fav ✨
93 stories
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 319,980
  • WpVote
    Votes 12,612
  • WpPart
    Parts 66
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 356,139
  • WpVote
    Votes 13,598
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
ALTAF'S SAVIOUR by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 2,753,006
  • WpVote
    Votes 135,022
  • WpPart
    Parts 79
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
DELETE by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 129,919
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 2
delete sebab saya tak suka. muehehehe..
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 536,140
  • WpVote
    Votes 11,187
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 479,234
  • WpVote
    Votes 32,320
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 354,265
  • WpVote
    Votes 18,152
  • WpPart
    Parts 41
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞ Alaia Zanera, nama itu secantik gerangannya. Lemah lembut, manja dan sopan, itu antara karakter yang dimiliki gadis itu. Namun, tiada siapa tahu rahsia disebalik raut wajah polos itu. Hakikat sebenar, Alaia menyembunyikan sesuatu rahsia tentang dirinya. Selepas rahsia itu bocor, sudah tentu itu mengundang kemarahan keluarga Alaia. "Kenapa you setuju untuk kahwin dengan I, Nuh? Kenapa you setuju dengan permintaan papa? I berani kerat jari I yang I akan berubah, okay? Kita tak perlu kahwin." - Alaia Zanera. "Kau ni tak reti bersyukur ke?" - Hael Nuh. Ya. Itu arahan papa Alaia, Encik Adam. Gila, bukan? Tidak perlu rasanya mengheret Hael dalam masalahnya. Dia tidak mahu terikat dengan Hael. Dan dia juga yakin yang Hael juga tidak mahu terikat denganya. Hael Nuh, sebaris nama itu dulu sering dipuja Alaia. Siang dan malam, gerangan itu yang dicari Alaia. Hubungan kekeluargaan mereka cukup dekat. Dan kerna itulah, Hael patuh dengan arahan Encik Adam untuk berkahwin dengan puteri tunggalnya. Saban hari, perkahwinan yang mulanya terbina atas permintaan keluarga itu dirasakan lari dari paksi asalnya. "Isn't clear?" - Hael Nuh. "What?" - Alaia Zanera. "I have feelings for you." - Hael Nuh. Hael pilih untuk berterus terang tentang perasaan sebenarnya pada Alaia. Namun, segalanya terasa begitu pantas. Alaia masih dibelenggu kenangan dulu. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi Hael tidak mudah melatah. Hael masih tegar menanti dan cuba menambat hati si isteri. Namun... "I sakit Nuh... I sakit selagi bergelar isteri you. Tolong, lepaskan I. I don't want to be your wife anymore." - Alaia Zanera.
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 1,115,604
  • WpVote
    Votes 69,683
  • WpPart
    Parts 58
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,035,062
  • WpVote
    Votes 9,128
  • WpPart
    Parts 13
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?
SEMI;KOLON [TERBIT] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 158,747
  • WpVote
    Votes 2,436
  • WpPart
    Parts 13
2023. TERBIT 2026 © QASS PUBLICATION Sesukar inikah untuk dicintai dan disayangi oleh darah daging sendiri? Zinnirah Alwie tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Lebih-lebih lagi sebagai 'Irish Twin' yang kehadirannya dianggap sebagai malang dan pembawa sial. Berbelas tahun membesar di bawah bumbung yang sama, tetapi kasih sayang yang sepatutnya menjadi hak seorang anak terasa seperti sesuatu yang sangat asing buat diri kerdil itu. Di saat Mustaqim Alwie sentiasa menjadi pelindung setia sedari kecil, mama dan baba pula semakin menjauh seolah-olah kewujudannya adalah beban yang tidak akan pernah selesai. Dalam ruang yang sunyi, Zinnirah belajar untuk ketawa. Belajar untuk berdikari. Belajar untuk memahami perasaan mama dan baba. Dan... belajar memendam luka yang tidak pernah diberi ruang untuk sembuh. Sehinggalah suatu hari, dia bertemu dengan Absyar Abid, seorang lelaki yang boleh mengesan perasaan sedihnya tanpa dipinta. Di sisi lelaki itu, suaranya didengar dengan tenang, dan lukanya tidak pernah dihakimi walaupun dia telah menyaksikan sisi gelap Zinnirah. "I'm deadly serious. Saya ialah bukti cinta Allah kepada awak." - Absyar Abid Namun, adakah dia mampu menyembuhkan luka yang ditoreh sejak lahir? Atau... adakah sesetengah luka memang ditakdirkan untuk berdarah selamanya? "Aku penat, Absyar... Aku terlalu penat... Tolonglah lepaskan aku pergi..." - Zinnirah 🚨 WARNING 🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (domestic violence, incurable disease, anxiety, self-harm, suicide attempt, sexual harassment, rape) EMOSI BERAT! 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you ©TIENQOWIY #2 in sliceoflife - 10/9/23 #1 in sad - 9/11/23, 13/11/23, 19/12/23 #1 in angst - 6/12/23, 26/7/25 Start: 01/05/2023 End: 26/08/2023