pheww 💨
61 stories
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 2,417,451
  • WpVote
    Votes 64,334
  • WpPart
    Parts 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright
AYANA(COMPLETE)(DAH TERBIT/TUNGGU PENILAIAN TV3 by aisyfifi
aisyfifi
  • WpView
    Reads 80,083
  • WpVote
    Votes 2,733
  • WpPart
    Parts 28
WinnerABWOfficialAward2020 Story tlh diunpub separuh untuk cetakan. Hnya tggl 1-20 bab. ..... AYANA Di sebalik senyuman itu, terlukis sejuta kedukaan. AYANA mengisahkan tentang seorang gadis autisme yang menjalani kehidupan penuh onak dan duri. Di sebalik tawa yang dipamerkan, tersimpan sejuta kedukaan yang tiada siapa yang tahu. Kata-kata hinaan sering kali menerjah pendengaran, malah derita hidup Ayana berterusan apabila dia dirogol. Kesedihan dan kesakitan akibat kehilangan ibu bapa tercinta serta diseksa keluarga mentua membuatkan Ayana tersungkur lemah. Satu-satunya orang yang paling disayangi turut pergi dijemput ILAHI. Oleh kerana bebanan dan tekanan perasaan yang dialami terlalu berat, menyebabkan dia hilang kewarasan berfikir dan hampir membunuh diri. "Kau patut mati je budak terencat!"-PUTERI ESHAL ERYNA. "Semua orang, semua... semua benci Ayana. Semua semua na... nak Yaa... Yana mati..."- NUR ELLYANA MAISARA. "Aku akan jadi pelindungmu, Ayana. Aku akan sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri."-MUHAMMAD ASRI. "Demi rindumu, ku akan sentiasa hadir di dalam jiwamu, Ayana syurgaku..."- AHMAD NADIM. Apakah kesudahan hidup anak syurga ini? Akan terbelakah nasib Ayana? Semuanya akan terjawab di dalam AYANA. coverby@MrsSufiAwliya AuroraAward2020 Start writing:- 4/1/2020 Complete:-3/3/2020 P/s:- dilarang plagiat story Ayana
I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔ by Ash_lmh
Ash_lmh
  • WpView
    Reads 1,073,891
  • WpVote
    Votes 32,356
  • WpPart
    Parts 42
Kenapa tolak pinangan saya?" "Allahu akhbar" Aku yang sedang elok minum di sebuah kafe dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki. "Awak ni memang tak tahu berbudi bahasa ke? Datang main tanya macam tu aje tak beri salam" "Assalammualaikum" "Waalaikumsalam" "Kenapa tolak pinangan saya?" "Kita saling kenal ke? Nama masing-masing pun tak tahu takkan saya nak jadikan awak suami saya" "Sebab tu awak tak terima?" "Encik, kita langsung tak kenal just kenal muka je pertemuan kita pula tak di duga tapi encik tiba-tiba hantar rombongan meminang, awak ingat perempuan akan terima ke?" "Okay, kita kenalkan diri masing-masing" "Awak ingat semudah itu ke? Please jangan gelojoh encik. Kenapa saya yang awak nak jadikan isteri? Awak tak kenal saya" "Itu tak penting" "Tapi penting bagi saya. Saya tak kenal awak langsung pun dan nak saya terima awak jadi suami saya? Memang tak lah" "Kalau macam tu kita berkawan dulu?" "Maaf, saya tak berminat" "Kenapa?" "First saya tak kenal awak, saya tak suka sifat awak yang gelojoh tu and saya tak suka orang tak berbudi bahasa macam awak" "Awak ingat saya teringin sangat ke nak awak?" Apa mamat ni?
