DONE READ✅
11 historias
My Beautiful Girlfriend ✔ por nuggetcaramel_
My Beautiful Girlfriend ✔
nuggetcaramel_
  • LECTURAS 55,910
  • Votos 5,377
  • Partes 31
[C O L D B O Y] Biasa orang cakap, benci benci lama lama jadi cinta. Walaupun mereka sudah bergaduh sejak dari umur 6 tahun, tidak pernah sekalipun salah seorang dari mereka rasa jatuh cinta. Mereka sering dijodoh-jodohkan oleh ibu bapa mereka kerana sudah rapat sejak kecil. Ibu bapa masing-masing pun sudah masak sangat dengan perangai dua mahluk tuhan yang asyik bergaduh saja setiap kali berjumpa kerana rumah mereka hanyalah bersebelahan. "Aih bosanlah duduk sebelah rumah kau ni. Asyik nampak binatang haram je," -Raissa Mikayla "Binatang haram pun tak pernah mengaku kau tu manusia," - Naqil Al-Falah Disebabkan Raissa adalah pelajar paling cantik di sekolah itu, tiada seorang pun perempuan yang ingin berkawan dengan Raissa secara ikhlas di sekolah itu. Kalau ikutkan Raissa memang dibesarkan tanpa kawan, kalau balik kampung pun semua sepupunya tidak mahu berkawan dengannya. Hanya Naqil seorang sajalah yang menjadi temannya dari kecil. Raissa adalah seorang youtubers yang terkenal dengan selalu membuat vlog setiap kali bercuti dan mempunyai 2 juta pengikut. Tapi, tipulah jika kata Raissa ini tiada haters. Disebabkan haterslah, tiada seorang lelaki pun mahu menjadi teman lelakinya kerana takut dikecam. Hidupnya terasa sunyi sehinggalah satu hari dia membuat keputusan untuk mencari teman lelaki. Mereka sangat berbeza kerana Naqil adalah pelajar yang dibanggakan sekolah atas kebijaksanaannya yang menyebabkan dia diiktiraf sebagai pelajar terpandai di Malaysia. Semua pelajar perempuan tergila-gilakannya kerana bukan saja hebat dalam akademik, dia juga wakil badminton sekolah yang selalu menjuarai perlawanan badminton. "Eh kenapa dia tak pandang aku eh? Aku ni dah cantik pun still tak pandang. Tak fahamlah aku," -Raissa "Bukan semua cinta dinilai melalui rupa," -Naqil Selepas 11 tahun berkawan, takkan tiada pun perasaan yang hadir diantara mereka? Ataupun sebenarnya mereka saling memendam rasa selama ini? start: 21 April 2020 End: 8 Julai 2021 ©Nuggetcaramel
The Angelz's Killerz [EBOOK] por arynlxa
The Angelz's Killerz [EBOOK]
arynlxa
  • LECTURAS 1,363,581
  • Votos 66,162
  • Partes 59
The Angelz yang dianggotai 4 gadis dikenali sebagai tunggak disilpin Expo Highschool sejak dari Tingkatan 1 lagi. The Killerz yang dianggotai oleh 4 jejaka merupakan pengganti The Angelz tidak kurang hebatnya. Apabila api bertemu api, apa yang bakal terjadi? Mampukah Highest Prefect Organization survive apabila dua kumpulan yang terbaik ini menjadi lawan? Dalam pada itu, masih ada rahsia yang perlu mereka sembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mampukah mereka menyembunyikan rahsia tersebut? START ON 13 AUGUST 2017 AND ENDED ON 2 DECEMBER 2017 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ INFO: For the Chapter Title yang ada (E), it's means, it has been edited. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ {Ranking} #10 in Teen Fiction (17/11/17) #9 in Teen Fiction (26/11/17) #7 in Teen Fiction (27/11/17) #6 in Teen Fiction (8/12/17) #5 in Teen Fiction (9/2/18) #3 in Teen Fiction (25/4/18) #2 in Teen Fiction (25/6/18)
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] por CIK_ZALIKHA
Dalam Jagaan Devil [NOVEL]
CIK_ZALIKHA
  • LECTURAS 3,194,439
  • Votos 168,948
  • Partes 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
DOCTOR INTROVERT [C] por by_asmirose
DOCTOR INTROVERT [C]
by_asmirose
  • LECTURAS 466,153
  • Votos 28,628
  • Partes 59
(𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙷𝙾𝚁𝚁𝙾𝚁) ~𝑺𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa. Cuma dengan kelainan yang bukan biasa. Haura Kirana, gadis 23 tahun yang merana dengan nikmat 'seram' yang dimilikinya. Memilih untuk mengendahkannya adalah yang terbaik untuknya 'setakat ini'. Tetapi,perkara yang cuba dielaknya akhiranya datang memburu semula. Mengenali insan yang bernama Wijdan Izzhaq mengembalikan kisah silamnya yang penuh dengan babak seram. Cinta yang diputik membuahkan titis demi titis darah. "Apa kau akan buat kalau aku kacau 'milik' kau?" "I'll smear my hands with your blood."-WIJDAN IZZHAQ Andai Wijdan bisa menjadi watak heronya,maka jadilah. Selagi halangan masih belum sempit, Haura sanggup menerimanya. Andai kau boleh membantu aku, aku rela-HAURA KIRANA Babak demi babak,berjayakah Wijdan menarik sekeping hati milik Haura yang sarat dengan ketakutan? 🟤SERAM : 80% 🔴CINTA : 80% 🟡LAWAK : 60% ⚫SUSPENS : 70% [Kedudukan terbaik]🏆 #1-Seram April 2021 #1-Paranormal Julai 2021 #1-Suspens Julai 2021 #1-Sweet October 2021 #1-Thriller November 2021 COVER BY @Asyhwa_
