AzizahAzizan7's Reading List
180 stories
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 28,360
  • WpVote
    Votes 1,439
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?
CINTA YANG KEMBALI(C) by DYANIEZ
DYANIEZ
  • WpView
    Reads 27,406
  • WpVote
    Votes 1,391
  • WpPart
    Parts 66
Diantara cinta dan sahabat siapa pilihannya? Iris Aulia perlu memilih antara dua pilihan dan akhirnya dia milih sahabat.. Idris Razin dia pergi tanpa menoleh.. Kini mereka bertemu semula dan Iris Aulia dipandang seperti orang asing oleh Idris Razin.. Jika cinta itu sudah berakhir..mengapa ia kembali dan memilih untuk diam? "Kenapa yaa awak boleh buat saya jatuh cinta kepada awak berulang kali seperti ini?" Start:-27/1/2026 End:-29/3/2026
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 54,925
  • WpVote
    Votes 4,859
  • WpPart
    Parts 30
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 310,989
  • WpVote
    Votes 11,994
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,774,648
  • WpVote
    Votes 63,604
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 589,797
  • WpVote
    Votes 29,460
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
I LOVE YOU CAPTAIN! [Completed] by plusterhati
plusterhati
  • WpView
    Reads 254,826
  • WpVote
    Votes 11,926
  • WpPart
    Parts 71
I Love You Captain mengisahkan tentang Airabella dan Danial Lee telah memilih untuk mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun. Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, Danial mengambil keputusan untuk menikahi Aira demi menjaga keselamatan gadis yang dicintainya, sekaligus menunaikan permintaan terakhir mummy Aira. Namun, perkahwinan mereka menjadi rahsia yang hanya diketahui oleh keluarga terdekat. Ketika itu, kedua-duanya masih menuntut di kampus yang sama. Danial akur dengan kehendak Aira yang berkeras untuk merahsiakan status perkahwinan mereka daripada pengetahuan rakan-rakan sekampus. Dalam usia yang masih muda, mampukah mereka mengharungi cabaran alam rumah tangga sambil meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa? Dan sejauh mana Danial mampu melindungi Aira daripada ancaman yang menghantui hidupnya?
Pelan Cinta #1 by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 162,885
  • WpVote
    Votes 12,442
  • WpPart
    Parts 45
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
Dia, Adam Yusuf by AISHSUHAIMI
AISHSUHAIMI
  • WpView
    Reads 137,208
  • WpVote
    Votes 3,806
  • WpPart
    Parts 49
Kerana dendam, Aisyah dikahwini. "Sampai lubang kubur pun kau akan tetap rasa merana!" "Apa salah saya?" Tangisnya tidak dihirau malah yang dia dapat penampar dan leher dicekik kuat oleh Adam Yusuf. Baginya, penderitaan yang keluarganya alami hanya perlu dibalas dengan derita yang sama. Bertahun dia menunggu waktu untuk dia dewasa seperti kini. Bertahun juga dia mencari Ferdi, lelaki berusia yang mempunyai banyak pengalaman dalam hal menghadiahkan 'derita' pada orang lain terutama ayahnya, Tengku Haris dan ibunya. Derita yang dia dan keluarga rasakan tak akan jadi setimpal dengan apa yang bakal dia lakukan pada anak dara Ferdi. "Kau takkan boleh mati, selagi aku tak puas! Aku nak kau rasa seksanya hidup di dunia. Aku nak kau rasa dunia kau hadap umpama latihan untuk kau masuk neraka! Faham?!" "Allahuakbar.. Kalau saya tak mampu masuk syurga, apatah lagi awak, Adam Yusuf!" Bidas Aisyah Humairah. Tanpa belas kasihan, satu tamparan terkena pipi mulus Aisyah Humairah. Namun, segala seksaan yang diberi, mampukah melawan rasa cinta yang tersirat? Segala seksaan yang diterima, mampukah dia menerima cinta itu? *** *Author akan update setiap hari Isnin☺️