Dalam Lamunan Kita by hanimiyooo
hanimiyooo
  • WpView
    Reads 335,989
  • WpVote
    Votes 19,707
  • WpPart
    Parts 47
Satu kejujuran. Satu pengkhianatan. Itu sahaja yang diperlukan untuk Haider mengubah pemikirannya tentang cinta dan kepercayaan. Hidupnya musnah kerana itu. 'Cinta' adalah benda yang tidak ingin dirasai oleh Haider untuk selamanya. 'Kepercayaan' bukanlah suatu perkataan yang dia akan percayai lagi. Kedua - dua benda ini tidak akan lagi Haider berikan kepada sesiapa untuk selamanya. Sehinggalah, Pada suatu hari, dia mula bermimpi tentang seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya. ⚠️ Anxiety, Depression, Panic Attacks, Disturbing Scenes
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,299,568
  • WpVote
    Votes 100,610
  • WpPart
    Parts 55
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
TAKDIR DIA by asterhyzells_
asterhyzells_
  • WpView
    Reads 250,672
  • WpVote
    Votes 9,361
  • WpPart
    Parts 64
[COMPLETE] [ACTION/ROMANCE] Tragedi yang meragut nyawa seseorang dan kehadiran bayi lelaki merubah hidup Wana sepenuhnya. Wanita itu terpaksa menghadapi bermacam tuduhan serta kata makian. Saat bahaya mendekat, Farhan datang melindungi. Misi yang diberi menemukan mereka kembali. Kisah Farhan dan Wana bakal bermula. "Banyak kali, awak selamatkan saya. Saya tak nak heret awak lagi. Sebaiknya kita akhiri semua dekat sini je." Disebabkan tragedi itu juga, Wana terpaksa mengalah di akhirnya. Satu demi satu kematian berlaku yang saling berkait dengan diri. Mana tidaknya dia terpaksa mengalah dan berundur? Tetapi Farhan tidak berhenti, tidak juga melepaskan. Walau apa pun berlaku, dia perlu selamatkan Wana. Kerana Wana... isterinya. Namun, apa punca tragedi itu berlaku? Siapa yang memulakannya? Farhan masih mencari. Misi yang diberi seakan berkait rapat dengan tragedi itu sehingga apa yang disiasat membongkarkan satu persatu. 𝐃𝐚𝐭𝐞: 27|06|2019 - 22|10|2019 𝐄𝐝𝐢𝐭: 01|04|2022 𝐃𝐚𝐭𝐞: 28|11|2022 -21|03|2023
The Broken Vow ✓ by stargazell
stargazell
  • WpView
    Reads 212,110
  • WpVote
    Votes 15,877
  • WpPart
    Parts 66
Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. Maaf untuk pengunaan bahasa istana yang salah. Hero mature, heroin ego keras kepala. 👑👑👑 Highest achievement: #3 in fantasi #1 in islamik #1 in royal START: 10 MEI 2022 END: 20 SEPT 2022 (P/s: Jangan sodok idea saya. Tiada maaf bagimu)
Psiko by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 191,434
  • WpVote
    Votes 13,101
  • WpPart
    Parts 40
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.
Isteri Yang diBeli by SilaAbaikanAccIni
SilaAbaikanAccIni
  • WpView
    Reads 6,118,812
  • WpVote
    Votes 152,856
  • WpPart
    Parts 38
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginya, perempuan hanyalah tempat untuk dia puaskan nafsu. Petik sahaja jari, pasti wanita akan beratur untuk melayaninya. Dengan rupa dan harta yang ada, dia mampu membuatkan sesiapa sahaja tunduk hormat padanya. Ya! Dialah Adam Mikhail. Seorang lelaki berhati batu yang sentiasa mahu kehendaknya dipenuhi. Namun takpernah dia sangka yang dia akan dimalukan oleh seorang gadis kampung. Raihana Batrisya, cintanya ibarat dipijak-pijak oleh Taufiq apabila tunangnya itu sanggup 'menjualnya' pada Adam beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan mereka. Dasar mata duitan! Sudahlah dia anak yatim piatu, dianiaya pula. Maruahnya hilang sebaik sahaja dia sah menjadi isteri Adam. Nama saja isteri, tapi layanan Adam terhadapnya adalah seteruk hamba. Raihana dijadikan tempat melempiaskan nafsu dan amarahnya sahaja. Akad yang terlafaz dengan dendam, Mahligai yang dibina dengan kebencian, Perkahwinan yang dihiasi dengan keperitan dan kesakitan, Mungkinkah masih ada sinar harapan? Start: 19 Oct 2016 End: 07 Dec 2016 Achievement: -1 in Random -2 Romance