dengan seorang lelaki yang tidak mereka kenali yang bernama, Tengku Azrif Zack Lee. Namun, identiti dan status diri yang dipandang orang disembunyi disebabkan suatu peristiwa daripada gadis- gadis itu kecuali tunangnya, Raisya Dian Diana. "Awak berilah saya masa untuk tenangkan diri dan menerima semua ni. Saya janji saya akan balik ke sini semula selepas dua minggu. Tolonglah awak. Saya harap awak faham." teresak-esak Helima merayu kepada Hassanal. "Sampai hati awak hina saya. Awak ingat saya ni murah. KAU INGAT AKU INGIN SANGAT KE DEKAT KAU,JANTAN TAK GUNA. SEKARANG KAU BOLEH HINA,KEJI AKU. TAPI TIDAK SELEPAS INI, MUKA KAU PUN AKU TAK MAU TENGOKLAH. DASAR JANTAN TAK GUNA." antonasi Ishma sudah tidak terkawal lagi. "Sayang aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku dah buat kesalahan yang besar dekat kau. Aku minta maaf Anisya. Tolonglah maafkan aku." Hakim terus menerus meminta maaf selepas sahaja Anisya sedar daripada kejadian tersebut. "Jangan sentuh aku. Pergi kau dari sini. Aku tak mau tengok muka kau lagi. AKU BENCI KAU. AKU BENCI KAU. Mulai saat ini kau dan aku tidak ada apa-apa dan tak kenal antara satu sama lain dan aku harap kau juga buat yang sama. Sekali aku benci orang tu sampai bila-bila aku akan benci."ujar Tasnim. "Kau akan jadi bidadari aku tak lama lagi. Aku sayang kau Intan Nur Wajihah. Kau tak boleh larikan diri dari aku selepas ini. Sekali kau dalam dakapan aku,sampai akhir hayat kau tetap dalam dakapan aku." Apakah kesudahan cerita ini? Bagaimana enam sahabat itu bila berhadapan dengan musuh suami mereka nanti.? Adakah mereka dapat menerima sisi gelap pasangan mereka.? Nantikan kesudahan cerita tersebut dalam novel pertama sama.🥰🥰🥰
CINTA YANG MENGUBAT DERITA (SLOW UPDATE) by Miogazza19
Miogazza19
  • WpView
    Reads 52
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 9
Disebabkan hutang hidup penuh tekanan. Disebabkan hutang hidup sentiasa tidak aman. Tetapi perkara yang paling memalukan dan menyedihkan ialah maruah diri tergadai. Tiada ampun. Tiada belas ehsan. Detik hitam itu telah meninggalkan kesan yang paling pahit dan kejam kepada seorang gadis. Hutang memusnahkan kehidupan seorang gadis yang sentiasa dididik dengan agama. Nur Safiyya Safira. Seorang gadis yang kuat dalam menjadi dewasa. Pelbagai rintangan yang dihadapi bagi menempuh pemiutang yang mencarinya tanpa henti. Dia berjaya mengejar impiannya untuk menjadi seorang doktor bagi merawat orang yang memerlukan. Pertemuannya semula dengan seorang lelaki yang banyak mengajarnya erti kuat sebelum mereka terpisah mahu mengejar impian masing-masing. Dia ialah Muhammad Naail Nubhan. Lelaki itu tidak henti mencari keberadaan gadis yang ingin dimiliki namun tidak lagi menjumpainya kerana rumah itu sudah hanggus terbakar. Ketika mana hampir berputus asa, dia terlibat dalam satu operasi. Operasi yang telah mempertemukan dia dengan seorang gadis yang mempunyai persamaan seperti gadis yang sudah lama dicarinya. Namun tidak pula kepada Safiyya. Dia sehabis daya untuk mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu. Baginya lelaki itu tidak perlu berada dalam masalahnya. Biar dia selesaikan sendiri. Biar nyawa menjadi taruhan. Lelaki itu tidak perlu terlibat. Disebalik kematian ayahnya serta kesuciannya diragut tanpa ehsan terdapat satu rahsia besar. Rahsia yang akan menambahkan derita Safiyya yang sudah lama menderita itu. Disitulah bermulanya titik kebencian dalam diri Safiyya buat Naail. Naail sendiri tidak percaya dengan kebenaran yang terbongkar itu. Dunianya bagaikan hilang untuk seketika. Perkara itu amat menyakitkan hati. Perasaan bersalah dan kecewa terhadap diri sendiri serta gadis itu menggunung tinggi. Apa cara yang boleh dilakukan untuk memohon kemaafan? Apa cara yang boleh dibuat untuk menebus semua dosa itu? Sungguh dia buntu.
