Crying de amor 😭❤️
9 cerita
demi sebuah rindu(tamat) oleh EmaEmran95
demi sebuah rindu(tamat)
EmaEmran95
  • Membaca 570,593
  • Suara 13,256
  • Bagian 70
seorang isteri kehilangan suami kerana kemalangan jalan raya.sebelum Irsyad suami Nurhanisa meninggal dunia,dia mengamanahkan doktor Ammar firhad untuk menjaga isterinya sehingga bersalin,kerana Nisa baru hamil 2 bulan dan dia juga meminta Ammar berjanji untuk mengahwini Nisa kerana tidak mahu anaknya dibesarkan tanpa berbapa, doktor Ammar menerima atas tanggungjawab dan amanah...mampukah Nisa menerima! dan bagaimana pula dengan kekasih dan tunang Ammar....bagaimana kesudahannya!!! sila ikuti dalam tajuk demi sebuah rindu
Suamiku Tinggi 189cm?!!  oleh MejiMoon
Suamiku Tinggi 189cm?!!
MejiMoon
  • Membaca 2,068,465
  • Suara 89,199
  • Bagian 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello
KU PINTA BAHAGIA (COMPLETED) oleh chiaaatt_
KU PINTA BAHAGIA (COMPLETED)
chiaaatt_
  • Membaca 1,262,147
  • Suara 45,943
  • Bagian 68
4 tahun Iman Bella menjadi isteri yang terbaik, cuba mencari redha Allah dengan menjadi isteri yang diredhai suami. Tapi dia sangkakan bahagianya akan kekal, ternyata dia dicurangi dan dikhianati oleh suami yang dia cintai. dia memilih untuk pergi.. cuba untuk bangkit.. dan ketika dia tekad untuk bangkit, dan mencari kebahagiaan sendiri, ramai jejaka datang menjanjikan bulan, bersumpah setia,mencurah kata cinta.. tidak lagi ku pinta cinta di dunia, ku hanya pinta bahagia -Iman Bella
His Broken Vow [C] | #1 Ikrar Dusta | His Deceit Series oleh GirlCrush_Yaya
His Broken Vow [C] | #1 Ikrar Dusta | His Deceit Series
GirlCrush_Yaya
  • Membaca 253,242
  • Suara 22,565
  • Bagian 52
━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar menggambarkan dirinya yang sebenar. Dielak, malah setelah jatuh kebawah menjadi lopak, ia dipijak. Namun apabila ia berhenti, diharapkan pula menghadirkan pelangi. Adilkah? Kalau benar dibenci mengapa mengharapkan sesuatu yang indah darinya? • Victor Abraham ❝Vicious❞ Mengapa 'Vicious'? ❝because I knew a person who was not, and watched him crumbled to the last bit of his life...❞ Terlalu baik, kelak memakan diri. Itu apa yang dipelajari Victor dari tragedi lalu. Sejak itu Victor bukan lagi Victor, tetapi Vicious. Kata orang, pengalaman mengajar kita. Ya, pengalaman mengajar dia agar tak memberi muka. Kejamkah? Jika apa yang diberi, dia mahukan cagaran sebagai ganti? Bersama tekad dan azam untuk merampas kembali, persetujuan dimeterai. Namun hujan yang datang bersama ribut dan taufan ternyata bukan senang diredah. Perlu pengorbanan jiwa untuk menawannya. Walau diri sendiri tak berkeinginan dan tak punya, kasih dan cinta menjadi tawaran. Namun tak bermakna ia akan berkekalan, kerana mengingkari janji itu baginya lebih memberikan kepuasan. ❝ Aku sedia bagi apa sahaja yang kau nak kalau kau jadikan anak aku, Rain sebagai isteri. In a condition, make her pregnant. Most importantly, boy. I need a male successor ❞ - si bapa durjana, Raymond Blake. • Tatkala sumpah berderai sepi Disaat luka tergari janji Neraka atau penjara Ke mana arah tujuannya? ❝first I'm gonna tell the truth and then I'm burning my bridge to you❞ SLOW BURN TO IMMEDIATE OUTBURST | CRAPPY | TOXIC | NOT FOR SOMEONE LIGHTHEARTED | NOT A FLUFFY STORY START: 14 April 2020 STATUS: Ongoing ⚠️ Offensive | Cuss | Expletive | Strong language WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  oleh EmbunMawar
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti
EmbunMawar
  • Membaca 1,316,246
  • Suara 20,494
  • Bagian 31
TERBIT NOVEL FIZIKAL SEPT 2022 Iris Athiyyah Ahmad Fateh Aryan "Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu. Sakitnya kau dua kali gandanya sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku, maka akan berganda-gandalah sakit kau!" Persahabatan yang terikat sedari mereka kecil telah menghadirkan satu rasa yang luar biasa di antara mereka berdua. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Akibat satu salah faham, segalanya berubah. Iris yang terlalu merendah diri, Fateh yang sudah tersalah sangka telah merubah takdir mereka berdua selamanya. Takdir tidak menyebelahinya apabila jejaka pujaannya itu menyimpan perasaan terhadap adik kandungnya sejak sekian lama dan menyulam cinta berdua tanpa pengetahuan Iris selama ini. "Tahniah Fateh. Penantian kau kembali ke Malaysia tak sia-sia bro. Please take a good care of my sister. Jangan pernah sakitkan hati dia, kalau tak nahas kau." -Iris Athiyyah Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta. Kebahagian yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Kebahagiaannya diragut pergi hanya kerana amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan selayaknya. Fateh kecewa. Kekecewaannya semakin hari semakin memakan diri. Dirinya hilang arah dengan hilangnya si cinta hati. Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir mengheretnya ke lembah derita. "Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta Iris. Tak pernah! Jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!" -Fateh Aryan Bagaimana mampu untuk Iris menggantikan tempat mulia itu jika hati Fateh terlalu mencintai Afiyyah? Bagaimana Iris mampu untuk mengubati luka itu jika dia... Kekecewaan lelaki itu?
