Elly_ira's Reading List
50 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,803,915
  • WpVote
    Votes 411,773
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Action : Wais Ayden by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 26,307
  • WpVote
    Votes 2,051
  • WpPart
    Parts 18
Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpasnya Organisasi Hitam, mereka sangka semuanya berakhir namun semuanya silap. "Kita perlukan Red!" - KAPTEN HANIF "Saya kena balik Wais, demi rakyat kita yang tersekat di sana." - SITI MARWAH "Bawa saya sekali dalam misi ni." - WAIS AYDEN Mereka akhirnya dipertemukan kembali kerana misi baharu iaitu memburu Khalid. Siapa Khalid? Dan mengapa lelaki itu harus menyekat rakyat mereka yang bekerja di Marib, Yaman. "Kerana kita bukan Nabi." - KHALID Berkelana ke tanah arab demi memburu Khalid dan tujuannya. Namun mereka silap, yang Khalid mahukan bukanlah rakyat mereka. Tetapi mereka. "Wais Ayden sudah sampai ya?" - KHALID Dan detik itu, masih ada jalankah untuk mereka? Adakah Marwah mula menyesal meninggalkan anak-anak mereka? Bagaimana jika hubungan suami isteri retak sewaktu misi ini? "Demi Allah Marwah! Percayalah!" - WAIS AYDEN "Jangan bermain sumpah, Ayden." - SITI MARWAH Atau mungkin, Salah satu dari mereka pergi dahulu? Semuanya bakal terbongkar. "Allah.. Allah, tolong jangan lagi." - WAIS AYDEN Kerjaya atau Keluarga? *** Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 587,906
  • WpVote
    Votes 42,812
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷 by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 779,897
  • WpVote
    Votes 21,868
  • WpPart
    Parts 64
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta. Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta. Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri. Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri. Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda. Start : 7/8/2021 End : 24/9/2021
Tunang Untuk Dua Bulan [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 155,159
  • WpVote
    Votes 6,337
  • WpPart
    Parts 22
"Alia.. Nadia.. Sebenarnya Mak Long dah bincang dengan keluarga kamu masing-masing untuk meminang kamu berdua menjadi isteri kepada Azad dan Izani." Nama aku, Alia. Macam yang korang baca dari dialog dekat atas, aku dengan sepupu aku, kami berdua akan menjadi isteri kepada anak-anak Maklong. Haih.. Siapa yang nak kahwin dalam usia yang muda ini? Aku baru je masuk umur 25 tahun dan dah ada pula yang nak masuk line jadi suami aku. Orangnya pula... Nauzubillahiminzalik! Memang bukan taste aku lah kiranya! Muhammad Izani - Segak, hensem, kerja sebagai Chief Administrative Officer dalam syarikat milik keluarga mereka. Apa yang aku tak suka pasal lelaki ini? "Ini ke cara bercakap dengan orang yang setahun tua dari kau?" "Alia. Watch your words." "Kau kata apa tadi? Kalau kita tak suka satu sama lain, baru kita tak jadi kahwin, kan? Apa susahnya? Aku buat kau jatuh cinta dekat aku.." Nampak? Dia punya poyo, kerek, berlagak, bajet perfect - Sifat yang negatif semuanya ada dekat dia, lengkap! Nak pula kena kahwin dengan aku yang memang suka membebel, cepat marah dan tak kenal maksud mengalah. Huru-hara dibuatnya! Boleh ke aku dengan Izani survive dalam tempoh dua bulan bertunang? Tempoh bertunang itu tak lama dan tak sekejap. Aku dengan pelan untuk mansuhkan pertunangan ini dan dia pula, dengan pelan untuk buat aku katakan 'Ya, aku nak jadi isteri kau!' Siapa yang menang? Published on 25th April 2018
#GHOST2 (Sequel #GHOST) by ZuraNovelis
ZuraNovelis
  • WpView
    Reads 2,042
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 11