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] por AizackMesle
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT]
AizackMesle
  • LECTURAS 2,007,814
  • Votos 44,185
  • Partes 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
The TENGKU's Story | TERBIT por queenz_isya
The TENGKU's Story | TERBIT
queenz_isya
  • LECTURAS 1,283,080
  • Votos 28,020
  • Partes 14
⇨PLEASE READ THE TENGKU's RULES FIRST BEFORE READ THIS⇦ Selepas cintanya ditolak semasa di zaman sekolah, Haykal dan Knight menyambung pelajaran mereka dalam bidang perniagaan di London. Selepas 2 tahun, mereka kembali ke tanah air tercinta dan masuk ke sebuah kolej elit iaitu Four Leaf College. Di sana, pertemuan antara Haykal dan seorang gadis mencatat semula sejarah. Tetapi ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Queenz mengenai si dia Apakah yang terjadi selepas Knight ke London? Apakah terjadi kepada Queenz sebenarnya. Aryana? Ya gadis ini menjadi tanya buat mereka. Ke mana gadis ini? Start:5th December 2016 End:16th February 2017 Rank 6/3/17:#2 in random 23/5/17:#2 in random ❌HARSH WARNING DO NOT COPY ANY OF THE PARTS ❌IT IS PROHIBITED TO PLAGIARIZE ANY CONTENT IN THIS STORY 📌If you are reading this story on any other that Wattpad, you are very likely to be at risk of malware attack. If you wish to read this story in its original, safe, form, please go to http://wattpad.com/queenz_isya. Thank you. ⓒQUEENZ CREATION.Co ALL RIGHTS RESERVED
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] por alt-zunally
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD']
alt-zunally
  • LECTURAS 3,954,790
  • Votos 3,432
  • Partes 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?
Gengster Tu Aku Punya! por cuteflwara
Gengster Tu Aku Punya!
cuteflwara
  • LECTURAS 9,265,024
  • Votos 480,325
  • Partes 72
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang terikat kerana masalah keluarga. Bukan kehendak hati. Tetapi terpaksa. Ye, sangat clichè, tetapi akhirnya cinta mereka melengkapi antara satu sama lain. "You are mine. You are mine to keep and to love" - Alief Danyel "No. Not anymore. Your baby girl is gone. Berhenti lah Alief Danyel." - Ayna Maisarah. Mungkin cuma percintaan budak sekolah biasa. Tetapi kisah mereka lebih luar biasa. It took a long time to realize that people love differently. WARNING: this story contains extremely cringy and cheesy typical love story. also, maybe at some point it doesn't make sense. i've strictly warned you, please don't give me shit in the comments. to the one who enjoyed this book, thank you<3 © cuteflwara 2017 [completed]
Ma Sweet Mafia!  por popieyaa
Ma Sweet Mafia!
popieyaa
  • LECTURAS 5,271,672
  • Votos 205,000
  • Partes 47
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafia yang terlampau sweet. Enjoy! Special thanks to karmadahlia for this beautiful cover 🖤 update: cerita ni agak tah pape, sebab saya first time buat cerita ni masa i form 4 yall.. hope korang faham. thankyouu sudi baca ❤️
Cinta Tak Setaraf [ C ]  por minbrown_
Cinta Tak Setaraf [ C ]
minbrown_
  • LECTURAS 3,317,791
  • Votos 169,000
  • Partes 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan nak menghukum. Kau bukan tuhan nak menilai. Kau hamba Allah. It's up to you kau nak hina aku. Maki aku and so on. But make sure perempuan yang kau kata hina ni. Perempuan yang kau kata murah ni..Akan sendiri runtuhkan ego setan dalam diri kau. I will prove it. - Irsya. ____________________________ Sedar akan statusnya sebagai anak angkat. Sedar akan statusnya sebagai golongan terhina. Tapi dia sedar setiap apa yang diberiNya adalah yang terbaik. Sakit macam mana pun kena telan. Kena hadam. Hanya itu sahaja jalan terbaik bagi insan yang lemah sepertinya. _____________________________ Heh..Anak pungutan layak ke tinggal sebumbung? -Idhan. ××××× Terima kasih kerana pinjamkan dia untuknya walau sekejap. Terima kasih kerana beri dia peluang merasainya walau sekejap. Terima kasih kerana meminjamkan segala perasaan bersamanya walau sekejap. Terima kasih. Terima kasih Ya Allah.. ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