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT) by Miogazza19
Miogazza19
  • WpView
    Reads 131,077
  • WpVote
    Votes 3,692
  • WpPart
    Parts 91
Ajal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat menyanyangi adiknya, Muhammad Haider Zulkarnain. Lelaki yang ingin disatukan itu pula merupakan merupakan Kapten kepada kumpulan Black Shadow iaitu Kapten Muhammad Ghazi Al Quds serta memerangkap sahabat baik Haider. Setelah disatukan Hayfa menyangka kebahagiaan yang bakal datang namun derita yang diperolehnya.Apakan daya dia hanya menantu hendak menghalang sifat kebencian yang tinggi mak mertua terhadap dirinya. Dia rela. Dia terima. Kehidupan Nur Hayfa Zinnirah tidak pernah bahagia seperti orang lain setelah kematian kedua orang tuanya. Hidupnya banyak menderita. Allah menurunkan ujian kepadanya dan dia pula sebagai hamba sentiasa yakin dan percaya setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah dan kebahagiaan untuk dirinya pada masa akan datang. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Percaya dan yakin dengan Allah cukuplah sekadar tujuan kita hidup di dunia yang kecil ini. Mampukah seorang Nur Hayfa Zinnirah menjadi seperti keindahan namanya? Mampukah Muhammad Ghazi Al Quds melindungi dan menjanjikan kebahagiaan buat wanita itu? Mampukah Muhammad Haider Zulkarnain menjaga adiknya? Mampukah Nur Haiza Al Syifa menjadi seorang sahabat yang sentiasa mempertahankan sahabatnya? Sesungguhnya kemampuan itu datang daripadaNya. Dan percayalah jika seseorang itu sudah mempunyai tekad dalam diri,dia akan mampu untuk melakukan perkara yang menjadi tujuan mereka kepada seseorang itu dengan izin-Nya.
SUAMI KU LECTURER by csya29
csya29
  • WpView
    Reads 76,407
  • WpVote
    Votes 1,869
  • WpPart
    Parts 41
💕 SINOPSIS NOVEL: SUAMI KU LECTURER 💕 Nur Umairah Batrisya, seorang mahasiswi tahun akhir yang ceria, kuat semangat dan berdikari, tidak pernah menyangka akan dijodohkan dengan seorang pensyarah muda yang tegas dan penuh prinsip, Tengku Ukasyah Arief. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi demi menjaga maruah dan keluarga. Di sebalik wajah garang dan dingin Tengku Ukasyah, tersimpan seribu rahsia dan luka lama yang belum sembuh. Umairah pula berusaha keras untuk menyesuaikan diri sebagai isteri muda dan pelajar, di samping menyimpan impian untuk mengubah dinginnya hati sang suami. Namun, mampukah sebuah perkahwinan tanpa cinta bertahan? Atau mungkinkah benih cinta akan mula bercambah apabila dua hati yang berbeza dunia ini mula belajar mengenali makna sayang, pengorbanan dan kesetiaan?