Lelaki itu... oleh Evaavianagyselle
Lelaki itu...
Evaavianagyselle
  • Membaca 1,214,386
  • Suara 30,467
  • Bagian 42
LELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,berbekalkan ego dan kebijaksanaanya,dia mampu mengetuai empayar keluarga KUASA ARKITEK sdn.bhd. ~~~terkenal dengan gelaran'RUTHLESS BITCH'dalam kalangan kawan-kawan,pekerja mahupun musuh. Ameer Reza Datuk Razman.. ----lelaki kacak ,CEO ALAM BINA yang maskulin dan bergaya. ----boleh dikategorikan sebagai kaki perempuan yang berjaya. ----pandai menggoda dan sering tergoda. Apa yang bakal terjadi apabila 2 orang chief executive officer(CEO) yang hebat dalam kerjaya mereka hidup berjiran?Mampukah mereka hidup normal seperti orang lain? Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang bakal terjadi dalam kehidupan mereka ********* ^_^**********
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2 oleh GirlCrush_Yaya
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
GirlCrush_Yaya
  • Membaca 1,581,818
  • Suara 87,132
  • Bagian 57
━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY
DUA CINTA (EBOOK) oleh arenayidin
DUA CINTA (EBOOK)
arenayidin
  • Membaca 1,883
  • Suara 20
  • Bagian 20
Kala itu bahagia hanya milik mereka berdua. Tak ada racun hanya madu sahaja. Maya gembira, bahagia dan teruja. Dengan limpahan kasih yang Firhan persua. Kini semuanya sudah berbeza. Tiba badai datang melanda. Maya dikejutkan dari tidur yang lena. Dia terima 'madu' yang tidak lagi manisnya. Begitulah kehidupan seorang Maya dalam mengharungi hidup bersama Firhan. Datang Syakilla di tengah kebahagiaan membawa penderitaan. Poligami membawa penyesalan buat Firhan. Kegilaannya kepada Syakilla membunuh rasa cinta di hati Maya. "Sampai bila Killa nak merajuk ni? Killa tak kasihankan abang ke? Abang tidur kat luar, selimut pun tak ada. Sejuk tau." FIRHAN. "Padanlah muka abang tu. Kenapa tak balik rumah Maya saja? Kat sana kan banyak selimut." SYAKILLA. Firhan benar-benar terjerat dalam dua cinta ini. Dia hilang punca. Maya dengan dunianya sendiri tanpa cinta dan Syakilla dengan perangai yang semakin tak terkendali membuatnya sakit kepala. "Abang minta maaf, Maya." "Maya dah terima semuanya. Abang tak payah minta maaf lagi." MAYA. Firhan tahu Maya hanya bersandiwara. Jikalau Maya belum memaafkannya, cuma satu dia ingin meminta kepada Allah. Bukakan pintu hati Maya untuk pulang! Bagaimanakah pengakhiran hidup mereka? Firhan tetap berjuang walau nafasnya hampir hilang.
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1 oleh GirlCrush_Yaya
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
GirlCrush_Yaya
  • Membaca 1,119,424
  • Suara 62,331
  • Bagian 53
━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku masih Sofia. Tetap Sofia!❞ - Afham Mikhail Ya, atas dasar itulah aku setuju untuk menerima lamaran bonda. Kerana aku tahu dia tidak akan menyentuhku. Maka, rahsia ini akan tersimpan kemas selama-lamanya. Tapi dimanakah silapnya sehingga semua ini terjadi? Namun, satu penemuan mengejutkan membongkar segalanya. Rahsia yang aku simpan kemas satu persatu mula terungkai. Jawapan darinya harus aku tuntut! ❝Am, please admit it. I know, she's not your daughter. Not your biological child! I just wanna know where did you get her?!❞ -Nadiya Kasheqa ❝Wina selamanya anak aku dan Sofia. Sedar diri kau tu cuma ibu tiri dia. Kau tak ada hak nak cakap macam tu! My last warning. Aku haramkan kau sebut lagi benda ni terutamanya depan Wina. Otherwise, kau takkan jumpa dia lagi. Because you know it better, antara kau atau Wina, siapa yang akan aku pilih!❞ Pedihnya sebaris ayat itu terasa menusuk jauh ke dalam hati. Rahsia yang sudah lama terpekung di dalam dadaku kini mulai bangkit menghantui. Ibarat menjerut-jerut tangkai hati. Dan kerana rahsia ini, Wina yang harus menjadi mangsa. Maafkan mama, sayang! Maafkan saya, Am! Sesungguhnya sudah tiada cara lain. Demi Wina, aku rela menjadi galang-gantinya! Ini bukan kisah cinta tiga segi, Bukan juga kisah cinta lama muncul kembali, Jauh sekali kisah tengku-tengki, Ini kisah pembongkaran rahsia si ibu tiri, Senandung penyatuan dua hati ❝comin' back here to you once I figured it out, you were right here all along❞ PART 1: HER GREATEST SECRET (HGS) PART 2: HIS BIGGEST SORROW (HBS) PART 3: OUR DEEPEST LOVE Shortlisted for #Wattys2018 (15 Sept 2018) Mula: 28/07/2018 Tamat: 05/11/2018 Diedit: 07/05/2020 WARNING: COPYCAT WILL BE STRUCKED BY LIGHTNING