nramirabdrl's Reading List
4 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,933,579
  • WpVote
    Votes 1,982
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,933,181
  • WpVote
    Votes 15,566
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
- PENGORBANAN CINTA - [C] by NURADREENAASHEERABIN
NURADREENAASHEERABIN
  • WpView
    Reads 529,406
  • WpVote
    Votes 25,581
  • WpPart
    Parts 106
AMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta boleh membuatkan seorang yang waras boleh jadi gila. Di sebabkan cinta... Mawar sanggup berkorban.Tapi... hanya Mawar sajakah yang berkorban? Tanpa gadis itu tahu... ada seorang lagi yang sanggup berkorban untuk melihat dirinya bahagia. Dyzwar banyak berkorban bagi membesarkan adik kesayangannya.Tapi di sebabkan satu kejadian gelap yang menimpa keluarganya membuatkan Dyzwar kecewa akan Mawar. " Di sebabkan ini! Aku tak nak kau rapat dengan laki!" - Dyzwar. Mawar di paksa berkahwin bersama seorang lelaki yang sedikit berumur.Aryyan Deluca.Pakcik angkat rakannya. Perkahwinan yang di aturkan secara tertutup.Hanya keluarga terdekat saja yang hadir.Dan Aryyan meletakkan syarat hanya rakan - rakannya saja yang di jemput hadir. Awalnya memang gadis itu perlu melalui pahit manis bersama sang suami.Tapi pertengahannya membuatkan gadis itu berbelah bagi. " Uncle Aryyan lamar aku!" - Arissa. " Aku nak halalkan Arissa... tapi kau muasnahkan semuanya." - Aryyan. Di sebabkan satu persahabatan, gadis itu mengorbankan cintanya untuk sang suami demi melihat orang yang dia sayang, bahagia. " Awak kena jadi seorang suami yang baik tau untuk Arissa." - Mawar. Di waktu hari sang suami dan rakannya bersanding.Mawar telah menerima satu surat yang membuatkan jantungnya hampir saja terhenti. "Tolong, sayangkan dia macam mana,saya sayangkan dia." - Mawar. Pengorbanan Mawar terlalu besar.Hanya kerana ingin melihat sang suami, bahagia. Tapi ada seorang lagi yang mengorbankan cintanya lebih besar daripada Mawar. ________ ✨🦋✨ ________ STATUS : COMPLETE
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 10,638,508
  • WpVote
    Votes 88,153
  • WpPart
    Parts 15
TERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos 2022 Finish: 04 Januari 2023 All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2022