"When a man's ego is bigger than himself, he is looking for destruction."~Ghost Setelah Kimi Rafael a.k.a Ghost mengambil keputusan untuk kembali ke dalam hidup Dr Daryn Areena, dia hanya khuatirkan kerjayanya yang akan membahayakan nyawa wanita itu. Sedikitpun tidak terlintas tentang kisah silam isterinya. Semuanya dirasakan sempurna, sehinggalah Ghost berjaya menghidu bahawa isterinya sering berjumpa dengan seorang usahawan sarang burung walet yang kacak, kaya dan berjaya, ketika dia sedang sibuk menyelesaikan misi penting lagi rahsia di Filipina. Untuk menghalang Ghost dari campur tangan, dia telah dihantar ke luar negara untuk melakukan pelbagai misi dan latihan. Tanpa pengetahuannya juga, Alpha Team diarahkan supaya 'melindungi' isterinya daripada Boss, seorang penjenayah yang dikehendaki PDRM. Diganggu lelaki kaya dan penjenayah , hatinya tidak tenang. Kendatipun penuh misi, Ghost telah pulang ke Malaysia. "Saya tak pernah lupakan janji kita, dan saya tak pernah lupakan awak." ~ Jeff. Jeffrey, ataupun Jeff, rupanya telah terselamat dari kemalangan ngeri dan telah pun berjaya sebagai seorang usahawan. Beberapa tahun di Hong Kong, dia pulang untuk menuntut haknya. Malangnya, kekasih hati telah menjadi milik orang lain. Jeff yang disangka telah mati, tampaknya masih hidup dan masih mengejar cintanya. Cinta Jeff, bukan sekadar cinta mengakar setia. Ia bersulam dendam dan obsesi. "I'm back to reclaim what is righfully mine. If I can't have you, no one can. No one will!" ~ Jeff. Cuba mengatasi rasa cemburu dan bimbang dengan rasional, Ghost memulakan siasatannya sendiri. Masih cuba untuk merahsiakan identiti sebenarnya, Ghost terpaksa keluar dari sarangnya demi isteri tercinta. "Aku tahu siapa kau."~ Jeff. "Aku tak buat kerja jenayah." ~ Ghost Ghost, lelaki misteri itu kembali lagi. Kali ini untuk menyelamatkan isteri dan perkahwinannya. Berjayakah dia? Adakah rahsianya masih kemas tersimpul? "I would swim a thousand miles to come and save you."~ Ghost
Akhiri Derita Ini by mskuntum
mskuntum
  • WpView
    Reads 4,513
  • WpVote
    Votes 361
  • WpPart
    Parts 61
Bertemu tanpa sengaja untuk pertama kali telah berjaya membuatkan Bunga Sumayyah menanam rasa benci terhadap sikap Razeen Iman yang biadap. Dia sangka lelaki bandar itu hanya pulang untuk menghadiri kenduri tahlil datuknya ternyata disuruh menjaga neneknya oleh kedua ibu bapa. Selepas mengetahui kelemahan Razeen Iman, Bunga Sumayyah sering mengusik dan menyakat lelaki itu. Razeen Iman turut benci terhadap Bunga Sumayyah. Dia tidak suka apabila gadis itu sering mengusiknya sehingga hampir meragut nyawanya. Satu hari rasa bencinya diluahkan seraya membuatkan Bunga Sumayyah hilang dari pandangan matanya buat sementara waktu. "Mak tipu Bunga ke apa ni? Tolonglah cakap dekat Bunga yang semua ni mimpi." -Bunga Sumayyah Sedar saja daripada lenanya, Bunga terus dikahwinkan dengan lelaki berwajah sama seperti Razeen Iman tetapi namanya Haider Daniel. Berusaha Bunga mencari kepastian akan siapa gerangan lelaki yang sudah menjadi suaminya itu. Apabila kebenaran sudah terbongkar, cinta sudah bersulam, Haider Daniel pergi meninggalkannya. "I'm happy that you'll get out from this village later. Tapi sekali lagi saya nampak muka awak, demi Allah saya sendiri akan lamar awak. Saya akan paksa awak untuk kahwin dengan saya." -Bunga Sumayyah "Fikir aku akan takut kau ugut aku macam tu? Kau ingat aku nak kahwin dengan kau?" -Razeen Iman Razeen Iman sangka itu hanya ugutan biasa ternyata Bunga Sumayyah benar-benar melamarnya. Lamaran diterima tapi bukan atas dasar cinta. Hari demi hari yang mereka jalani terasa semakin sulit. Razeen Iman mula berubah bukan kerana perempuan lain tapi kerana terlalu taksub dengan kerjanya sehingga Bunga Sumayyah diabaikan. Berbulan Bunga Sumayyah cuba memendam rasa sebelum dia bertindak membawa diri. Namun, persoalan utama di sini adalah apakah asbab utama Bunga melamar Razeen Iman? Siapakah Haider Daniel yang telah menjadi suaminya secara tiba-tiba? Apakah punca Bunga Sumayyah mahu AKHIRI DERITA INI?