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED] by HilmiSpencer
HilmiSpencer
  • WpView
    Reads 2,275,381
  • WpVote
    Votes 42,998
  • WpPart
    Parts 81
Irfan - Seorang lelaki 23 tahun berkahwin dengan budak perempuan yang baru 17 tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang menjadi kegilaan pelajar lelaki. Dan juga mempunyai ex boyfriend yang masih menagih cintanya. Kekasih lamanya yang merupakan isteri kepada kawan baiknya juga menaruh harapan padanya. Mampukah hubungan mereka bertahan? START : 13/11/2018 END : 25/12/2019
TAKDIR UNTUK DICINTA by KimwaStory
KimwaStory
  • WpView
    Reads 28,947
  • WpVote
    Votes 453
  • WpPart
    Parts 94
"Sampai bila awak nak kurung saya macam ni?" tanya Ardelia perlahan "Aku tak kurung. Cuma tak nak kau keluar masa aku tak ada." "Kurung! Awak kurung saya dah dua minggu! Tolonglah lepaskan saya... saya tak mahu hidup macam ni," "Jadi perempuan aku... dan kau akan dapat segalanya," tawar Khazan dengan suara mendatar, "Bertanggungjawablah atas diri saya... kalau awak memang tak berniat nak lepaskan saya," Ardelia... seorang gadis yang terpaksa meninggalkan tanah airnya dengan harapan untuk tinggal bersama ibunya di bandar lain. Namun pada suatu hari, dirinya telah dicemari oleh syaitan yang zalim dan tidak berhati perut, yang menyakitinya berulang kali tanpa rasa kasihan. " Dia membenci syaitan itu dengan sepenuh jiwanya." Khazan... adalah syaitan zalim yang tidak berhati perut, yang memaksa segala kekotoran ke atas dirinya (wanita itu)-wanita yang sangat dibencinya. Di luarnya nampak suci, namun di dalamnya busuk sekali. "Dia tidak akan sesekali mencintai wanita ini." Start up date : 10/1/26 Status karya ini : Dah tamat (nanti saya up kan satu persatu episode) Akhir sekali , Harap karya saya ini anda semua seronok dengannya
MR. SWEET MILIK HANA ✔️ by kyra_soo
kyra_soo
  • WpView
    Reads 27,381
  • WpVote
    Votes 945
  • WpPart
    Parts 32
Setelah kehilangan tunang di hari pernikahannya, Hana Fazira redha dengan aturan keluarga. Pertembungan dengan mamat annoying bernama Nazri Syahir cukup membuatkan Hana naik darah. Tanpa disedari, Nazri menjadi pilihan keluarga Hana. Kenapalah banyak- banyak manusia dalam dunia ni, Nazri juga yang dia jumpa. Kenapa? I cantikkan harini?" -Hana "Haah, macam lukisan Mona Lisa" -Nazri "Mona Lisa? Hey, you nak cakap I takde kening ke apa? Ni tak nampak ke kening I ni, lebat kot" -Hana Bercinta selepas nikah, itu persetujuan mereka. Untuk wujudkan keluarga harmoni katanya. "I pun terlibat dalam accident tu" -Nazri Sanggupkah Hana terima kebenaran disebalik kematian tunangnya, Uwais Hanafi. Masih ada kah sekelumit kepercayaan pada Hana buat Nazri?
Masihkah Ada Cinta Buat Aku? ( PBAKL 2023 ) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 647,940
  • WpVote
    Votes 5,233
  • WpPart
    Parts 20
Dia bergelar isteri.. Bergelar ibu... Mempunyai suami yg sangat mencintai sepenuh hati..Haris Dan anak yg amat menyayangi.. Serta hidup dalam kemewahan Namun Arisa sentiasa Berasa beban dan tidak bersyukur dgn anugerah yg ada.. Sekelip mata dunia indahnya berubah Hasad dengki seseorg.. Memusnahkan kepercayaan suami.. Dan anak2.. Diceraikan dan ditinggalkan sebatang kara Menyebabkan penyesalan yg xtertanggung 5 tahun berlalu Dipertemukan kembali Namun Haris bkn lelaki yg mencintainya seperti dulu Status bekas suaminya sbg majikan menjarakkan lg hubungan mereka. Serta anak2 yg lama tidak ditemui Arisa tabah menjalani kehidupannya Melupakan kenangan pahit Walaupun kebenaran masih belum terungkap Seseorg hadir dalam diam menyintainya Namun hati masih ada dia.. Haris kembali.. Masihkan cinta ada untuk bekas isterinya Atau buat Salina kwn baiknya.. Arissa...masih setiakah cintanya buat bekas suaminya atau Naufal lelaki yg tulus menunggu.. Masihkah ada cinta buat nya?