by_asmirose
- Reads 41,718
- Votes 3,193
- Parts 26
DIA wanita yang tidak mendambakan kesempurnaan. Melakar bahagia dengan si kumbang impian? Jauh sekali dari kamus hidupnya. Tapi saat takdir tuhan sudah siap tercatur, siapa dia hendak melawan? Tidak pernah hatta sesaat pun terlintas di benaknya untuk dimiliki oleh jejaka seperti itu.
"Saya cuma nak awak ikhlas."- ARYANA FAZRINSYAH
"Saya tahu kita tak rapat sangat. Tapi saya akan cuba buat awak rasa dihargai. Buat awak rasa selamat di sisi saya."- KYLE CAIRO
Diberikan layanan tulus penuh kasih sayang daripada seorang suami, hati wanita mana yang tidak akan tersentuh? Setiap tingkahnya membibitkan perasaan halus dalam sanubari Aryana. Tetapi lelaki seperti Syed Kyle Cairo
adalah terlalu misteri dan membingungkan.
Sehinggalah..
"Don't bother me if you don't want me to kill your breath this night."-SYED KYLE CAIRO
Bungkam.
"Saya tak nak tengok muka dia lagi. Dia ingat dia tu siapa? Ke dia ni wanita psiko yang tergila-gilakan saya?"-SYED KYLE CAIRO
"Ya, saya perempuan psiko yang akan bunuh awak kalau awak terus berpura-pura lagi!"- ARYANA FAZRINSYAH
Lelaki itu muncul dengan lelaki versi baharu. Tragedi berdarah itu telah mengubah seratus peratus kehidupan Aryana. Dia hilang punca dengan hati yang rawan. Cairo yang kini dengan yang dahulu memang bagai langit dan
bumi. Haru hidup Arya dibuatnya.
Yang memburu masih menjadi persoalan. Darah yang menitis memperjudikan nyawa. Persoalan tergantung begitu sahaja.
"She's my wife. Mine only. Tak ada orang lain boleh sentuh dia."
Ada janji lama yang terkubur begitu sahaja. Juga teka-teki yang harus dirungkai. Memori yang berkecai seribu harus dicantum semula walaupun mereka tahu ada hati yang terpaksa. Tatkala bayang hitam mulai menghantui, mampukah sekeping hati itu akan terus bertahan?Atau memilih untuk berpaling ketika semuanya terjawab?