Suami Muda(✅) by suewisyakhaily
suewisyakhaily
  • WpView
    Reads 432,199
  • WpVote
    Votes 19,312
  • WpPart
    Parts 29
Suami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa Firdaus supaya dia berhenti lumba kereta. Seperti yang diperkatakan, mereka bersatu jua. Qistina dan Iman Firdaus, si suami muda 3 tahun. Macam manalah Qistina nak menghadap perangai suami mudanya ini? Firdaus kejap baik, kejap dingin. Pening kepala Qistina melayan. Ditambah lagi dengan bekas tunangnya. Double pening. "Aku sayang kau" - Firdaus "Saya tak pasti apa yang saya rasa pada awak" - Qistina "Ina, abang nak minta maaf" - Farid Ranking #2 in shortstory #4 in ceritapendek WARNING: This story is not mine. I am here just to share this story. And also it doesn't mean you can copy this story just because it's not mine.
PENGAWAS SEKOLAH ✔️ by mommypotato
mommypotato
  • WpView
    Reads 882,267
  • WpVote
    Votes 10,104
  • WpPart
    Parts 30
"stop lah buat hal! aku penat la!" kata lelaki itu "dah tu stop sibuk hal aku hehe" kata perempuan itu Semua character dalam ni bukan orang islam‼ #maturelanguage⚠️ #maturecontent⚠️
Aku Tetap Nak Kau! by ayusalehah
ayusalehah
  • WpView
    Reads 258,533
  • WpVote
    Votes 16,065
  • WpPart
    Parts 58
Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel "Aku takkan suka kau! Aku benci kau! Semua lelaki sama je!" - Aqilah Sejak kejadian yang tidak diingini itu, Zariel tidak henti-henti mengganggu Aqilah. Dia rela melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gadis itu. Disebabkan oleh masalah yang dialami Aqilah, dia terus menghilangkan diri tetapi takdir berkata lain apabila Zariel dipertemukan kembali dengan Aqilah. "Aku kahwin dengan kau bukan sebab aku suka kau pun tapi kau yang nak kat aku." - Zariel "Kalau aku ada pilihan lain, aku taknaklah kahwin dengan kau!" - Aqilah "Kau bukan isteri aku tapi kau orang suruhan aku mulai saat ni!" - Zariel Apa dah jadi ni? Bukan Zariel cintakan Aqilah ke? Kenapa lepas mereka bertemu kembali, Zariel seolah-olah jadi insan lain? Betul ke perasaan cinta Zariel terhadap Aqilah sudah terpadam? Nak tahu? Jom baca cerita ini! | Best Teen Fiction of Emirates Award 2018 | | 1st in Teen Fiction by Metacool Award 2018 | | Best Teen Fiction of Escritor Award 2018 | | The King of Teen Fiction by Probook Award 2020 |